Now Reading
“Suruh HR Tolong” – Staf Minta Rakan Punch Card Sebab Masih Di Kedai Makan Undang Perhatian

“Suruh HR Tolong” – Staf Minta Rakan Punch Card Sebab Masih Di Kedai Makan Undang Perhatian

Oleh disebabkan risau terlewat masuk kerja selepas rehat tengahari, staf itu telah meminta rakannya untuk mengesahkan punch card miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah tentu setiap individu mahukan persekitaran kondusif di pejabat dan hubungan baik sesama rakan sekerja yang lain. Namun begitu, masih ada segelintir staf yang membuat onar dan menganggap syarikat itu seperti miliknya sendiri. Buat sahaja apa yang mereka nak.

Selain itu, terdapat banyak budaya negatif di syarikat yang semakin menjadi-jadi pada hari ini. Ia sekaligus membuatkan pekerjaan itu toksik dan tidak disengani para pekerja.

Sebagai contoh, kritik staf yang tidak bertugas lebih masa, dipaksa untuk makan sekali bersama, mengutuk di group WhatsApp, mengambil kesempatan terhadap kebaikan pekerja lain, menanam sifat pilih kasih dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sering Berasa Tertekan Di Tempat Kerja? Ini Tips Elak Burnout

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sikap Toksik ‘Bos’ Yang Boleh Jadi Sebab Pekerja Letak Jawatan

Rakan Kerja Minta Tolong Punch Card, Takut Lewat Masuk Kerja

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (canteksepertidia) apabila seorang wanita memaparkan tangkap layar teks perbualan dia bersama rakan sekerja yang tidak bertanggungjawab.

Seperti yang kita tahu, sesetengah syarikat menetapkan waktu rehat yang fleksibel manakala segelintir lagi mempunyai tempoh masa tertentu.

Malah, banyak juga majikan menetapkan bahawa elaun kehadiran pada bulan tersebut akan dipotong sekiranya staf masuk ke kerja lewat daripada masa yang sepatutnya. Oleh disebabkan itu, golongan pekerja ini perlu memasuki pejabat lebih awal atau tepat pada waktunya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Namun lain pula buat rakan sekerja wanita ini. Daripada foto teks perbualan yang dikongsi, kelihatan staf yang lain meminta wanita terbabit untuk tolong mengesahkan kad perakam waktu (punch card) miliknya gara-gara masih menjamu selera di kedai makan.

Oleh disebabkan takut terlewat, dia meminta bantuan wanita ini bagi pihaknya. Lebih mengundang perhatian adalah staf itu seolah-olah rasa tidak bersalah dengan permintaannya kerana meletakkan emoji tertawa dalam mesej berkenaan.

Sumber: Pexels

“Kak nanti tolong punch kan (kad) 🤣. Kita dekat kedai makan ni. Takut lambat,” ujar pekerja itu.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak melayan kerenah pekerja yang meminta untuk melakukan perkara tidak amanah sebegitu.

View on Threads

Netizen Minta Orang Ramai Jangan Layan Permintaan Staf Suruh Punch Kad

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pekerja yang meminta orang lain untuk tolong punch card. Selain itu, ada juga yang berkata isu sebegini boleh mendatangkan bahaya.

“Apa pun alasannya, lambat buat cara lambat. Dah ada kes yang mati sebelum pergi kerja tapi kad dah punch. HR (pihak Sumber Manusia) suruh mengaku tak ada seorang pun yang nak ngaku. Kesian bini tak dapat tuntut SOCSO untuk arwah,” dakwa seorang lelaki.

Malah ramai juga berpendapat bahawa sistem punch card ini tidak sesuai lagi untuk digunakan.

“Sebab inilah syarikat saya haramkan terus sistem punch card. Kehadiran 100% guna mesin thumbprint,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga memberi cadangan agar syarikat wanita itu menukar sistem sedia ada kepada yang lebih efektif bagi mengelakkan isu staf mengelat kerja berlaku.

“Rasanya syarikat dah boleh tukar kot. Guna jenis aplikasi. Jam masuk dan keluar cuma boleh dikesan dalam bangunan sahaja. Tak boleh clock in/out kalau kita tak berada dalam radius yang ditetapkan.

“Orang macam ni sekali dah minta tolong, hari lain akan buat lagi dan lagi. Tak payah layan, abaikan je,” kata seorang pengguna Threads.

Sumber: Threads (canteksepertidia)

Sistem Punch Card Diperkenal Oleh Tun Dr Mahathir

Sekadar info, sistem punch card diperkenal oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas dilantik sebagai PM ke-4 negara. Salah satu perkara yang dititikberatkan semasa pentadbiran beliau adalah membangunkan kakitangan awam dengan sistem kad perakam waktu.

Pada awalnya, sistem itu dipercayai untuk memastikan semua staf tidak datang lewat ke pejabat atau keluar pulang sebelum waktunya.

Sumber: Utusan Malaysia/FB Dr. Mahathir bin Mohamad

Malah, idea untuk menggunakan inisiatif ini diinspirasikan oleh cara bekerja rakyat Jepun yang begitu teratur dan menepati masa. Jelas Dr Mahathir, budaya disiplin rakyat negara itu membuatkan mereka maju sehingga ke hari ini.

Namun begitu, segelintir pekerja masih gagal mengikut masa ditetapkan malah menyalahgunakan sistem punch card yang sepatutnya efektif itu. Ia sekaligus boleh membuatkan majikan hilang kepercayaan kepada pekerja-pekerja bawahannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Toksik Rupanya” – Les’ Copaque Teruk Dikecam, Didakwa Kutuk & Buka Aib Pekerja Dalam Podcast [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ruang Komen IG UNIQLO Jadi Sasaran Bekas Pekerja Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Sistem Pengurusan

Baca Artikel Berkaitan: Takut Bersuara Di Tempat Kerja? Syarikat Di AS Ini Tawar Bantuan ‘Marah Bos’ [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd