“Cinca? Ha Cicah-Cicah” – Lelaki Tempatan Borak Asal Boleh, Terpinga Jawab Soalan Budak Korea
Difahamkan, kanak-kanak Korea tersebut hanya bertanyakan soalan tentang lauk di dalam pinggan milik lelaki itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat peramah dan mesra. Tidak kira latar belakang, semuanya dianggap kawan dan bukannya lawan.
Sikap sebegini bukan sahaja disenangi masyarakat tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong luar yang hadir ke negara ini untuk bercuti atau mengembara.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila gelagat seorang lelaki tempatan berinteraksi dengan seorang pelancong cilik dari Korea berjaya mencuri perhatian ramai.
Baca Artikel Berkenaan: [Video] Gelagat Aunty Dapat ‘Full Mark’ Sewaktu Kedai Runcit Digempur KPDN Melaka Cetus Gelak Tawa Ramai
Baca Artikel Berkenaan: Gelagat Wanita ‘Sarung’ Baldi Pada Badan Sewaktu Bonceng Motosikal Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur
Berborak Mesra Walaupun Tak Faham Bahasa
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@mersingsnorkelicious), kelihatan seorang lelaki sedang menikmati hidangan di bawah sepohon pokok berhampiran pantai.
Apa yang mencuit hati, dia ditemani oleh seorang budak lelaki berbangsa Korea yang kelihatan sangat ramah dan penuh rasa ingin tahu. Walaupun mereka berbeza bahasa, mereka dilihat terus berbual seperti sudah lama kenal.
Gelagat mereka bertukar soalan dan pendapat sambil makan dilihat begitu bersahaja. Malah, lelaki itu sempat bergurau dengan kanak-kanak itu dengan memberi nasihat seperti seorang ibu.
“Makanlah, makan. Sambil bercakap nanti syaitan makan sekali,” katanya dengan muka serius.
Penonton di belakang kamera juga tidak dapat menahan tawa melihat interaksi spontan dan mesra antara kedua-dua individu berlainan negara itu.
Netizen Terhibur, Siap Teka Apa Sebenarnya Dibualkan Si Cilik Korea
Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur melihat aksi spontan itu. Tidak kurang juga yang menambah jenaka sendiri, meneka-neka apa agaknya yang sedang dibualkan oleh si kecil itu.


Ada juga netizen yang memahami bahasa Korea tampil memberi terjemahan ringkas, menjelaskan bahawa kanak-kanak itu menggunakan bahasa formal sebagai tanda hormat terhadap lelaki berkenaan.

Bila Bahasa Tak Sama, Gelak Ketawa Jadi Penghubung
Walaupun perbezaan bahasa wujud, interaksi antara lelaki tempatan dan pelancong kecil ini membuktikan bahawa komunikasi tidak semestinya bergantung pada kata-kata.
Senyuman, gelak ketawa, nada suara dan gerak tubuh sering menjadi “bahasa universal” yang menyatukan manusia tanpa mengira asal-usul.
Momen sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah mencerminkan bagaimana nilai hormat dan keterbukaan boleh membentuk hubungan yang spontan dan ikhlas antara dua individu yang baru kenal.
Perkataan Harian Kita Dalam Bahasa Korea
Buat anda yang kurang tahu tentang Bahasa Korea, sebenarnya banyak perkataan asas yang mudah diingati dan sering digunakan dalam perbualan harian.
Malah, beberapa daripadanya mungkin anda pernah dengar dalam drama Korea atau video tular di media sosial. Antaranya:
- Annyeong (안녕) – Bermaksud “hai” atau “hello”, digunakan dalam situasi santai.
- Gomawo (고마워) – Ucapan terima kasih dalam bentuk kasual, biasanya antara kawan.
- Jal (잘) – Maksudnya “baik” atau “bagus”, sering digunakan untuk pujian atau memberi semangat.
- Bap (밥) – Bermaksud “nasi” atau “makanan”, antara perkataan paling biasa dalam budaya Korea.
- Chingu (친구) – Bermaksud “kawan”, sesuai untuk menggambarkan hubungan mesra.
- Jinja (진짜) – Digunakan untuk tunjuk rasa terkejut atau nak sahkan sesuatu, seperti “serius?” atau “betul ke?”
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Berdekah Dengar Suami Pasrah Layan Kerenah Anak Minta Keropok
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.