[Video] Ribut Tiba-Tiba Melanda, Netizen Terharu Lihat Satu Padang Turun Bantu Pegang Khemah
Difahamkan, angin ribut yang tiba-tiba melanda telah menghentikan perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung sebelum hampir menerbangkan khemah peniaga berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Siapalah rakyat Malaysia tanpa sifat prihatin yang mendalam. Bagai air dengan tebing, nilai bantu membantu sentiasa mengalir dalam masyarakat kita tidak kira apa latar belakang mereka.
Biarpun dalam situasi cemas seperti hujan lebat atau ribut yang datang mengejut, sifat kebersamaan itu tetap terserlah. Ketika ramai mungkin hanya fikirkan diri sendiri, masih ada yang sanggup “turun padang” demi membantu mereka yang memerlukan.
Itulah yang berlaku baru baru ini apabila sekumpulan pelajar dalam sebuah perlawanan bola sepak menunjukkan contoh terbaik semangat setiakawan bukan sesama pasukan tetapi kepada seorang peniaga kecil di tepi padang yang sedang berdepan ujian cuaca.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kutip Botol Arak Berkelempang, Kesal Tindakan Tak Semenggah Di Tempat Awam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tersentuh Lihat Jiran Bantu Simpankan Parcel Ketika Tuan Rumah Tiada
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Pimpin Tangan, Ramai Puji Pemuda Prihatin Tolong Aunty Lintas Jalan
Ribut Landa Tiba Tiba, Satu Pasukan Lari Bantu Peniaga Khemah
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@kaino_05), situasi hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan sebuah perlawanan bola sepak terpaksa dihentikan sementara.
Namun dalam kekalutan mencari tempat berteduh, sebuah khemah milik peniaga minuman di seberang padang kelihatan hampir roboh ditiup angin.
Dua orang dipercayai pembantu peniaga itu sedang bersusah payah memegang khemah agar tidak diterbangkan ribut.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila kamera dizum keluar, kelihatan hampir seluruh pasukan bola sepak tadi berlari sepenuh hati dari padang ke arah khemah tersebut.
Mereka memanjat curam antara padang dan khemah lalu membantu mengangkat barang barang jualan ke sebuah bangunan berhampiran agar tidak rosak dibasahi hujan.
@kaino_05 Terima kasih anak2 muda!
♬ original sound – sheedah-be-like – sheedah-be-like
Netizen Sebak, Ada Yang Nak Taja Jersi Baru
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen terharu melihat tindakan spontan penuh kemanusiaan itu. Ramai yang menyifatkannya sebagai momen paling sejuk di hati dalam situasi paling basah dan ribut.
Tidak kurang juga memuji didikan ibu bapa dan guru serta semangat kesukanan pasukan tersebut yang jelas bukan hanya bermain untuk menang tetapi membawa nilai murni dalam kehidupan harian.



Malah ada netizen yang baik hati tampil menawarkan tajaan jersi baharu untuk pasukan tersebut sebagai penghargaan atas nilai kemanusiaan yang ditunjukkan.

Cara Pupuk Semangat Saling Bantu Pada Anak Sejak Kecil
Tingkah laku spontan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut merupakan tindakan yang amat baik dan wajar dijadikan contoh.
Sifat ringan tulang ini bukan sahaja mencerminkan nilai murni, malah turut menjadi bukti bahawa persekitaran mereka membesar memainkan peranan besar dalam membentuk sikap tersebut.
Ibu bapa, guru dan masyarakat seharusnya berperanan aktif dalam memupuk semangat tolong-menolong ini sejak usia awal. Berikut beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menyemai nilai tersebut dalam diri anak-anak. Antaranya:
- Tunjuk contoh melalui tindakan harian – Anak lebih mudah belajar melalui pemerhatian, jadi biasakan untuk bantu orang lain di hadapan mereka.
- Libatkan anak dalam aktiviti sukarelawan – Sertai program kemasyarakatan agar mereka dapat belajar tentang empati dan kerja berpasukan.
- Beri pujian bila anak membantu– Galakkan tingkah laku positif dengan pujian atau kata semangat bila mereka ringan tulang.
- Bercerita tentang kisah inspirasi – Kongsi kisah benar atau dongeng yang mengangkat nilai bantu-membantu sesama manusia.
- Bina suasana rumah yang penuh empati – Galakkan adik-beradik bantu satu sama lain dan jadikan ia budaya dalam keluarga.
Baca Artikel Berkaitan:Â [Video] Tunggu Bas Lebih 2 Jam, Pemuda Tumpangkan Pasangan Warga Emas Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan:Â [Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka
Baca Artikel Berkaitan:Â [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â