Now Reading
“Sedap Ni Buat Lauk” – Gelagat Nenek Kali Pertama Lawat Aquaria KLCC Cuit Hati Ramai

“Sedap Ni Buat Lauk” – Gelagat Nenek Kali Pertama Lawat Aquaria KLCC Cuit Hati Ramai

Menurut cucu dikenali sebagai Ain, neneknya itu terfikir tentang lauk masakan semasa sedang memerhati ikan-ikan yang berada di Aquaria KLCC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sama seperti anak muda yang lain, golongan warga emas juga mahu berseronok dan melihat dunia luar seperti generasi kini. Malah masih ramai individu berumur yang masih mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak.

Seperti sebelum ini, seorang nenek membuat ramai geli hati apabila dia dilihat menyakat rakan-rakannya yang menggunakan lif untuk ke pintu masuk The Jerai Hotel, Alor Setar sekitar Kedah. Manakala dirinya hanya perlu menggunakan tongkat semasa menaiki tangga.

Perkara yang menjadi tumpuan ramai apabila nenek yang bertongkat ‘membahan’ selain ketawa sekuat hati melihat dua rakannya itu menggunakan lif yang bergerak lambat. Betul apa orang kata tidak kira berapa pun usia, jiwa muda masih lekat di hati.

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Kau Naik Tangga, Tapi Kawan Naik Lif” – Gelagat Nenek Sakat Rakan Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Keluarga Periuk Nasi” – Gelagat Nenek Simpan Koleksi Ikut Saiz Buat Ramai Terhibur

Cucu Kongsi Momen Bawa Nenek Melawat Aquaria KLCC

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ainpeterr) apabila seorang wanita dikenali sebagai Ain berkongsi situasi semasa membawa neneknya ke Aquaria, KLCC.

Menurut wanita tersebut, itu merupakan kali pertama si nenek menjejakkan kaki ke sana. Menerusi video perkongsian, kelihatan si nenek teruja melihat ikan yang begitu banyak di dalam akuarium.

Malah nenek yang berkerusi roda itu turut menuding jarinya terhadap hidupan laut yang sedang berenang. Boleh nampak nenek Ain seronok sepanjang berada di Aquaria.

Sumber: Urtrips/TikTok (@ainpeterr)

Perkara yang lebih mencuri perhatian adalah kata-kata si nenek sepanjang lawatan tersebut. Naluri sebagai seorang wanita dan juga ibu, apabila terlihat sahaja ikan sudah tentu teringat pada lauk masakan.

“Bawa nenek saya pergi Aquaria KLCC. Fikiran nenek saya sepanjang lawatan ni, ‘Sedap ni buat lauk. Kalau ada sambal sedap ni'” kata Ain pada kapsyen video.

Baca Artikel Berkaitan: Ikan Jerung Jadi Saksi Lamaran Perkahwinan, Pakej Unik Aquaria KLCC Raih Pelbagai Reaksi

@ainpeterr

Tok’s first time here 🥹❤️

♬ Santai – The Lantis

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Geli Hati Dengan Gelagat Nenek Ketika Luang Masa Perhati Ikan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat telatah nenek yang bergurau senda semasa berada di Aquari KLCC.

“Memang betul la orang kata, mak-mak ni asyik fikir nak masak apa,” kata seorang individu.

Malah, ramai juga netizen tidak terlepas berkongsi gelagat nenek sendiri yang mempunyai pemikiran yang sama seperti nenek Ain.

“Arwah opah dulu dia cakap ikan laga aku sedap goreng garing makan dengan nasi dan sambal. Siap cakap, ‘warna biru tu mesti isi manis'” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga berseloroh dengan mengatakan ikan itu seram sejuk mendengar isi hati nenek yang mahu memasak mereka sebagai lauk.

“Terketar-ketar ikan dengar nenek cakap macam tu,” jenaka seorang warganet.

“Nanti bawa pergi taman boleh dia survey lauk ulam,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ainpeterr)

Dua Nenek Guna Stetoskop Untuk Berborak

Gelagat para nenek tidak terhenti di situ sahaja. Sebelum ini, video dua orang nenek telah tular di media sosial memaparkan mereka sedang berbual menggunakan stetoskop di sebuah majlis perkahwinan.

Dua orang warga emas yang merupakan adik dan kakak ini dikatakan mempunyai masalah dari segi pendengaran.

Kebetulan pula suasana di majlis tersebut sedang riuh, jadi agak sukar untuk mereka saling mendengar percakapan masing-masing.

Oleh disebabkan itu, mereka dilihat mengambil langkah ‘kreatif’ untuk menggunakan barang yang kebiasaannya digunakan oleh golongan doktor bagi membolehkan mereka berborak antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Nenek Guna Stetoskop Untuk Berbual Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: “Siapa Duduk Bersidai Dia Kena” – Gelagat Nenek Pantau Jemaah Solat Jumaat Guna Rotan Jadi Tumpuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd