“Jogging Sampai Malam!” – Suasana Masyarakat Hartamas Bersukan Pada Waktu Malam Raih Pelbagai Reaksi
Difahamkan, suasana di sebuah kawasan perumahan di Hartamas masih dipenuhi orang berjogging biarpun pada waktu malam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, aktiviti bersukan dan riadah sememangnya baik untuk menyihatkan tubuh badan. Ia kebiasaannya dilakukan pada waktu pagi atau petang, lebih-lebih lagi pada hujung minggu.
Dengan kewujudan taman rekreasi dan pelbagai organisasi yang menyemarakkan semangat gaya hidup sihat, semakin ramai yang menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Tidak kira usia, semua lapisan masyarakat kini lebih peka terhadap kepentingan kesihatan diri.
Baru-baru ini, tular satu rakaman suasana di sebuah kawasan perumahan di Hartamas yang menunjukkan ramai orang masih berjogging meskipun hari sudah gelap. Video itu menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Baca Artikel Berkaitan: Penat Kerja Seharian, Lelaki Maut Lepas 2 Jam ‘Workout’ Tanpa Henti Di Gym
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Katanya Tawar Servis ‘Jogging Valet’ Buat Ramai Berdekah
Ramai Berjogging Waktu Malam, Pemilik Video Teruja
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@ibroaim), kelihatan suasana malam di kawasan Hartamas yang dirakam dari dalam sebuah kereta.
Apa yang menarik, pemilik video menunjukkan deretan individu yang sedang berjogging dari hujung ke hujung jalan yang berbukit. Jumlah mereka dilihat ramai, seolah-olah ada acara khas sedang berlangsung.
“Tengok orang Hartamas ni, punya bagus. Sampai hujung sana!” ujarnya dengan nada kagum.
Dia turut merakam lebih banyak kumpulan yang sedang berjogging secara konsisten di laluan berbukit, sambil terus menyatakan keterujaan terhadap semangat mereka yang sanggup bersenam waktu malam.
Netizen Terbahagi Pandangan, Ada Yang Sokong Ada Yang Pertikai
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan pandangan berbeza. Ada yang memuji semangat mereka yang tetap memilih untuk bersenam walaupun sudah lewat malam.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa bersukan pada waktu malam melawan fitrah tubuh yang sepatutnya berehat selepas seharian bekerja.
Segelintir juga mengaitkan situasi ini dengan taraf hidup dan gaya hidup komuniti di kawasan berkenaan.
Malah ada yang menyindir golongan yang cepat mengecam rutin seperti ini dengan menganggap mereka berpandangan terlalu sempit dan kolot terhadap isu waktu bersenam.


Bersenam Waktu Malam Tak Salah, Tapi Perlu Ikut Kemampuan Badan
Memetik laporan Berita Harian, Pensyarah Kanan UPM, Dr Azhar Yaacob menjelaskan bahawa bersenam pada waktu malam tidak menjadi masalah kepada individu yang sihat dan sudah biasa dengan rutin tersebut.
Bagaimanapun, risiko boleh timbul jika seseorang terus tidur selepas makan malam berkalori tinggi, atau melakukan senaman intensif yang mengganggu rehat dan kualiti tidur.
Antara risiko lain termasuk tekanan terhadap sistem kardiovaskular serta perubahan tabiat pemakanan.
Beliau turut menasihatkan agar individu yang baru mula bersukan supaya mulakan dengan aktiviti ringan, dan elakkan senaman berintensiti tinggi pada lewat malam.
Baca Artikel Berkaitan: Bersenam Waktu Malam, Bahaya Atau Tidak Untuk Kesihatan?
Aktiviti seperti berjalan, joging ringan atau regangan otot lebih sesuai dilakukan jika sekadar mahu kekal sihat. Antara senaman berintensiti tinggi yang perlu dikawal ialah:
- Badminton
- Futsal
- Bola sepak
- Pendakian tinggi (seperti gunung)
Senaman ringan yang selamat pada waktu malam:
- Regangan otot (stretching)
- Joging santai
- Berjalan kaki
Kesimpulannya, bersukan waktu malam bukan satu kesalahan, asalkan individu sedar akan tahap kecergasan dan mengamalkan gaya hidup seimbang.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Lari 42KM Dengan Baju Melayu Lengkap, Aksi Lelaki Ini Buat Orang Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: “Jadikan Senaman Sebagai Tabiat, Bukan Alasan” – Pakar Pemakanan LAC Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.