“Ni Boleh Rakam No PIN” – Ramai Risau Lihat Kedudukan 2 CCTV Di Mesin ATM Maybank
Ramai berpendapat bahawa kedudukan CCTV di mesin ATM Maybank itu boleh mendedahkan nombor PIN dan data peribadi mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila menggunakan mesin juruwang automatik (ATM), orang ramai pasti akan bersikap lebih berhati-hati dan menghalang skrin daripada dilihat oleh individu lain ketika memasukkan nombor pin.
Dalam memastikan keselamatan orang ramai, pihak bank telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memerhatikan keadaan sekeliling.
Namun langkah yang diambil oleh satu bank tempatan baru-baru ini telah menimbulkan sedikit kegusaran dalam kalangan pengguna.
Baca Artikel Berkaitan: Individu Jumpa RM550 Di Mesin ATM Gigih Cari Pemilik Atas Talian & Pulangkan
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Luah Rasa Kecewa Lepas Didakwa Terima Duit Koyak Dari Mesin ATM
Orang Ramai Mempersoalkan Kewujudan Dua Kamera CCTV Di ATM Maybank
Jika anda baru berkunjung ke mana-mana ATM Maybank di seluruh Malaysia, jangan terkejut apabila melihat dua kamera CCTV yang dihalakan ke arah mesin terbabit seperti yang dikongsikan di Facebook Maybank.
“Kedudukan kamera itu terlalu dekat dengan pad kekunci,” kata seorang pengguna yang menyedari perkara itu.
Beberapa individu berpendapat bahawa kamera CCTV juga boleh digodam dan menyebabkan data mereka dalam bahaya.
Dalam pada itu, seorang individu pula berseloroh bahawa dia berasa malu jika CCTV tersebut dapat melihat baki sebanyak RM5.20 di dalam akaunnya.




Maybank Jelaskan Pemasangan 2 CCTV Hanya Buat Sementara Waktu
Pun begitu, Maybank telah mengeluarkan kenyataan demi menjelaskan pemasangan dua kamera tersebut.
Melihat dua CCTV tersebut sememangnya menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan pelanggan yang risau nombor PIN dan maklumat peribadi mereka terdedah.
Menerusi kenyataan di Facebook, Maybank memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa pemasangan dua CCTV itu hanya buat sementara waktu.
Tindakan itu juga dibuat sebahagian daripada peningkatan taraf sistem keselamatannya.
Kedudukan CCTV Mematuhi Peraturan Privasi
Dalam masa sama, Maybank menegaskan bahawa kamera terbabit hanya tertumpu kepada aktiviti urus niaga umum di mesin ATM dan bukannya demi mendapatkan nombor PIN atau maklumat peribadi.
Tindakan itu diambil bagi memastikan tiada sesiapa cuba untuk mengusik mesin terbabit atau menyebabkan sebarang masalah.
“Sebaik sahaja penaikan taraf selesai, salah satu kamera akan dicabut,” kata Maybank.
Pihaknya juga telah mengesahkan bahawa kedudukan kedua-dua CCTV itu mematuhi peraturan privasi dan tidak melanggar sebarang ruang peribadi pelanggan.
Guna Aplikasi MAE Untuk Keluarkan Wang Tanpa Kad Debit
Jika anda risau nombor PIN terdedah sewaktu di ATM, sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk membuat pengeluaran di mesin tersebut.
Kaedah ini juga sesuai digunakan apabila terlupa membawa kad debit bersama anda sedangkan sudah tiba di hadapan mesin ATM.
Untuk mengeluarkan wang dengan cara sedemikian, anda hanya perlu menggunakan aplikasi Maybank E-Wallet (MAE) sahaja.
Anda cuma perlu muat turut aplikasi MAE dan aktifkan fungsi tersebut menerusi cara-cara di bawah:
- Buka aplikasi MAE dan pilih ‘manage’.
- Gantikan satu Quick Action dengan pilihan ‘ATM Cash-out’.
- Pilih ATM Cash-out di homepage. Kemudian, masukkan kata laluan serta tandakan setuju pada kotak terma dan syarat.
- Masukkan nombor OTP yang diterima.
- Tunggu dalam tempoh 24 jam sebelum pengeluaran duit boleh dilakukan.
Selepas tempoh 24 jam, fungsi itu telah diaktifkan dan anda hanya perlu tekan pada pilihan ‘ATM Cash-out’ sebelum memasukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
Setakat artikel ini ditulis, hanya wang dalam jumlah berganda RM50 yang boleh dikeluarkan menerusi kaedah ini.
Diingatkan juga bahawa kaedah ini hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi MAE dan bukan laman web Maybank2U.
Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Twitter Ajar Cara Keluarkan Duit Dari Maybank Tanpa Kad ATM. Guna MAE Je!
Baca Artikel Berkaitan: Duit Rosak Akibat Banjir? Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Tukar Di Bank
Baca Artikel Berkaitan: Ini Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Dapat Wang Kertas Rosak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.