“Blood Paws” – Ramai Geli Hati Oyen & 3 Ekor Anjing Bagai Satu Geng, Siap Tidur Bersama!
Menurut individu yang memuat naik video tersebut, si Oyen memang dijaga oleh ketiga-tiga anjing berkenaan sehingga turut tidur bersama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing dan anjing sememangnya mempunyai pelbagai ragam, sekaligus mencuit hati orang ramai yang menyaksikan telatah mereka.
Apatah lagi apabila dua haiwan berbeza spesies itu dilihat bersama-sama, pasti menimbulkan perasaan pelik kerana mereka dipercayai sering bergaduh.
Namun dalam kes tertentu, kucing dan anjing sebenarnya boleh berkawan baik sehingga kelihatan seperti dalam satu keluarga pula!
Baca Artikel Berkaitan: “Datang Dah Perangai Dia” – Oyen ‘Judge’ Anjing Gaduh Dengan Pantulan Sendiri Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Courier Terpaksa Hantar Oyen Balik Selepas Curi-Curi Naik Kereta Masa Drop Parcel Di Rumah Pelanggan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Minggu Tak Balik Rumah, Oyen Kantoi Lepak Kat Kantin Sekolah!
Oyen & 3 Anjing Macam Dalam Satu Geng
Itulah yang dapat disaksikan menerusi satu video tular di TikTok (@aimnfdzl__) apabila seekor kucing Oyen dan beberapa anjing dilihat seolah-olah berada dalam satu kumpulan.
Mereka kelihatan berjalan di kaki lima dengan si Oyen berada di hadapan seperti gelagat ketua sambil diekori tiga ekor anjing di belakangnya.
Apa yang lebih menarik perhatian, adalah telatah antara Oyen dengan salah seekor anjing yang berpandangan antara satu sama lain bagaikan saling berkomunikasi.
Kucing itu kemudiannya dilihat meletakkan ‘tanda’ pada tong sampah yang berada di sana.
@aimnfdzl__ OYEN AURAA 🔥#fypkucing #kucingtiktok ♬ AURA – Ogryzek
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Geli Hati Lihat Telatah 4 Bulus Sekawan
Aksi bulus empat sekawan itu sememangnya raih perhatian ramai, apatah lagi apabila kucing dan anjing sering disifatkan sebagai saling bergaduh.
Namun aksi si Oyen tadi semacam melihatkan dia sebagai ketua kumpulan dengan tiga anjing sebagai konco-konconya.
“Bos, kasi tanda ini kawasan bos,” seloroh seorang individu melihat tindakan kucing itu kencing di kawasan tersebut.
Ada juga yang berjenaka bahawa Oyen itu pasti terpengaruh dengan filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ yang baru ditayangkan.
Namun, seorang pengguna media sosial berasa risau melihat kucing bersama tiga anjing tersebut kerana si bulusnya pernah digigit anjing liar.
Namun individu yang memuat naik rakaman video tersebut berkata Oyen itu sebenarnya dijaga oleh anjing-anjing berkenaan, malah turut tidur sekali.











Kucing Kencing Merata Untuk Tanda Kawasan
Bagi pemilik atau peminat kucing, pasti sudah biasa berhadapan perangainya yang sering kencing di merata-rata tempat kan?
Tindakan yang digelar ‘pancut’ ini sebenarnya dilakukan oleh kucing demi menanda kawasan mereka.
Menurut American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA), tanda ini ditinggalkan oleh si bulus bagi mengelakkan pertikaian antara satu sama lain.
Menerusi air kencing tersebut, si bulus dapat memberitahu kucing lain tentang kawasan yang dimiliki olehnya, waktu dia berada di kawasan tersebut, serta bilakah dia akan kembali ke sana.
Malah air kencing itu juga boleh menjadi indikasi seekor kucing sedang mencari pasangannya.
Walaupun begitu, tindakan semula jadi kucing ini boleh dielakkan dengan memandulkan si bulus serta menutup pintu dan tingkap rumah agar tidak dapat melihat kucing lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Oyen Tak Ada Akidah” – Kucing Lepas Hajat Atas Honda HR-V Bikin Ramai Garu Kepala
Baca Artikel Berkaitan: “Bertangas Ke” – Aksi Oyen Nak Lepas Hajat Di Timbunan Sampah Berasap Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasanya Tu Katil Dia” – Orang Ramai Terhibur Tengok Oyen ‘Melawat’ Wad Hospital
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



