Now Reading
“Healing Sebelum Korban” – Sekumpulan Lembu Santai Atas Jalan Raya Bikin Ramai Bingung

“Healing Sebelum Korban” – Sekumpulan Lembu Santai Atas Jalan Raya Bikin Ramai Bingung

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, dia terserempak dengan sekumpulan lembu itu di jalan raya antara Subang Jaya dan Glenmarie.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kita sering didedahkan dengan kes haiwan liar yang tersesat di jalan raya sehingga maut akibat digilis kenderaan.

Seperti sebelum ini, sekumpulan monyet yang secara tiba-tiba cuba melintas lebuh raya telah menyebabkan segelintir daripada mereka dilanggar kereta.

Dalam masa sama, keberadaan haiwan liar di jalan raya juga boleh mendatangkan bahaya buat para pengguna jika berlakunya kemalangan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Tak Sempat Brek Langgar Sekumpulan Monyet Melintas Di PLUS

Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya

Sekumpulan Lembu ‘Lepak’ Atas Jalan Di Subang Jaya

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di TikTok (@volvobyfadli) yang menyaksikan aksi haiwan di atas jalan raya.

Yang peliknya, mereka bukanlah haiwan liar, tetapi merupakan sekumpulan lembu dipercayai tersesat di sana.

Menurut individu yang memuat naik rakaman dashcam tersebut, dia terserempak dengan keadaan itu ketika dalam perjalanan ke pejabat semalam (7 Mei).

“Kelihatan lembu duduk santai Di tepi jalan antara Subang Jaya ke Glenmarie,” katanya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video tersebut, terdapat kira-kira lapan ekor lembu berlainan warna dan saiz yang duduk di lorong sebelah kanan jalan raya terbabit.

Mujur kenderaan yang lalu-lalang tidak terlalu laju dan sempat mengelak kumpulan lembu berkenaan.

@volvobyfadli Kejadian pagi tadi semasa on the way masuk office. Kelihatan lembu duduk santai Di tepi jalan antara Subang Jaya ke Glenmarie. #subang #glenmarie #lembu #santai ♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Tonton video penuh [DI SINI].

Timbul Dakwaan Lembu-Lembu Berlari Hingga Ke Shah Alam

Melihat keadaan itu menimbulkan rasa hairan dalam orang ramai memandangkan mereka tidak pernah melihat lembu tersesat di kawasan Subang Jaya.

Ada individu yang mendakwa keadaan tersebut telah menyebabkan kesesakan di jalan terbabit. Timbul juga dakwaan lembu-lembu itu berlari di tepi jalan sehingga ke Shah Alam.

Dalam masa sama, orang ramai turut meluahkan kebimbangan memandangkan selalu terjadinya kemalangan di selekoh tersebut akibat jalan licin.

“Agak-agak tuan lembu nak mengaku tak itu dia punya lembu?” soal seorang individu.

Para pengguna media sosial juga tidak melepaskan peluang untuk berseloroh dengan keadaan itu dan berkata lembu-lembu terbabit mungkin tersesat ketika dalam perjalanan ke masjid untuk ibadah korban kelak.

“Jauh mereka healing sebelum menjadi korban,” kata seorang wanita.

Sumber: @volvobyfadlil/ TikTok

Pihak Berkuasa Tempatan Boleh Tangkap Lembu Yang Berkeliaran

Sebenarnya keberadaan lembu di atas jalan raya bukanlah sesuatu yang pelik jika di sekitar kawasan kampung atau pendalaman.

Dalam meneliti permasalahan ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan penjelasan tentang penangkapan lembu yang sesat di jalan raya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Memandangkan banyak kemalangan yang berlaku, malah sehingga maut akibat lembu di tengah jalan, ia disifatkan sebagai satu kemudaratan.

Oleh yang demikian, PBT boleh menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran serta menyaman atau mendenda pemilik haiwan yang membiarkan haiwan ternakan terbabit atas dasar maslahah kepada rakyat umum dalam mengelakkan kemudaratan.

Selain itu, jika lembu yang berkeliaran tidak mempunyai pemilik atau telah dibuang, seseorang yang menjumpai haiwan ternakan itu boleh mengambilnya, memilikinya dan mengambil manfaat daripadanya.

Ini adalah bertepatan dengan satu hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh al-Sya’bi, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

مَنْ وَجَدَ دَابَّةً قَدْ عَجَزَ عَنْهَا أَهْلُهَا أَنْ يَعْلِفُوهَا فَسَيَّبُوهَا فَأَخَذَهَا فَأَحْيَاهَا فَهِيَ لَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang menjumpai seekor haiwan yang mana pemiliknya tidak mampu menjaganya dan membiarkan ia maka boleh untuk dia mengambilnya dan menjaganya maka haiwan tersebut akan menjadi miliknya.”

Riwayat Abu Dawud (3524)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lembu Tersekat Dalam Longkang Bikin Abang Bomba Termenung

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Sesat Kot” – Lembu Muncul Depan Rumah Waktu Banjir Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raya Makin Dekat, Ini 5 Potongan Daging Lembu Terbaik Untuk Masakan Rendang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd