Now Reading
[Video] Wanita Selamat Saat Akhir, Perkhemahan Tepi Sungai Nyaris Dibawa Arus Kepala Air

[Video] Wanita Selamat Saat Akhir, Perkhemahan Tepi Sungai Nyaris Dibawa Arus Kepala Air

Difahamkan, kejadian itu merupakan kali pertama tapak perkhemahan di situ dilanda kepala air.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika musim tengkujuh, fenomena kepala air bukanlah sesuatu yang asing lebih-lebih lagi di kawasan berhampiran sungai atau air terjun. Kebanyakan orang akan mula elak dari lakukan aktiviti seperti berkelah, berkhemah atau mandi-manda kerana risiko bahaya.

Namun, bukan hanya ketika musim tengkujuh sahaja kejadian ini boleh berlaku. Hujan lebat berterusan walaupun hanya di kawasan hulu sungai juga boleh jadi punca arus deras turun secara mengejut.

Bahaya kepala air sering datang tanpa amaran jelas. Mereka yang berada di kawasan rendah atau tepi sungai perlu sentiasa berjaga-jaga, lebih-lebih lagi jika terdapat tanda-tanda awal perubahan air yang berlaku secara drastik.

Baca Artikel Berkaitan: Guru & Murid Tadika Terperangkap Kepala Air Berjaya Diselamatkan, Ramai Persoal Kenapa Bawa Kanak-kanak Masuk Gua

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Di Kedah: Kampung Iboi Dilanda Insiden Kepala Air Sekali Lagi

Sungai Naik Tiba-Tiba, Tapak Perkhemahan Hampir Tenggelam

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok (@mijvsvnusi), seorang wanita berkongsi detik cemas ketika berada di sebuah kawasan sungai yang tiba-tiba dilanda kepala air.

Dalam video berkenaan, kelihatan tapak perkhemahan miliknya telah mula ditenggelami air selepas paras sungai naik secara mendadak.

Menurut wanita itu, kepala air yang berlaku tidak sampai menenggelamkan keseluruhan kawasan khemah.

Namun, arus deras yang mengalir di tengah sungai cukup untuk mencetuskan rasa panik, walaupun bahagian tebing hanya dilalui arus perlahan.

Dia turut memaklumkan bahawa dia tidak terlalu kisah dengan kerugian dari segi masa, wang dan tenaga yang telah dilaburkan.

Baginya, yang paling penting adalah keselamatan nyawa, dan dia bersyukur sempat beredar sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

@mijvsvnusi

1 Mei 2025 – Pertama kali nak try camping tapi tak diizinkan. Khemah dah siap..kepala air datang. Janji nyawa selamat. #kepalaair #gopeng #campsitemalaysia #campsiteperak #campsitepakabas

♬ original sound – Mija.Sanusi – Mija.Sanusi
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Nasihat Jangan Ambil Mudah, Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan pelbagai reaksi terhadap situasi yang dikongsikan oleh wanita tersebut.

Ada yang memberi nasihat supaya lebih berhati-hati ketika memilih lokasi untuk berkhemah atau berehat di tepi sungai.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa masih ada yang berani melakukan aktiviti sebegitu walaupun cuaca tidak menentu dan amaran hujan telah dikeluarkan.

Sumber: TikTok @mijvsvnusi
Sumber: TikTok @mijvsvnusi

Segelintir turut berkongsi pengalaman mereka sendiri yang pernah terselamat daripada insiden kepala air.

Sumber: TikTok @mijvsvnusi
Sumber: TikTok @mijvsvnusi

Perbincangan di ruangan komen jelas menunjukkan bahawa kesedaran tentang bahaya kepala air masih belum cukup meluas, dan masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat serta tanda-tanda awal yang boleh membantu mereka bertindak lebih awal.

Cara Kenal Pasti Tanda-Tanda Kepala Air

Berikut antara cara untuk kesan tanda-tanda awal kepala air agar dapat mengelak daripada kejadian tidak diingini. Antaranya:

  • Air sungai bertukar warna menjadi keruh secara tiba-tiba.
  • Terdengar bunyi deruan air yang semakin kuat dari arah hulu sungai.
  • Paras air sungai naik dengan cepat dalam masa singkat.
  • Sampah atau ranting mula dihanyutkan dari arah hulu.
  • Udara tiba-tiba menjadi lembap dan sejuk tanpa angin kuat.
  • Awan gelap berkumpul di bahagian hulu sungai walaupun kawasan berkhemah masih cerah.
  • Arus sungai menjadi semakin laju walaupun hujan belum turun di kawasan sekitar.
  • Haiwan seperti serangga atau burung mula bertempiaran keluar dari hutan atau tebing.
  • Tumbuhan di tepi sungai mula ditenggelami air.
  • Muncul buih-buih atau pusaran kecil di permukaan sungai.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Punca Air Naik Di Bazar, Riuh Sekampung Apabila “Tetamu” Istimewa Datang Kunjung

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sekitar KL, Banyak Kawasan Dinaiki Banjir & Berlaku Tanah Runtuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd