Now Reading
[Foto] Kaki Kanak-kanak Tercucuk Pin Jalur Gemilang Cetus Kerisauan Ibu Ayah

[Foto] Kaki Kanak-kanak Tercucuk Pin Jalur Gemilang Cetus Kerisauan Ibu Ayah

Difahamkan insiden itu berlaku apabila kanak-kanak perempuan terbabit terpijak atas pin lencana Jalur Gemilang yang tercabut daripada baju abangnya dan terjatuh di kerusi kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berkuat kuasa 21 April lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada uniform institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

Dalam merealisasikan pelaksanaan itu, KPM telah menyediakan dua unit lencana Jalur Gemilang dalam bentuk pin bagi setiap murid di sekolah-sekolah terlibat.

Pun begitu, orang ramai sebelum ini telah mempersoalkan penggunaan pin Jalur Gemilang yang disifatkan sebagai berisiko terutamanya buat kanak-kanak kecil.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Wajibkan Murid Pakai Lencana Jalur Gemilang Pada Baju Seragam, Ini Panduan Pemakaiannya

Baca Artikel Berkaitan: Ini Garis Panduan Penggunaan Jalur Gemilang Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu

Pin Jalur Gemilang Tercucuk Pada Kaki Budak Perempuan

Kerisauan rata-rata ibu bapa akhirnya terbukti apabila seorang kanak-kanak perempuan telah tertusuk pin Jalur Gemilang itu pada kakinya.

Dalam hantaran yang tular di Facebook, difahamkan insiden itu berlaku apabila pin terbabit tercabut daripada baju abangnya dan terjatuh di kerusi kereta sebelum dipijak.

Di samping itu, hantaran itu turut mencadangkan agar ibu bapa membeli lencana Jalur Gemilang yang boleh dilekat dan dijahit terus di baju.

“Berhati-hati la dengan pin Bendera Malaysia. Yang percuma tu mungkin tak berapa sesuai untuk murid-murid lapan tahun ke bawah,” katanya.

Melihat kepada gambar yang dikongsi, pin tersebut telah termasuk sepenuhnya ke tapak kaki sebelah kanak kanak-kanak itu.

Dia juga telah dibawa ke klinik dipercayai bagi mencabut pin terbabit dan mendapatkan rawatan lanjut.

Insiden Kaki Tercucuk Pin Bendera Malaysia Raih Perhatian Ramai

Insiden berkenaan sememangnya meraih perhatian orang ramai memandangkan penggunaan lencana Bendera Malaysia dalam bentuk pin itu telah mendapat tentangan sebelum ini.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kepentingan memakai lencana terbabit dan membandingkan dengan zaman persekolahan mereka yang tidak diwajibkan perkara itu.

Malah ada juga para ibu yang tidak membenarkan anak-anak memakai lencana terbabit dan hanya dipasang di beg atau dibawa ke sekolah.

Seorang wanita pula telah mengambil inisiatif sendiri dengan menggunakan lencana kain yang dijahit terus pada uniform sekolah bagi mengelakkan sebarang kecederaan tidak diingini.

Namun begitu, segelintir individu berkata kemalangan terbabit bukanlah disengajakan dan ibu bapa perlu mendidik anak agar lebih berhati-hati.

Sumber: Facebook

Ramai Gesa Pin Jalur Gemilang Ditukar Kepada Jenis Sulam

Setelah pin Jalur Gemilang tersebut mula diedarkan kepada murid-murid pada April lalu, ramai yang meminta agar ia ditukarkan kepada jenis sulam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Pendidikan MCA, Felicia Wong Yin Ting berkata lencana tersebut dalam bentuk pin berisiko mendatangkan kecederaan para pelajar.

Jelasnya, murid-murid terutamanya yang masih kecil mungkin tidak mahir mengendali objek tajam. Malah terdapat risiko kecederaan jika mereka terpijak atau terduduk atas pin bendera yang tercicir, seperti dalam insiden di atas.

“Apa yang tidak sedap didengar adalah baru beberapa hari ia dilaksanakan, ibu bapa sudah mula melahirkan kebimbangan keselamatan anak mereka melalui media sosial berhubung pin lencana yang tajam yang boleh mendatangkan kecederaan,” katanya.

Di samping itu, para ibu bapa turut berkongsi keadaan uniform sekolah anak-anak yang menjadi rosak termasuk berlubang dan terkoyak setelah menggunakan pin tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Risiko Cedera Pakai Lencana Pin Jalur Gemilang, Ramai Gesa KPM Tukar Kepada Jenis Sulam

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Demi Pupuk Semangat Cintakan Negara

Walaupun ramai yang mempersoalkan penggunaan lencana Bendera Malaysia itu, KPM sebenarnya melaksanakannya demi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pelajar di:

  • Sekolah kerajaan
  • Sekolah bantuan kerajaan
  • Kolej Matrikulasi
  • Institusi Pendidikan Guru Malaysia

“Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” kata KPM.

Sehubungan itu, setiap murid bagi sesi persekolahan 2025/2026 telah dibekalkan dengan dua unit pin lencana Jalur Gemilang secara percuma.

KPM juga telah menetapkan spesifikasi lencana Jalur Gemilang seperti berikut:

  • Ukuran: 5 cm panjang/2.5 cm lebar
  • Material: Plastik, ‘top exposy emboss’
  • Kualiti: Plastik ABS dan plat keluli
Foto: Lencana Jalur Gemilang

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Disengajakan” – Tun Mahathir Buka Mulut Isu Kontroversi Tiada Bulan Sabit Pada Jalur Gemilang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kesilapan Ilustrasi Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Ambil Tindakan Disiplin Ke Atas Petugas

Baca Artikel Berkaitan: Pegawai KPM Terlibat Dalam Kesilapan Jalur Gemilang Telah Dikenal Pasti – KSN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd