Now Reading
“Macam BBNU” – Sekumpulan Penunggang Motosikal Buat Onar Di Genting Highlands Undang Perhatian

“Macam BBNU” – Sekumpulan Penunggang Motosikal Buat Onar Di Genting Highlands Undang Perhatian

Difahamkan, sekumpulan penunggang motosikal didakwa membuat bising dan mengganggu ketenteraman di sebuah kawasan persimpangan Genting Highlands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Genting Highlands merupakan antara destinasi utama bagi mereka yang ingin berehat dan ‘healing’ dari kesibukan kota.

Udara sejuk dan pemandangan damai di atas tanah tinggi itu sering kali menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan ketenangan, sama ada secara solo atau bersama keluarga. Namun, tidak semua pengunjung hadir dengan sikap yang sama.

Ada juga pengunjung yang dilihat gagal menghormati ketenteraman kawasan itu seperti yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan penunggang dilihat cetuskan situasi huru-hara semasa mengunjung ke sana.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Stres Kereta Kena Hon Banyak Kali Masa Birthday, Rupanya Prank!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Mat Rempit Buat Onar, Bawa Masuk Motosikal Dalam Tandas Awam Bikin Ramai Berang

Baca Artikel Berkaitan: Berang Kena Hon, Lelaki Ini Bertindak Baling Helmet Hingga Cermin Kereta Pecah

Penunggang Motosikal Buat Kacau Di Persimpangan Genting

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@merengboyyy), kelihatan suasana huru-hara berdekatan sebuah persimpangan di Genting Highlands.

Dalam video tersebut, beberapa penunggang motosikal dalam satu kumpulan besar dilihat berhenti di tengah jalan berdekatan simpang utama.

Mereka kedengaran membunyikan hon berulang kali sambil berlegar-legar di kawasan itu tanpa menghiraukan kenderaan lain yang turut menggunakan laluan sama.

Situasi menjadi lebih terganggu apabila sebilangan daripada mereka dilihat menghalang lalu lintas seketika untuk berkumpul, hingga menyebabkan barisan kenderaan bertambah panjang.

Pemilik video turut meluahkan rasa kecewa dengan berkata, “Tengok orang-orang macam ni lah. Naik Genting buat bising, buat huru-hara.”

“Inilah sebab motor susah nak naik Genting. Bising tak tentu pasal. Nak beritahu orang dah sampai Genting ke? Macam ni lah yang selalu buat kacau dekat stesen minyak. Orang lain nak ride pun tak senang,” keluhnya.

@merengboyyy

ni la punca² moto xleh naik genting .. memekak x tentu​ pasal .. apa function ? nk bgtau org ko da sampai genting ke ? cmni ni la monyet yg selalu buat huru hara kt petrol pump .. org len nk ride pon x senang !!! punca !!! ” kerana nila setitik !!! ” #ridegenting #gentinghighland

♬ original sound – arecip serizawa – arecip serizawa
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Kecam, Anggap Mereka Tak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kumpulan tersebut yang disifatkan tidak sensitif dengan keadaan persekitaran.

Sumber: TikTok @merengboyyy

Ramai menyifatkan perbuatan membunyikan hon tanpa sebab dan berhenti sesuka hati sebagai menyusahkan pengguna jalan raya lain serta mencemarkan imej penunggang motosikal.

Sumber: TikTok @merengboyyy

Malah ada yang menyindir bahawa kumpulan itu seperti “budak-budak baru nak up” yang sekadar mahu menarik perhatian tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.

Sumber: TikTok @merengboyyy

Bunyi Bising Juga Satu Bentuk Pencemaran

Bunyi bising yang keterlaluan turut diklasifikasikan sebagai satu bentuk pencemaran yang memberi kesan terhadap kesejahteraan masyarakat.

Menurut pakar, ia boleh menyebabkan tekanan, gangguan tidur dan ketidakselesaan emosi, terutamanya di kawasan tumpuan seperti tempat percutian atau kawasan perumahan.

Memetik laporan Berita Harian, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (Akta 127) yang mula berkuat kuasa baru-baru ini, pengguna kenderaan yang menyebabkan pencemaran bunyi atau udara boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Sebelum pindaan, kompaun bagi kesalahan ini hanyalah sekitar RM300 hingga RM2,000.

Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, kenderaan seperti motosikal yang diubah suai sehingga menghasilkan bunyi bising turut termasuk dalam pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

Sepanjang enam bulan pertama tahun 2024 sahaja, sebanyak 736 kompaun telah dikeluarkan, termasuk kepada motosikal dan lori yang gagal mematuhi piawaian kebisingan dan pelepasan asap.

Pindaan akta ini juga menyaksikan kenaikan kompaun kepada sehingga 50% daripada penalti maksimum, sebagai langkah memperketatkan penguatkuasaan dan mendidik pengguna agar lebih bertanggungjawab di jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Hayun Cota” – Wanita Dakwa Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur ‘Rem’ Kereta & Buat Bunyi Bising Depan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Tekan Hon Kereta Tanpa Henti Gara-gara ‘Disidai’ Rakan Dikecam Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd