Now Reading
“Budaya Ke?” – Pekerja Indonesia Culture Shock Open House Raya Di Malaysia Lebih Sebulan

“Budaya Ke?” – Pekerja Indonesia Culture Shock Open House Raya Di Malaysia Lebih Sebulan

Lelaki dikenali sebagai Zain itu tertanya-tanya mengapa masyarakat Malaysia tidak menghabiskan kesemua majlis rumah terbuka pada minggu pertama Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menjelang bulan Syawal, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat yang ternanti-nanti penganjuran rumah terbuka. Pada masa itulah kita boleh menikmati pelbagai juadah raya yang menarik.

Namun kalau anda perasan rumah terbuka di Malaysia diadakan dalam tempoh yang lama. Sampaikan setiap cuti minggu sepanjang bulan Syawal akan penuh dengan jemputan dari pelbagai individu.

Bahkan penduduk Malaysia juga sudah terbiasa dengan istilah ‘raya kan sebulan’ walaupun dalam kalendar perayaan Aidilfitri ini adalah selama dua hari sahaja.

Pekerja Indonesia Terkejut Penduduk Malaysia Masih Anjur Rumah Terbuka Ketika Bulan Zulkaedah

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@azainudin21) apabila seorang pekerja Indonesia yang menetap di Malaysia dikenali sebagai Zain berasa terkejut dengan budaya di negara ini.

Dia tertanya-tanya mengapa rumah terbuka yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia berlangsung lebih seminggu dan ramai juga yang mengadakannya di luar bulan Syawal iaitu pada bulan Zulkaedah.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: FB Nurul Othman

Soalnya lagi, mengapa para Muslim tidak menghabiskan sahaja segala program rumah terbuka semasa minggu pertama Aidilfitri seperti yang dilakukan di negara lain.

“Ada sebab tertentu ke? Adakah ia budaya yang dinormalisasikan atau perkara yang perlu dilakukan?” tanya Zain lagi.

@azainudin21 Jemput saya datang open house pls #expat #indonesia #malaysia ♬ original sound – Teatro alla Scala

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Kongsi Faktor Mengapa Rakyat Malaysia Suka Anjur Rumah Terbuka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata rakyat Malaysia sangat suka berkumpul dengan keluarga dan kenalan rapat sehingga sanggup melakukan rumah terbuka di luar waktu Aidilfitri.

“Kau tinggal di Johor, selagi mana tak sampai raya haji, selagi tu la ada rumah terbuka,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah sesetengah netizen berpendapat, antara faktor rumah terbuka dianjurkan dalam tempoh masa yang lama adalah apabila tuan rumah mempunyai ramai kenalan sehingga terpaksa membahagikan jemputan rumah terbuka itu.

“Minggu pertama je raya rumah keluarga. Minggu ke-2 rumah adik beradik dan saudara. Minggu ke-3, biasanya dengan kawan. Minggu ke-4 bersama organisasi atau syarikat,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga bersetuju bahawa penduduk di negara ini popular dengan sifat mereka yang pemurah dan suka bersedekah termasuklah menjamu orang lain makan.

“Orang Malaysia suka makan dan memberi makan (bersedekah). Bulan puasa pun dah buat makan-makan seperti majlis berbuka puasa. Sampai la ke raya haji,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@azainudin21)

Budaya Open House Dibawa Ke Negara Luar, Selari Dengan Konsep Bersedekah

Walaupun syariat Islam tidak mewajibkan budaya penganjuran rumah terbuka ini, namun ia merupakan adat yang baik dan diharuskan kerana bersesuaian dengan anjuran Nabi SAW iaitu memberi makan, menyebarkan salam, serta mengeratkan silaturahim sesama Muslim.

Sumber: Embassy of Malaysia, Berne

Ramai juga pelajar perantauan yang membawa dan menyebarkan budaya ini ke negara luar.

Sama seperti di Malaysia, setiap juadah ‘wajib’ raya juga dihidangkan di rumah terbuka itu. Sebagai contoh, nasi impit dan kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, lontong, dan banyak lagi.

@nbellad_ come with me to the Embassy of Malaysia’s open house in Washington DC : featuring Malaysia’s ambassador in the United States with Malaysian Pennstate students🫶🏻 #studyabroad #salamperantau #raya2023 #pennstate ♬ original sound – bella

Tonton video penuh [DI SINI].

Bukan sahaja dengan kenalan rapat, malah ramai juga pengasas sesebuah jenama yang menganjurkan rumah terbuka buat komuniti setempat dan juga pelanggannya. Walaupun tidak mengenali mereka secara langsung tetapi ia berbalik kepada sikap rakyat tempatan yang suka bersedekah.

Seperti sebelum ini, seorang influencer dan usahawan kunafa dikenali sebagai Ojen Aiwahhh telah mengadakan satu lagi majlis rumah terbuka bagi meraikan orang ramai yang menyokongnya selama ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Ojen berkata dia berpeluang menjemput seramai 2,000 orang sahaja untuk open house raya 2.0 itu.

“Alhamdulilah meriahnya rumah terbuka Aiwahhh Raya 2.0. Terima kasih yang hadir,” tulisnya dalam kapsyen video.

Baca Artikel Berkaitan: “Gigihnya Semua” – Ramai Serbu Open House Aiwahhh Raya 2.0 Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Khazanah Nasional Batal Open House Raya Demi Hormati Pemergian Pak Lah, Sumbang Makanan Buat Komuniti

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Buat Open House Raya Untuk Yang ‘Malas’. Tak Renyah Sangat! [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd