Now Reading
“Nampak Je Kering, Tapi Hancing” – Orang Ramai Persoal Banyak Tandas Mall Mula Tiada Bidet

“Nampak Je Kering, Tapi Hancing” – Orang Ramai Persoal Banyak Tandas Mall Mula Tiada Bidet

Orang ramai juga menyifatkan tandas yang tiada bidet sebagai menyusahkan, lebih-lebih lagi apabila membuang air besar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setelah berjalan berjam-jam di pusat beli belah, tandas akan menjadi salah satu tempat persinggahan bagi melepaskan hajat.

Sudah tentu kita akan mengharapkan agar tandas yang digunakan berada dalam keadaan bersih dan selesa tanpa sebarang bau busuk atau hancing.

Kini, banyak tandas di pusat beli belah yang tidak dilengkapi dengan paip air atau digantikan dengan bidet yang dipasang terus dengan tandas.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Indonesia Persoal Bidet Di Tandas Malaysia Bikin Ramai Rakyat Malaysia Geram

Baca Artikel Berkaitan: “Lantai Basah & Licin” – Pelancong Asing Beri Skor 5/10 Untuk Tahap Keselesaan Tandas Awam Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Saintis Amerika Baru Tahu Basuh Guna Air Lagi Bagus Dari Tisu Tandas…

Tandas Kering Tidak Bermakna Bersih, Tetap Berbau Hancing

Keadaan ini menyebabkan rata-rata masyarakat Malaysia tidak berpuas hati apabila tandas tidak dilengkapi dengan keperluan asas itu.

Baru-baru ini, satu hantaran di Threads (@mktaufiq4436) mempersoalkan tentang ketiadaan bidet di tandas.

“Sudah banyak pusat beli belah mula menanggalkan bidet atas alasan tandas akan basah jika mempunyai bidet dan perlukan lebih permbersihan,” katanya.

Namun begitu, dia berkata tandas yang kering tidak bermaksud ianya bersih, lebih-lebih lagi apabila banyak tandas kering dikatakan berbau hancing dan najis yang kuat.

“Tandas kering tu nampak je tak basah, tapi kencing kering bersepah. Tandas tanpa bidet lagi banyak kali kena cuci.

“Kalau najis atau kencing bersepah, kena panggil pekerja untuk cuci. Kalau pekerja tak ada, tiada siapa boleh guna tandas tu,” ujarnya lagi.

View on Threads

Ramai Rasa Tandas Tanpa Bidet Menyusahkan

Sehubungan itu, orang ramai turut bersetuju bahawa ketiadaan bidet tidak semestinya menjamin tandas yang bersih.

Malah ada individu berkata dia sanggup masuk ke tandas yang basah dan tiada bau hancing, berbanding kering tetapi mempunyai bau tidak menyenangkan.

Orang ramai juga menyifatkan tandas tanpa bidet sebagai menyusahkan, lebih-lebih lagi apabila membuang air besar.

Terdapat juga individu yang menyenaraikan tandas di pusat beli belah didakwa tidak lagi mempunyai bidet.

Pun begitu, carian kami mendapati tandas-tandas tersebut bukanlah tidak mempunyai bidet, tetapi bidet asal dalam bentuk paip air telah digantikan dengan yang bersambung pada jamban.

Apa yang kelakar lagi apabila terdapat tandas cangkung dengan bidet yang terpasang pada dinding! Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar bidet ataupun paip air yang telah tercabut.

View on Threads

Bawa Bidet Mudah Alih Apabila Melancong Ke Negara Lain

Walaupun terdapat golongan tertentu yang gemarkan tandas tanpa bidet, namun para kaki travel sebelum ini berkata mereka lebih menggemari Malaysia kerana tandasnya yang dilengkapi bidet.

Malah, seorang Youtuber dari London yang berkunjung ke Qatar turut bercadang untuk memasang paip air setelah pulang apabila lebih gemar mencuci di tandas menggunakan air berbanding tisu sebelum ini.

Dalam masa sama, ada juga yang memberi saranan kepada orang ramai agar membawa bidet mudah alih apabila melancong ke negara lain.

Untuk info, bidet mudah alih boleh didapatkan secara dalam talian dengan harga yang berpatutan.

Penggunaannya mudah sahaja. Hanya perlu isikan air ke dalam botol tersebut dan ia sedia untuk digunakan.

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Juga Yang Best” – Kaki Travel Kongsi Kenapa Lagi Suka Malaysia Berbanding Negara Lain

Baca Artikel Berkaitan: Teruja Guna Air Berbanding Tisu Di Tandas Qatar, Peminat Bola Sepak Mahu Pasang Paip Air Bila Pulang Ke London

Baca Artikel Berkaitan: Tandas Awam Di Beijing Pasang Timer, Elak Individu Guna Telefon Sambil ‘Buang Hajat’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd