Now Reading
[Video] Salah Guna Lorong Kecemasan, Dua Rider Bertindak Halang Seluruh Laluan Cetus Debat Ramai

[Video] Salah Guna Lorong Kecemasan, Dua Rider Bertindak Halang Seluruh Laluan Cetus Debat Ramai

Menerusi video itu, dua penunggang motosikal dilihat memperlahankan kenderaan di lorong kecemasan seakan mahu memberi pengajaran kepada pemandu yang menyalahgunakannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penyalahgunaan lorong kecemasan ketika trafik sesak sudah menjadi pemandangan biasa di lebuh raya, khususnya di kawasan bandar yang sibuk dan sempit.

Ramai yang masih keliru antara Smart Lane dan lorong kecemasan, malah ada juga yang sengaja mengambil kesempatan untuk mempercepatkan perjalanan tanpa memikirkan implikasi undang-undang serta risiko keselamatan.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan situasi luar biasa melibatkan dua penunggang motosikal. Tindakan mereka berjaya menarik perhatian dan mencetuskan perbincangan berhubung penggunaan lorong kecemasan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita ‘Bising’ Lihat Ada Pengguna Lebuh Raya Guna Lorong Smart Lane Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Untuk 3 Kesalahan Jalan Raya Sehingga Jun 2025

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Dua Rider Sengaja Halang Laluan, Cetus Pelbagai Reaksi

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Abah Tok, dia berkongsi keadaan di sebuah lebuh raya yang sedang padat dengan kenderaan. Kesemua pemandu dilihat sedang bergerak mengikuti aliran trafik yang perlahan.

Dalam video tersebut, dia sempat merakam cermin sisi keretanya yang menunjukkan beberapa kenderaan di sebelah kiri belakangnya yang menggunakan lorong kecemasan.

Apa yang menarik perhatian, dua penunggang motosikal dilihat berada di lorong sama, bergerak perlahan dan berbual sesama sendiri.

Kedua-duanya dilihat seakan sengaja menghalang laluan itu daripada terus disalah guna. Tindakan itu mengakibatkan barisan kenderaan di belakang turut terpaksa memperlahankan pergerakan.

Netizen Suarakan Pelbagai Pendapat Lihat Rider Halang Laluan Kecemasan

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna yang memuji tindakan penunggang motosikal tersebut sebagai satu bentuk pengajaran buat mereka yang tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, timbul juga persoalan tentang bagaimana pula jika benar-benar ada pemandu yang sedang berdepan kecemasan.

Ada yang mencadangkan jika berlaku kecemasan, pemandu boleh menyalakan lampu hazard dan melambai tangan keluar tingkap sebagai isyarat.

Sumber: Facebook Abah Tok
Sumber: Facebook Abah Tok
Sumber: Facebook Abah Tok

Beberapa pengguna turut mengakui mereka menyangka laluan tersebut adalah Smart Lane. Namun, beberapa individu yang lebih tahu tentang laluan itu tampil menjelaskan bahawa lorong berkenaan bukan untuk kegunaan biasa.

Sumber: Facebook Abah Tok
Sumber: Facebook Abah Tok

Apa Fungsi Sebenar Lorong Kecemasan?

Sumber: Paultan

Lorong kecemasan bukan dicipta untuk memotong barisan atau mempercepat perjalanan ketika trafik sesak.

Ia dikhaskan untuk kegunaan tertentu sahaja, khususnya dalam keadaan darurat.

Memetik laman Motorist, berikut adalah antara kegunaan dan larangan berkaitan lorong ini:

Bila boleh guna lorong kecemasan:

  • Kenderaan rosak – Boleh berhenti di lorong ini untuk elak gangguan kepada laluan utama.
  • Kecemasan perubatan – Hanya jika benar-benar perlu dan tidak menghalang laluan kenderaan darurat.
  • Arahan pegawai trafik – Ikut arahan jika diarahkan masuk ke lorong kecemasan.
  • Halangan besar – Contohnya kemalangan atau serpihan di jalan utama.

Bila tak boleh guna lorong kecemasan:

  • Untuk potong trafik – Sama sekali tidak dibenarkan, walaupun trafik sesak.
  • Tiada kecemasan – Penggunaan tanpa sebab boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Denda jika salah guna:

  • Denda sebanyak RM300 atau lebih jika menghalang kenderaan darurat.
  • Dalam kes lebih serius, hukuman boleh jadi lebih berat.

Baca Artikel Berkaitan: “Budaya Tuntut Insurance Semakin Menjadi” – Tular Individu Berlakon Terjatuh Di Jalan Raih Reaksi Negatif

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Tukar Tayar Di Lorong Kanan Lebuh Raya Hampir Sebabkan Kereta Belakang Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Warga Singapura Buat ‘Onar’ Lepas Berang Kereta Dihalang Lalu Lorong Kecemasan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd