“Salam, Jawatan Kosong” – Ramai Terpinga Lihat Cara Individu Ini Mohon Kerja
Menerusi tangkap layar dikongsi, kelihatan individu itu sedang bertanya kepada majikan sama ada jawatan kosong yang diiklan masih dibuka atau tidak tanpa memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sudah meningkat dewasa, pasti kita akan sibuk mencari pekerjaan tetap bagi menampung kos sara hidup. Bagaimanapun bak kata orang, susah untuk mencari kerja pada waktu ini.
Namun kadangkala, peluang sudah pun ada di depan mata tetapi sikap calon itu sendiri yang membuatkan dia tidak layak mendapatkan jawatan tersebut. Seperti sebelum ini, seorang individu dikecam apabila dia memohon kerja dengan cara yang tidak begitu beradab dan kurang formal.
Dalam tangkap layar dikongsi, kelihatan calon itu memohon kerja tanpa menyapa dahulu majikan atau memperkenalkan diri. Lelaki itu hanya melampirkan salinan resume tanpa penjelasan lain.
Calon terbabit juga tidak menceritakan pengalaman atau sebarang info tentang dirinya seperti yang diminta dalam iklan kerja.
Baca Artikel Berkaitan: “Proper Greeting Pun Tak Ada” – Cara Individu Ini Mohon Kerja Di E-mel Buat Ramai Stres
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Dapat RM90,000?” – Cara Calon Ini Jawab Soalan Semasa Interview Jadi Topik Perbualan
Baca Artikel Berkaitan: Berhenti Tanpa Notis Lepas 4 Hari Kerja, Majikan Stres Ibu Kepada Bekas Staf Tuntut Gaji Untuk Anak
Individu Tidak Perkenalkan Diri Semasa Mohon Kerja
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Mia Syafiqah (@mia_syafiqah) berkongsi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp bersama seorang individu tidak dikenali.
Difahamkan, Mia sedang mencari dan membuka permohonan untuk beberapa jawatan kosong. Namun perkara yang mengudang perhatian adalah cara individu itu berbual dengan si majikan bagi memohon sesuatu kerja.
Tanpa memperkenalkan diri dengan betul, individu itu terus menerjah Mia selepas memberi salam. Lebih mengejutkan apabila dia sendiri tidak tahu jawatan apa yang mahu dimohon semasa menghubungi Mia.
“Salam. Jawatan kosong. Masih ada ke?”
Apabila Mia bertanya untuk posisi yang mana satu, individu itu berkata, “Tak kisah mana-mana yang kosong.”

Wanita Sifatkan Calon Kerja Tiada Adab
Jelas Mia lagi, cara individu itu mesej seolah-olah ia adalah bot yang telah ditetapkannya. Permohonan kerja yang kurang beretika dan tidak profesional itu sekaligus membuatkan Mia terus menolak calon berkenaan.
“Tak pernah kerja tak apa, ni adab pun macam tak ada. Keliru sekejap siapa yang cari kerja sekarang ni,” ujar wanita terbabit di ruangan balas.
Semakin Ramai Tidak Jaga Etika Semasa Memohon Pekerjaan
Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai pengguna Threads. Rata-rata netizen berpendapat segelintir individu tidak pandai menjaga adab semasa berurusan dengan majikan.
“Baru kena, ‘Ada lagi? Jawatan kosong?’ Macam tu je ayatnya. Salam, perkenal diri ke apa semua tak ada. Lepas tu ada yang spesis kalau temu duga tanya terus, ‘Boleh mula kerja ke tak. Saya nak cari kerja yang boleh terus masuk’
“Bila kita cakap akan maklum dalam sehari dua lepas temu duga, (calon) terus cakap tempat lain boleh je interview terus mula. Aduhai, lain tempat kan lain prosedurnya,” kata seorang pengguna Threads.
Malah, ada individu yang berkata perkara itu sering berlaku di kalangan orang yang tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja atau memohon sesuatu jawatan.
“Bergantung pada posisi yang dibuka tu. Kebanyakan calon entry level akan WhatsApp macam ni dan yang tiada pengalaman tinggi. Tiada pengalaman langsung,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa stres dan berang terhadap individu yang tidak serius untuk memohon pekerjaan.
“Ya weh sakit hati tahu tak. Tak ada mood nak balas. Tips nak mohon kerja bagi salam, hantar resume, perkenalkan diri dan jawatan apa yang nak dipohon! Tolong mesej dengan lengkap baru la sedap nak balas,” kata seorang wanita.






Adab Bertanya Tentang Maklumat Jawatan Kosong Melalui Mesej Atau Call
Seperti yang kita tahu, setiap syarikat mempunyai caranya tersendiri bagi mengiklan dan mencari staf baharu. Ada yang meminta calon untuk berurusan melalui e-mel dan ada juga hanya menggunakan mesej atau panggilan telefon.
Buat mereka yang pertama kali memohon pekerjaan, di sini kami kongsikan beberapa adab dan etika yang betul ketika ingin bertanya tentang info jawatan kosong melalui perbualan di WhatsApp atau panggilan. Antaranya:

- Baca iklan kerja secara jelas terlebih dahulu supaya anda faham tentang perkara untuk ditanya
- Tukar gambar profil agar nampak lebih profesional
- Hantar WhatsApp ketika waktu dan masa bekerja sahaja
- Beri salam dan memperkenalkan diri
- Guna panggilan nama majikan yang betul
- Elakkan menggunakan singkatan perkataan
- Berikan juga salinan resume melalui WhatsApp
Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Intern ‘Demand’ RM3,000 Gaji & Insentif Undang Perhatian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.