Now Reading
[Video] Rider Kecil Hati, Dakwa Pelanggan Beri Kata Kesat & Tidak Minta Maaf Raih Perhatian

[Video] Rider Kecil Hati, Dakwa Pelanggan Beri Kata Kesat & Tidak Minta Maaf Raih Perhatian

Difahamkan, rider berkenaan mendakwa terdengar perkataan kesat yang dikeluarkan sebelum memilih untuk bertanya tentang keadaan itu semasa bersemuka.

Ramai yang menghargai jasa penghantar makanan kerana mereka sanggup meredah hujan panas demi memastikan pesanan sampai ke depan pintu.

Lazimnya, rider akan turut bertolak ansur jika pelanggan tersalah pin atau memerlukan bantuan tambahan, atas dasar budi bicara dan ihsan.

Namun, satu rakaman yang tular baru-baru ini menunjukkan layanan sebaliknya apabila seorang pelanggan dikatakan mengeluarkan kata kesat kepada rider walaupun dia sendiri tersalah beri lokasi.

Baca Artikel Berkaitan: Mandi & Tak Tinggal Nombor Rumah, Ramai Kecam Wanita Salahkan Rider Tinggal Makanan Di Parkir

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Kagum Lihat Penumpang Fasih Borak Dalam Bahasa Mandarin Dengan Uncle Grab

Salah Pin, Tapi Rider Pula Dapat Kata Kesat

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@awieeeen), seorang rider berkongsi pengalaman berdepan dengan pelanggan yang didakwa kurang sopan.

Katanya kepada The Rakyat Post, sebaik tiba di lokasi yang dipin, dia menyedari lokasinya di tengah jalan dan bukan di pusat beli-belah DPulze seperti disangka.

Setelah berhubung dengan pelanggan dan meminta alamat sebenar secara peribadi, rider itu tetap teruskan penghantaran walaupun lokasi sebenar hampir 4 kilometer dari pin asal.

Ketika hampir sampai di blok rumah, rider menelefon lagi untuk bertanya arah tangga. Pelanggan menjawab akan turun sendiri, namun sewaktu ingin menamatkan panggilan, rider terdengar pelanggan mengeluarkan perkataan kesat.

“Masa nak bagi makanan tu, saya tanya la… tadi cakap ‘sial’ kat saya ke? Mungkin dia ingat saya tak nak naik atas kot,” jelasnya.

Dia menambah yang dia tidak marah, tetapi terasa hati kerana langsung tiada permohonan maaf atau penjelasan. Malah selepas makanan diserahkan, pelanggan itu terus berlalu pergi tanpa ucap terima kasih.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Kecam Sikap Tidak Bertimbang Rasa Pelanggan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pelanggan yang tidak menjaga etika ketika berurusan dengan manusia.

Ramai menyifatkan individu sebegitu sebagai kurang adab yang memandang rendah terhadap rider.

Ada juga berkongsi pengalaman sendiri dihina atau dilayan seperti “kuli” ketika menghantar pesanan ke rumah pelanggan.

Sumber: TikTok @awieeeen
Sumber: TikTok @awieeeen
Sumber: TikTok @awieeeen
Sumber: TikTok @awieeeen

Apa Perlu Buat Jika Rider Hampir Sampai Ke Rumah?

Sikap bertimbang rasa amat penting dalam urusan harian, apatah lagi ketika berurusan dengan penghantar makanan.

Berikut beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk memudahkan urusan penghantaran dan menjaga adab sesama manusia:

  • Semak lokasi pin sebelum buat pesanan – Pastikan pin ditanda dengan tepat agar rider tidak tersesat atau perlu membuat pusingan jauh.
  • Maklumkan segera jika lokasi tersalah pin – Berikan alamat sebenar melalui mesej atau WhatsApp secepat mungkin.
  • Angkat panggilan dan balas mesej rider – Jangan biarkan rider tertunggu-tunggu, terutama jika mereka menghubungi anda untuk pengesahan lokasi.
  • Permudahkan urusan penghantaran – Jika diminta turun ambil makanan, usah berlengah atau marah-marah, apatah lagi menggunakan bahasa kesat.
  • Ucap terima kasih dengan ikhlas – Satu penghargaan kecil boleh beri kesan besar kepada semangat dan hari rider yang bekerja keras.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Niat Asal Nak Tegur Rider Naikkan Tongkat, Penunggang Pula Terbabas Seberang Jalan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Salah Guna Lorong Kecemasan, Dua Rider Bertindak Halang Seluruh Laluan Cetus Debat Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Juga Laju Tolong” – Aksi Sekumpulan Rider Tolak Kereta Rosak Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd