“Dia Pakai Susu Unta Ke?” – Lelaki Kagum Dengan Rasa Matcha Latte Di Mekah
Jemaah umrah dikenali sebagai Anas itu telah mencuba minuman kegemarannya iaitu matcha latte di sebuah kafe terletak di Mekah dikenali sebagai Brew92.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau dulu orang ramai dulu obses dengan kopi, sekarang anda boleh lihat masyarakat Malaysia terutamanya anak muda meminati minuman matcha pula.
Malah jika anda perasan, kebanyakan kafe di negara ini sudah tersedia dengan pelbagai menu minuman berasaskan matcha sebagai contoh matcha latte, matche lemonade, matcha strawberi dan banyak lagi.
Bahkan ada di antara kita yang tidak boleh terlepas daripada menghirup matcha pada setiap hari. Tanpa matcha, tidak boleh ‘function’ katanya.
Jangan terkejut kalau anda nampak ada yang makan teh berkenaan. Seperti yang tular di laman Instagram, sebuah kafe dikenali sebagai Chibana berkongsi video mereka mencipta resepi baharu iaitu Spaghetti Alfredo Matcha.
Jemaah Umrah Dari Malaysia Kagum Dengan Rasa Matcha Latte Di Mekah
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Anas (@anassmilly) sedang membuat reviu minuman matcha latte yang dibeli olehnya di kafe yang terletak di Mekah iaitu Brew92.
Difahamkan, Anas mencuba banyak minuman dan makanan baharu dan unik semasa menunaikan ibadah umrah sebelum ini.
“Aku love betul matcha. Matcha-matcha latte rasa rumput ni memang sedap ya,” kata Anas sebelum mencubanya.
Selepas hirupan pertama, Anas menunjukkan riak wajah yang begitu terkejut sambil termenung memandang minuman di depan mata. Jemaah itu berkata, “Buka dekat Malaysia boleh tak? Nak beli ni sampai dekat Mekah ni, ya Allah.”

Lelaki Obses Mahu Kafe Brew92 Dibuka Di Malaysia
Menurut Anas, walaupun harganya agak mahal iaitu sebanyak 24 SAR (kira-kira RM27.35), tetapi rasa sedap matcha latte itu sememangnya setanding dengan caj dikenakan.
“Tapi sumpah sedap. Dia guna susu apa ni? Susu unta ke? Arab tolong buka dekat Malaysia. (Rakyat Malaysia) memang peminat kopi dengan matcha ni.
“Ketagih weh, aku sekali sedut dah separuh. Selamat mencuba guys, datang Mekah,” kata Anas.
Tambahnya lagi sebagai seorang peminat matcha, dia tidak pernah lagi merasai matcha latte sesedap itu di negara ini.
“Lurve matcha latte dekat Mekah ya. Kena buka dekat Malaysia please kitorang minat coffee,” ujar Anas yang mengharapkan Brew92 membuka cawangan di negara ini.
@anassmilly Lurve matcha latte kat Mekah yer HAHAHAHAHAHAH kena bukak kat malaysia please kitorang minat coffee btw anas dah malaysia video lama #fyp #fypdongggggggg #matcha ♬ original sound – anassmilly
Tonton video penuh [DI SINI].
Untuk info, setakat ini Brew92 mempunyai sebanyak 11 cawangan sekitar Arab Saudi yang terletak di Jeddah, Mekah, Madinah dan Riyadh.

Ramai Tertanya-tanya & Mahu Cuba Matcha Latte Di Brew92
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat teringin untuk mencuba sendiri kesedapan matcha latte tersebut seperti yang diperkatakan oleh Anas.
Malah segelintir pelanggan Brew92 yang pernah mengunjungi kafe itu juga bersetuju dengan reviu Anas.
“Brew92 sedap gila weh. Sampai sekarang teringat dekat kopi dia,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga yang berseloroh tentang kelazatan juadah dan minuman di Tanah Suci.
“Dekat sana memang semua sedap sebab suruh kita ni datang ke sana lagi,” kata seorang wanita.







Baca Artikel Berkaitan: Matcha Eight Di LaLaport Bukit Bintang Tawar 8 Jenis Perisa Aiskrim Premium Dari Kyoto, Jepun!
Baca Artikel Berkaitan: Tak Suka Kopi? Jom Cuba 5 Minuman Matcha Jenama Lokal Sekitar Lembah Klang
Baca Artikel Berkaitan: Tengah Cari Dessert Buka Puasa? Ini Resepi Matcha Sago Yang Anda Boleh Cuba
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.