Now Reading
“Muka Happy Betul” – Pakcik Beli Barang Online Setiap Hari Lepas Pencen Bikin Ramai Terhibur

“Muka Happy Betul” – Pakcik Beli Barang Online Setiap Hari Lepas Pencen Bikin Ramai Terhibur

Menurut anak perempuan dikenali sebagai Pucellex, si bapa kemudiannya akan mempromosi barangan yang dibeli sebagai affiliate di platform TikTok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan selepas bekerja keras mencari rezeki halal semasa usia muda, sudah tentu ramai di kalangan pekerja yang menanti-nantikan hari bersara mereka. Pada waktu itulah mereka boleh berehat dengan puas.

Namun selepas berminggu-minggu bercuti, mungkin ada masa mereka akan mula bosan dan tidak tahu nak buat apa. Mahu luangkan masa dengan anak dan cucu, tetapi semua sibuk dengan pekerjaan atau persekolahan.

Oleh disebabkan itu, ramai di kalangan pesara ini akan mencari hobi baharu agar mereka lebih produktif dan tidak termenung duduk di rumah sebagai contoh bercucuk tanam, memancing, bersukan dan lebih menarik ramai yang memanfaatkan teknologi masa kini.

Bapa Seronok Beli Barang Online, Setiap Hari Parcel Sampai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@_pucellex) apabila seorang wanita dikenali sebagai Pucellex berkongsi telatah si bapa yang mengangkut parcel diterima di pagar rumah pada setiap hari.

Bungkusan kecil, besar, lebar semuanya ada! Lebih menghiburkan, si anak berkata kompilasi video tersebut hanya untuk pembelian selama satu bulan sahaja, memang banyak.

“Bapa saya punya aktiviti bersara adalah beli-belah atas talian pada setiap hari,” kata Pucellex.

Jelas anak perempuan itu, ayahnya sangat bersemangat dan teruja untuk menerima parcel pada setiap hari. Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya si ayah membeli banyak barang kerana ia adalah hasil usaha keras bapanya dahulu.

Berasa risau menjadi mangsa scam, si ayah akan membuat pembayaran secara COD memandangkan dia pun sentiasa berada di rumah.

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas video ini menerima sebanyak 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis (5 Mei).

@_pucellex bapak siapa lagi macamni? 😂#father #random #retireme #retirementplan ♬ Scheming Weasel – Tsoulfas Panormitis

Tonton video penuh [DI SINI].

Bapa Jadi Affiliate Di TikTok

Mungkin di antara anda yang terfikir apa yang dilakukan pakcik berkenaan dengan produk yang sangat banyak. Kalau anda nak tahu, bapa Pucellex tidak hanya bazirkan semua barangan begitu sahaja.

Tetapi dia menyertai program affiliate di platform TikTok. Sambil membeli, boleh juga dia jana pendapatan. Bijak!

Selepas mencuba sendiri, si ayah akan mempromosi produk yang kebanyakannya melibatkan cucuk tanam di akaun (@Vermilion).

Baca Artikel Berkaitan: Menjelang 12.12: TikTok Shop Lancar Affiliate Link, Buka Peluang ‘Creator’ Tempatan Jana Income

@_pucellex Replying to @yann.N9 betulah tu sis. jemput support ayah sy guys 😂 @Vermilion #affiliatemarketing #affiliate #random #father #retirementplan #retireme #retire ♬ original sound – Pucellex

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Bapa Yang Seronok Shopping Online

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan telatah ayah Pucellex yang seronok membeli-belah atas talian.

“Comel je masa terima parcel. Riang betul hati pakcik bila dapat,” kata seorang netizen.

Malah ramai juga senang hati melihat si bapa yang turut gembira dengan rutin hariannya selepas pencen.

“Bila kau kerja keras hampir seumur hidup, inilah persaraan yang kau layak dapat,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga segelintir individu yang turut berkongsi hobi sama ibu bapa mereka di rumah.

“Lebih kuranglah. Bapak aku dah jadi barista dah dekat rumah. Order je nak kopi apa,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@_pucellex)

Telatah Bapa-bapa Lepas Pencen

Gelagat golongan bapa-bapa selepas pencen tidak terhenti di situ. Sebelum ini, seorang ayah dikenali sebagai Md Sazihan Suhari dilihat obses menggayakan kucing dan menangkap gambar haiwan comel berkenaan.

Menurut anak perempuannya, Nurul Hidayah, bapanya itu bukanlah pencinta kucing. Namun, dia mula menunjukkan minat selepas bersara sebagai polis pada awal tahun 2023.

Sumber: TikTok/X (@raihanaroslan)

Dalam pada itu, turut mendapat perhatian di laman X (Twitter) apabila seorang wanita dikenali sebagai Raihana menunjukkan aksi random ayahnya yang membeli topi berserta dengan rambut palsu.

Untuk info, ayahnya sudah bersara dan bekas Komander National Task Force (NTF) Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dari Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Tolong siapa-siapa ambil TikTok Shop dan Shopee bapak aku ni, dah bukan-bukan dibelinya,” kata Raihana.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Bapa-Bapa Lepas Pencen

Baca Artikel Berkaitan: Baru Berazam Depan Suami Tak Nak Shopping Online, Hari Kedua Tahun Baru Kantoi Parcel Dah Sampai Rumah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Spanar Pakai Niat” – Ramai Terhibur Lihat Barang Dipesan Online Tak Sama Dengan Realiti [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd