“Diorang Juga Laju Tolong” – Aksi Sekumpulan Rider Tolak Kereta Rosak Raih Pujian Ramai
Menerusi video tular, kelihatan sekumpulan penunggang motosikal itu sedang gigih menolak kereta rosak tersebut di kawasan bukit bagi melancarkan trafik sesak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kesesakan trafik sudah tentu merupakan antara perkara yang paling mahu dielak oleh pengguna jalan raya terutamanya ketika waktu puncak. Nak pergi ke kerja pun boleh tiada mood kerana perlu menghadap perkara itu hampir setiap pagi.
Bagaimanapun dalam sesetengah kes, ada juga hamba Allah yang berhati mulia kerana sudi melancarkan lalu lintas. Seperti sebelum ini, seorang rider penghantar makanan GrabFood mendapat perhatian selepas dia menawarkan diri bagi mengawal jalan raya sesak sekitar Setia Indah, Johor Bahru.
Difahamkan kerosakan lampu isyarat pada waktu itu telah menyebabkan banyak kenderaan tersangkut. Menurut perakam video, dia berasa terkejut melihat perbuatan lelaki tersebut kerana menyangka kerja itu sepatutnya dilakukan oleh anggota polis trafik dan bukannya rider Grab.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider GrabFood Bantu ‘Clear’ Trafik Sesak Kerana Lampu Isyarat Rosak Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Pemandu Van Bantu Rider Tersadai Dalam Ribut
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Sanggup Batal ‘Order’ Pelanggan Demi Bantu Pakcik Terkena Serangan Jantung
Sekumpulan Rider Bantu Tolak Kereta Rosak Ketika Trafik Sesak
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@cuirasu) apabila seorang wanita dikenali sebagai Cuira Su berkongsi situasi jalan raya sesak dipercayai di Bukit Rahman Putra, Selangor.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sebuah kereta yang berada di hadapan sekali sedang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan trafik di laluan sebelah kiri perlahan.
Prihatin tentang perkara tersebut, sekumpulan penunggang motosikal yang berada di lokasi kejadian telah bertindak menolak kereta itu ke simpang sebelah agar ia tidak menghalang laluan pemandu lain.
Kelihatan lebih kurang sembilan orang rider sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi menolak kereta berkenaan di kawasan bukit. Walaupun berat, sikap kerjasama membuatkan mereka berjaya menolak kereta kenderaan itu ke tepi.

Wanita Harap Orang Ramai Lebih Prihatin Dengan Golongan Rider Selepas Ini
Berasa terharu dengan sikap sekumpulan penunggang motosikal itu, Cuira Su berharap agar orang ramai akan lebih bertimbang rasa dengan golongan tersebut semasa berada di atas jalan raya, memandangkan mereka tidak berkira untuk menghulurkan bantuan.
“Sebab tu kalau jalan sesak, ke tepi sedikit bagi abang-abang motor ni lalu. Bila jadi macam ni, diorang juga yang laju tolong. Terima kasih lancarkan semula lalu lintas,” ujar Cuira Su pada kapsyen video.
@cuirasu Semoga Allah SWT Merahmati mereka semua 🤲🏻
♬ dreams, books, power and walls – JANNABI
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kesungguhan Sekumpulan Rider Tampil Membantu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak terlepas untuk memuji para penunggang motosikal yang sudi mengambil masa untuk menolak kereta rosak itu.
“Dua ke tiga orang je macam hawau. Selalu angkat jari tengah. Tapi bila ada kes macam ni diorang buat pusingan U dan bantu sampai habis. Moga kalian kaya raya,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga penunggang motosikal yang berasa terharu dengan penghargaan oleh Cuira Su buat golongannya.
“Terima kasih kak selalunya kami ni la yang selalu dipersalahkan bila di jalan raya, sedih,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga bersetuju dengan pandangan wanita itu agar sentiasa bertolak ansur dengan mana-mana penunggang motosikal.
“Bagus pemikiran adik. Sama dengan akak. Kalau jalan yang sempit macam ni kan, nampak motor dari cermin sisi. Kalau dia duduk kanan, kita ke kiri. Kalau dia ke kiri kita ke kanan. Niat semoga perjalanan kita pun dipermudahkan,” kata seorang wanita.







Rider Foodpanda Bantu Wanita Terjatuh Dari Motosikal
Sebelum ini, golongan penunggang motosikal sekali lagi menyentuh hati orang ramai selepas seorang rider penghantar makanan foodpanda bertindak pantas membantu wanita yang terjatuh dari kenderaan dua rodanya.
Menerusi klip tersebut, kelihatan penunggang motosikal wanita itu secara tiba-tiba rebah sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan, wanita terbabit terjatuh dari motosikalnya selepas menekan brek secara mengejut ketika lampu bertukar merah.
“Terima kasih abang rider paling cepat tolong akak tu. Mungkin akak tu penat sangat baru balik kerja kan,” ujar perakam video.
@andika.kefly_ Tolong cari abang rider yang baik hati ni , Laju gila tolong kak ni ❤️. #rider #foodpanda #sungaipetani #fyp #foryou #bismillahfyp ♬ original sound – Cat Farish
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Foodpanda Pantas Bantu Wanita Jatuh Dari Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Tumpangkan Rider & Makan Makanan Raih Pujian. Salute!
Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Lampu Selalu Hijau” – Rider Dipuji Bantu Alih Penghadang Di Tengah Jalan Masa Hujan Lebat [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.