“Tutup Mata Je Guna ChatGPT” – Pelajar Dikecam Perlekeh Pensyarah Beri Banyak Assignment
Pensyarah didakwa sengaja mempermainkan pelajar dengan memberikan tugasan yang banyak walhal mereka dikatakan boleh menyiapkannya menggunakan bantuan AI.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui buat mereka yang bergelar pelajar tidak kira di peringkat sekolah atau universiti, tanggungjawab hakiki mereka adalah untuk menimba ilmu. Dalam masa mengejar kecemerlangan, adalah penting bagi mereka menghormati individu yang mengajar mereka.
Namun masih ramai yang bertindak sebaliknya. Seperti pada tahun lalu, tular video di media sosial apabila seorang murid mempersoalkan gurunya dikenali sebagai Sir Fathi kerana menggunakan Bahasa Inggeris semasa mengajar subjek Matematik.
Malah, pelajar itu juga menganggap bahasa barat itu sebagai bahasa penjajah.
“Adakah bila awak kata macam tu, awak rasa diri awak hebat? Ataupun awak rasa awak ni cukup Melayu? Atau itu memang ajaran yang telah diajar kepada awak selama ni?” soal Sir Fathi.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Penjajah Sir” – Guru Terkilan, Pelajar Persoal Kenapa Ajar Matematik Guna Bahasa Inggeris
Pelajar Sindir, ‘Simpati’ Tengok Pensyarah Gigih Beri Banyak Tugasan
Terbaharu, tular satu hantaran di Facebook Unimas Confession apabila seorang pelajar universiti meluahkan pandangannya terhadap kegigihan pensyarah yang menyediakan banyak tugasan untuk para penuntut.
Namun hantaran itu dilihat seolah-olah pelajar ini menyindir kesungguhan pensyarah tersebut.
“Jujur daripada hati saya la kan, saya kesian dekat pensyarah-pensyarah terutamanya yang boomers. Mereka berusaha keras nak bagi tugasan berlambak, assignment saat akhir tapi sikit pun tak menyukarkan kami,” ujarnya.

Pelajar Guna AI Untuk Buat Tugasan Diberi Pensyarah
Bukan itu sahaja, malah mahasiswa ini seperti bangga dapat menyiapkan segala tugas menggunakan bantuan AI (Artificial Intelligence) berbanding dengan usaha air tangan sendiri.
Bahkan pelajar tersebut mendakwa bahawa pensyarahnya sengaja mahu menyusahkan mereka dengan tugasan yang banyak.
“Kita boleh tutup mata je siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, Deepseek and Gemini. Tugasan kami semua letup-letup you all. Siap petikan dan rujukan.
“Hujung-hujung semester carry mark kami semua kaw-kaw padu atas 50%. Peperiksaan akhir pejam mata je nak dapatkan 30% nak skor A. Kesiankan diorang tak dapat nak game kita,” tambah pelajar itu lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Belum Kerja” – Pelajar Merungut Pensyarah Bagi Banyak Tugasan, Ramai Merungut Gen Z Manja
Baca Artikel Berkaitan: Tular Bisnes Tolong Buatkan ‘Assignment’ Pelajar, Orang Ramai Bimbang Dengan Masa Depan Negara
Ramai Individu Salah Guna AI Untuk Kepentingan Diri Sendiri
Perkongsian itu kemudiannya dimuat naik semula di laman X (Twitter) di mana ramai warganet memberikan pandangan mereka tentang luahan pelajar ini.
Seorang lelaki dikenali sebagai Fakhrullah Samerin berkata ramai generasi kini yang menyalahgunakan kemudahan AI.
“Ada pun saya kata AI ni memudahkan urusan nak belajar, tapi ini bukan caranya. Nak belajar ni, kita guna AI sebagai alat bantuan je. Seperti dulu sebelum ada internet, buku rujukan sebagai alat bantuan, selepas ada internet, guna google dan sekarang guna ChatGPT,” katanya.

Jika penggunaan ChatGPT ini tidak terkawal, ia juga dikatakan mampu mengambil alih tenaga kerja manusia pada masa akan datang.
“Kalau suruh AI ni buat kerja kita 100%, itu bukan jadikan alat bantuan. ‘ChatGPT, buatkan ni’, lepas tu copy paste je semua. Tanpa periksa semula sikit pun, itu bukan belajar. Tu suruh AI buat kerja kita. Jadi jangan pelik nanti bila masuk kerja, AI gantikan posisi kita pula,” tambah Fakhrullah.
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Dilaporkan Berhentikan Lebih 500 Pekerja Di Malaysia
Adapun saya kata AI ni memudahkan urusan nak belajar, tapi ini bukan caranya.
— Fakhrullah Samerin (@fakhrul_samerin) May 3, 2025
Nak belajar ni, kita guna AI sebagai alat bantuan je. Seperti dulu sebelum ada internet, buku rujukan sebagai alat bantuan, selepas ada internet, guna google dan sekarang guna chatgpt.
… https://t.co/Aep2H2FlcJ pic.twitter.com/Np5Dptyd3Q
Orang Ramai Tak Setuju Pelajar Guna AI 100% Untuk Siapkan Tugasan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam pelajar berkenaan kerana mempunyai mentaliti sebegitu terhadap para pengajar.
“Kesian juga pemikiran dia macam tu. Aku rasa pensyarah tak ada maknanya nak game pelajar. Diorang sediakan pelajar untuk industri.
“Pensyarah banyak gila kasi assignment sebab bila dah kerja, banyak tugasan b*doh yang kau kena fikir secara bijak macam mana nak selesaikannya dengan efisien,” kata seorang lelaki.
Malah ada pensyarah yang berpendapat pembentangan sangat membantu bagi mengenal pasti pelajar yang melakukan tugasan secara sendiri atau menggunakan taktik lain.
“Sebagai pensyarah, sakit hati baca benda yang sama berulang-ulang oleh pelajar yang berbeza dan benda tu selalu jadi bila mereka copy paste tugasan. Sebab tu saya sokong ada Viva. Kalau tak boleh jawab, maksudnya tak faham apa yang ditulis,” ujar pendidik itu.
Sementara itu, penggunaan AI semata-mata tanpa usaha pelajar itu sendiri dikatakan hanya membazir tenaga, masa dan wang untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi.
Segelintir individu turut mendakwa fakta dan info daripada ChatGPT bukanlah betul 100%.
“Pensyarah ni masih boleh periksa semula tugasan mereka ni. Berapa kali aku double check maklumat dari ChatGPT ni banyak salah dan gilanya dia sesuka hati cite kes atau letak citation yang tak ada. Untuk pelajar ni pula aku yakin kebanyakannya tak periksa semula pun lebih-lebih lagi jika minit terakhir,” kata seorang netizen.




Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah Beri ‘Green Light’ Pelajar Makan Ketika Dalam Dewan Kuliah Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



