[Video] Gerak Dah Separuh Jalan, Ramai Terhibur Lelaki Baru Sedar Kucing Ikut Pulang Dalam Ambulans
Difahamkan, itu bukan kali pertama kucing berkenaan masuk ke dalam ambulans tersebut. Bagaimanapun, si comel telah selamat dikembalikan ke tempat asalnya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, ada kucing yang karakternya sangat manja. Ke mana sahaja si manusia pergi, di situlah dia mahu berada. Bagaikan bayang-bayang yang setia mengekori, tingkah mereka yang spontan sering membuatkan ramai tak kering gusi.
Ditambah pula dengan sifat ingin tahu seekor kucing yang sangat tinggi, tidak hairanlah wujudnya peribahasa Inggeris “curiosity kills the cat”. Ia bukan sahaja menunjukkan keberanian, tetapi juga tabiat kucing yang suka menyibuk di tempat yang tak dijangka.
Itulah yang berlaku baru-baru ini dalam satu kejadian menghiburkan apabila seekor kucing secara tidak disedari telah ikut serta dalam perjalanan ambulans dan hanya dikesan setelah kenderaan itu bergerak hampir separuh jalan.
Baca Artikel Berkaitan: “Oyen Tak Ada Akidah” – Kucing Lepas Hajat Atas Honda HR-V Bikin Ramai Garu Kepala
Baca Artikel Berkaitan: “Malam Tadi Dia OT” – Gelagat Kucing Tidur Tergantung Di Kaunter Pam Minyak Bikin Dekah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Beratur Nak Salam Raya Dengan Ahli Keluarga Buat Ramai Terhibur
Kucing ‘Tumpang’ Dalam Ambulans Siap Mengiau Bila Ditegur
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@akmalhakimtalip), seorang lelaki yang dipercayai kakitangan klinik berkongsi detik lucu semasa berada dalam ambulans bersama seorang pemandu.
Dalam video tersebut, mereka dilihat sedang dalam perjalanan sebelum menyedari kehadiran seekor kucing di bahagian belakang.
“Ui, apa kau buat sini? Bila kau masuk ni?” tegurnya sambil kedengaran bunyi kucing itu mengiau-ngiau seolah-olah memberi tindak balas.
Reaksi spontan itu menghiburkan ramai apatah lagi kucing berkenaan nampak mesra dan seolah-olah memang mengenali individu tersebut.
Lelaki itu turut menulis kapsyen, “kucing ini masuk lagi dalam ambulans, dah separuh jalan dah” memberi bayangan bahawa ini bukanlah kali pertama si comel itu berbuat demikian.
@akmalhakimtalip Oii astaga kucing nii #fyp
♬ original sound – Mal. – Mal.
Kucing Selamat Pulang Ke Tempat Asal
Dalam perkongsian susulan, kucing berkenaan dilaporkan selamat dibawa pulang ke klinik tempat kakitangan itu bekerja. Menurutnya, kucing itu memang tinggal di kawasan klinik dan akan masuk ke dalam ambulans setiap kali berpeluang.
Setibanya mereka di klinik, si comel dilihat bersahaja duduk dalam ambulans dan hanya keluar setelah beberapa kali dipanggil. Lenggoknya yang santai dan bersahaja membuktikan keselesaannya di tempat itu.
@akmalhakimtalip Part 2 kucing ikut ambulans 😂#fyp
♬ original sound – Mal. – Mal.
Netizen Terhibur Lihat Lelaki Santai Layan Kerenah Kucing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat si kucing. Ramai tidak melepaskan peluang memeriahkan suasana dengan berjenaka di dalam ruangan komen.



Tidak kurang juga yang prihatin bertanya tentang keadaan dan keselamatan si bulus comel itu.

Tanda Kucing Gembira Melalui Bahasa Badan (Body Language)
Jika anda ingin tahu, kucing sebenarnya akan meluahkan perasaan mereka melalui beberapa pergerakan bahasa badan.
Apabila mereka gembira, akan ada pelbagai cara mereka menunjukkannya melalui tingkah laku dan reaksi terhadap persekitaran.
Memetik laman Sheba, ini beberapa gerak badan seekor kucing apabila mereka gembira. Antaranya:
- Postur Badan Bersahaja – Sama ada mereka berehat, berbaring di sisi atau menguli, kucing yang bersahaja ialah kucing yang berasa nyaman, tenang, dan bahagia
- Ekor Tegak Atau Mengibas Perlahan – Menandakan keyakinan, keramahan dan ketenangan terhadap sekeliling
- Telinga Tegak Ke Hadapan – Tanda mereka berminat dan terlibat dengan persekitaran
- Menepuk Badan Kita Secara Perlahan – Cara lembut ini digunakan untuk mendapatkan perhatian dan berinteraksi dengan pemilik
- Menanduk Kepala ke Tangan – Menandakan kepercayaan dan kasih sayang dengan meninggalkan bau pada anda
- Menggeselkan Badan – Tindakan ini menunjukkan anda sebahagian daripada ‘wilayah’ mereka dan mereka rasa selamat dengan anda
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penat Majikan Cari, Gelagat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah Bikin Dekah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.