Now Reading
“Kau Kutip Balik!” – Lelaki Berang Ada Pihak Selamba Buang Sampah Dalam Sungai

“Kau Kutip Balik!” – Lelaki Berang Ada Pihak Selamba Buang Sampah Dalam Sungai

Menurut pemilik rakaman dashcam, kejadian membuang sampah ke sungai itu berlaku di Taman Sri Plentong, Masai, Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga alam sekitar sebaiknya. Namun masih ada segelintir individu yang membuat onar dan mencemarinya.

Seperti sebelum ini, seorang pengasas perniagaan baju dikecam hebat kerana tindakannya mencampak sehelai baju ke dalam Sungai Melaka.

Menurut lelaki itu, aksi tersebut bertujuan untuk membuat perbandingan antara baju asli dan tiruan hasil ciplak peniaga lain. Dia juga meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan individu lain yang meniru rekaannya.

Meskipun niatnya untuk mengkritik perbuatan itu, tindakan membuang baju ke dalam sungai tetap dianggap tidak wajar dan telah mengundang kemarahan ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Buang Baju Ciplak Dalam Sungai Melaka, PBT Keluarkan Kompaun RM500

Ada Pihak Buang Banyak Sampah Ke Dalam Sungai Sekitar Masai, Johor

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@4iliff_) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Liff mendedahkan aksi tidak bertanggungjawab pihak yang mencemarkan sungai.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, kelihatan seorang lelaki yang berdiri di atas jambatan dengan selamba membuang sampah ke dalam sungai terbiar. Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku semalam (7 Mei) di Taman Sri Plentong, Masai, Johor.

Dalam video sama, kelihatan juga beberapa orang lelaki lain sedang mengosongkan lori yang dipenuhi dengan sampah. Difahamkan, pihak mereka sudah merancang untuk mengumpul sampah dan membuangnya di kawasan terbabit.

Sumber: TikTok (@4iliff_)

Melihat insiden itu, Liff dengan pantas berhenti dan meletakkan kenderaannya di tepi untuk menegur mereka.

“Woi senang kau je buang sini! Kepala otak kau buang situ. Asal kau buang sini? Kau angkat balik sampah kau. Asal kau bawa sini?

“Plastik hitam yang kau buang situ, kau angkat balik sebelum aku panggil polis. Patutlah banyak sampah dekat tepi tu, korang yang buang!” tempik Liff kepada lelaki berkenaan.

Liff Minta Pihak Bertanggungjawab Ambil Tindakan Lanjut

Sementara itu, lelaki tersebut dalam masa sama berharap agar Majlis Bandaraya Pasir Gudang atau pihak bertanggungjawab yang lain memantau aktiviti terbabit agar ia tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Kepada pihak berwajib tolong ambil tindakan. Makin hari main bertimbun sampah dibuang. Kalau gagal ambil tindakan, maka berterusanlah sampah akan dibuang,” kata Liff di ruangan kapsyen.

@4iliff_ KEPADA PIHAK BERWAJIB TOLONG AMBIL TINDAKKAN . MAKIN HARI MAKIN BERTIMBUN SAMPAH DI BUANG. KALAU GAGAL AMBIL TINDAKKAN MAKA BERTERUSAN SAMPAH AKAN DIBUANG @MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG @majlisbandarayajohorbahru @Onn Hafiz Kejadian di TAMAN SRI PLENTONG , MASAI . 7/5/2025 6:30pm #mbjb #mbpg #sungaitercemar #sayangisungaikita #KitaJagaKita #johorbersih ♬ original sound – 4iliff

Tonton video penuh [DI SINI].

Harap Lebih Ramai Berani Menegur Individu Buang Sampah Merata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan terkutuk sesetangah pihak yang memilih untuk mencemarkan kawasan sekitar.

“Suka hati je nak buang macam tu. Negara kita ni ada caralah nak hapuskan pelbagai sampah dengan mudah. Tapi nak juga jalan pintas (shortcut) macam ni,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang berkata aksi sebegitu mengundang bencana alam yang semakin menjadi-jadi.

“Macam mana tak banjir dan (longkang) tersumbat. Inilah puncanya. Mujur ada abang ni tegur,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, warganet juga tidak terlepas memuji tindakan pantas Liff yang terus memberi peringatan kepada sekumpulan lelaki berkenaan.

“Harap semakin ramai rakyat Malaysia buat macam abang ni, berani tegur orang yang buang sampah,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@4iliff_)

Bangkai Lembu Dilempar Terus Ke Sungai Dari Sebuah Lori

Bukan sahaja sampah, sebenarnya ada juga pihak yang melakukan perkara yang lebih teruk daripada itu. Sebelum ini, tular klip memaparkan beberapa individu membuang seekor bangkai lembu ke dalam sungai.

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@nrfztl_), kejadian itu dirakam dari sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

“Dia buang lembu macam tu je ke? Asallah tak tanam,” kata sorang netizen.

Insiden itu kemudiannya telah menimbulkan persoalan ramai tentang moral pihak berkenaan dalam menguruskan bangkai haiwan.

https://www.tiktok.com/@nrfztl___/video/7497650739804720391

Tonton video penuh [DI SINI].

Sekadar info, individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah di tempat awam seperti sungai boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Ini mengikut undang-undang ditetapkan di bawah Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK), Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Beberapa Individu Buang Bangkai Lembu Dalam Sungai Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Laut Pulangkan Semula” – Longgokan Sampah Akibat Ombak Besar Di Pulau Pinang Buat Ramai Kecewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd