Now Reading
“Best Investment” – Wanita Puji Mesin Dryer Siap Ada Mod Lipatan Macam Gosok Baju

“Best Investment” – Wanita Puji Mesin Dryer Siap Ada Mod Lipatan Macam Gosok Baju

Menerusi video berkenaan, wanita itu menunjukkan bagaimana mesin basuh miliknya mampu menghasilkan lipatan kemas pada sisi baju sekolah anak-anak tanpa perlu digosok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seiring perkembangan teknologi dan gaya hidup masa kini, pelbagai kemudahan harian semakin canggih dan menjimatkan masa.

Jika dahulu perlu menjemur dan melipat kain secara manual, kini ramai yang memilih menggunakan mesin pengering sebagai penyelesaian pantas dan praktikal.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan keterujaannya selepas membeli sebuah mesin basuh moden pelbagai fungsi yang bukan sahaja mengeringkan pakaian, malah turut mengurangkan kedutan pada baju hingga kelihatan seperti digosok.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bagusnya Kecil Pandai Marketing” – Ramai Puji Budak Ini Bantu Ibu Berniaga Online

Baca Artikel Berkaitan: “Portion 2-3 Orang” – Peniaga Jual Makanan Selambak 1 Pinggan Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Perut Mak” – Anak-anak Bantu Angkut Barang Sejurus Bapa Pulang Berniaga Dipuji Ramai

Wanita Teruja Mesin Basuh Pelbagai Fungsi

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@syafiqahrahim_), wanita itu berkongsi pengalaman membeli sebuah mesin basuh baharu yang hadir dengan pelbagai mod dan ciri pintar.

Menurutnya, mesin tersebut bukan sahaja membasuh dan mengeringkan pakaian, malah turut mampu melicinkan fabrik seolah-olah digosok menggunakan seterika.

Dia turut menunjukkan hasil pada baju sekolah anak-anaknya yang kelihatan rapi, dengan garisan lipatan lurus terbentuk kemas sebaik sahaja keluar dari mesin.

Wanita itu menjelaskan bahawa sejak menggunakan mesin tersebut, tugasan menjemur pakaian tidak lagi perlu dilakukan.

Malah, semuanya boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih, menjadikan kerja rumah lebih mudah walaupun ketika dia berada di luar rumah.

Tambahnya lagi, walaupun rumahnya dilengkapi lima pendingin hawa serta mesin basuh dan pengering berteknologi tinggi, bil elektrik bulanan masih kekal bawah RM250 sebulan.

@syafiqahrahim_

the best investment untuk tahun ini.hujan ribut panas pun i still pakai dryer.so far tumah i ada 5 aircond.and 1 mesen basuh + dryer ni bil letrek masih dalam 100-200.below 250. sejak pakai mesen basuh baru ni,kirang satu kerja i,iaitu jemur kain. nak control pun mudah pakai apps je.pergi jalan pun tak risau.yg penting kain siap basuh and kering. next nak beli apa? dishwasher kot

♬ original sound – syafiqahrahim_ – syafiqahrahim_
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kagum, Siap Tanya Jenis Mesin & Penggunaan Elektrik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan perkongsian wanita itu dan menyifatkannya sebagai satu pembelian yang sangat berbaloi.

Ada yang turut berkongsi pengalaman menggunakan mesin yang sama, sementara yang lain pula kelihatan tertanya-tanya bagaimana sebuah mesin basuh mampu menghasilkan kesan seperti digosok kemas.

Sumber: TikTok @syafiqahrahim_
Sumber: TikTok @syafiqahrahim_
Sumber: TikTok @syafiqahrahim_

Tidak kurang juga yang memanfaatkan ruang komen untuk bertanya lebih lanjut mengenai jenama, spesifikasi serta penggunaan tenaga elektrik mesin tersebut.

Sumber: TikTok @syafiqahrahim_
Sumber: TikTok @syafiqahrahim_

Teknologi Canggih & Tips Pilih Mesin Basuh Moden

Untuk pengetahuan, mesin basuh moden yang dilengkapi fungsi ‘dryer’ kini hadir dengan teknologi terkini seperti wrinkle care, steam refresh dan auto wrinkle release.

Teknologi ini berfungsi melembutkan fabrik menggunakan wap panas atau udara terkawal supaya pakaian keluar dalam keadaan licin dan hampir tiada kedutan, seolah-olah sudah digosok.

Beberapa jenama terkenal sudah mula menawarkan model yang menyokong ciri pintar ini, malah ada yang membolehkan pengguna mengawal mesin sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih.

Untuk mereka yang sedang mencari mesin basuh dan dryer yang berbaloi dan sesuai untuk kegunaan harian, ada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian.

Mesin yang tepat bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah boleh membantu mengurangkan bil elektrik jika dipilih dengan bijak.

Antara ciri yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Pilih Mesin Dengan Teknologi Inverter – Mesin dengan motor inverter lebih senyap, tahan lama dan menggunakan tenaga secara lebih efisien berbanding motor biasa.
  • Semak Kapasiti Mengikut Isi Rumah – Untuk keluarga kecil, kapasiti 7–9kg mencukupi, manakala keluarga besar lebih sesuai guna mesin 10kg ke atas.
  • Fungsi Pengering Dengan Mod Anti-Kedut – Pilih mesin yang ada fungsi seperti wrinkle care, steam refresh atau easy iron bagi menjimatkan masa tanpa perlu gosok.
  • Sokongan Aplikasi Pintar (Smart App) – Sesetengah model boleh dikawal dari telefon pintar untuk kemudahan dari jarak jauh.
  • Periksa Tahap Penggunaan Tenaga & Air – Semak label tenaga dan air bagi memastikan mesin yang dipilih efisien dan menjimatkan kos jangka panjang.

Dengan mempertimbangkan ciri-ciri ini, pengguna boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan menikmati kemudahan teknologi dengan sepenuhnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Flight Announcement’ Sebagai Kelindan, Ramai Teruja Dengar Ucapan Lelaki Ini Ibarat Pilot Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Lihat Kedai Serbaneka Bergerak Guna Lori Di Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: “Brand Apa Ni?” – Ramai Teruja Lihat Stroller Bayi Kukuh Diduduki Pengantin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd