“Tak Lain & Tak Bukan, Oyen” – Kepala Kucing Sangkut Dalam Lubang Besi Buat Ramai Speechless
Kelihatan anak kucing itu tenang dan tidak mengiau panik semasa diselamatkan oleh pihak bomba.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia kini sudah terbiasa dengan gelaran Oyen yang diberikan kepada kucing berwarna jingga. Selain comel, kucing warna ini sangat terkenal dengan sifatnya yang nakal. Banyak betul ragamnya.
Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seekor kucing membuang atas sebuah kereta Honda HR-V berwarna merah yang diletakkan di kawasan parkir.
Kebiasaannya, haiwan berbulu ini akan mencari kawasan yang rata dan berpasir untuk melepaskan hajat, namun lain pula kali ini. Selepas seketika mengawasi tempat itu untuk memastikan ‘line clear’ sambil membuang di atas wiper, si oyen dengan selambanya pergi dari situ.
Tidak sempat menghalang haiwan comel ini, saksi kejadian hanya mampu merakam video momen tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Oyen Tak Ada Akidah” – Kucing Lepas Hajat Atas Honda HR-V Bikin Ramai Garu Kepala
Baca Artikel Berkaitan: “Blood Paws” – Ramai Geli Hati Oyen & 3 Ekor Anjing Bagai Satu Geng, Siap Tidur Bersama!
Baca Artikel Berkaitan: “Datang Dah Perangai Dia” – Oyen ‘Judge’ Anjing Gaduh Dengan Pantulan Sendiri Bikin Ramai Terhibur
Anak Kucing Tersekat Dalam Lubang Besi
Kali ini, anak kucing Oyen pula yang buat hal. Tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Myrul (@myrulethan) berkongsi situasi anak kucing miliknya yang tersekat pada lubang besi.
Walaupun kepalanya tersangkut namun ia tidaklah sampai ke tahap membuatkannya tercekik. Selepas seketika memerhati besi itu, anggota bomba membuat keputusan untuk memotongnya menggunakan playar.
Alhamdulillah selepas itu, oyen berkenaan berjaya dikeluarkan daripada besi tersebut dengan selamat.

Oyen Tidak Panik Semasa Kepala Tersangkut
Perkara yang mencuri perhatian adalah riak wajah si oyen pada ketika itu. Tidak seperti kebiasaannya, kucing ini dilihat tenang dan tidak mengiau panik selain memberi kerjasama yang baik dengan pihak bomba.
Siap goyang-goyangkan ekor! Mungkin kerana sudah kerap berkelakuan nakal di rumah.
Malah kucing ini seakan menikmati pemandangan orang ramai yang berada di hadapannya. Lebih mencuit hati apabila si bulus membuat muka ‘blur’ dan pasrah sepanjang diselamatkan seolah-olah tahu dia telah buat salah.
“Lepas ni Oyen jangan nakal eh,” ujar Myrul di ruangan kapsyen.
@myrulethan Lepas ni Oyen Jangan Nakal ea #oyennakal #bombamalaysia🇲🇾 #haribombasedunia ♬ original sound – Myrul9993
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Cuit Hati Lihat Kenakalan Si Oyen Sampai Kepala Tersangkut Dalam Lubang Besi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan telatah kucing yang kerap buat pemiliknya pening kepala.
“Tak ada kerja cari kerja la kau Oyen. Nasib baik abang bomba tu nak melayan kau,” seloroh seorang netizen.
Malah, ramai juga percaya bahawa si licik itu telah melakukan banyak perkara nakal sebelum kejadian ini.
“Muka terlalu tenang. Nampak sangat bukan kali pertama,” ujar seorang lelaki.
“Muka tak serik tu, esok lusa mesti buat lagi,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut memuji anggota-anggota bomba yang gigih membantu keluarkan kepala si bulus yang tersekat.
“Budak-budak (masih kecil) macam tu lah jadinya. Nasib baik ada abang bomba,” kata seorang netizen.








Kucing Tersekat Dalam Lubang Air
Kalau anda nak tahu, kes seperti ini sudah banyak kali berlaku. Sebelum ini, pengguna X (Twitter @liyanalunia) berkongsi satu kejadian melibatkan seekor kucing di dalam sebuah rumah.
Menurut perkongsian itu, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah tanpa penghuni di Melaka.
Kejadian yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari itu dilaporkan oleh seorang ejen perumahan yang mahu membersihkan kediaman kosong berkenaan.
Punyalah susah nak tarik keluar kucing itu sehingga ejen perumahan terbabit terpaksa buat panggilan kecemasan di balai bomba.
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Kucing Gemuk Kelam-Kabut Tersekat Di Pintu Grill Bikin Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas
Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.