Now Reading
[Video] Ramai Tersentuh Lihat Jiran Bantu Simpankan Parcel Ketika Tuan Rumah Tiada

[Video] Ramai Tersentuh Lihat Jiran Bantu Simpankan Parcel Ketika Tuan Rumah Tiada

Difahamkan, tuan rumah pulang ke kampung dan parcel milknya tiba di rumah lebih awal dari jangkaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai bersetuju berjiran dengan insan yang baik itu merupakan sebuah rahmat Tuhan yang tak ternilai harganya. Lebih-lebih lagi bila wujudnya rasa percaya dan tanggungjawab terhadap sesama jiran.

Sepakat dan kemuafakatan yang lahir tak semestinya terzahir melalui kata-kata atau perbualan mesra. Kadang-kala, tindakan kecil pun sudah cukup membuktikan nilai murni dalam hidup berjiran.

Baru-baru ini, tular satu rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat mengambil beberapa bungkusan parcel di hadapan rumah seorang wanita dan menyimpannya dengan penuh berhati-hati.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Dia Kaya Dengan Adab” – Gelagat Remaja Istimewa Minta Izin Nak Lepak Rumah Jiran Curi Perhatian

Jiran Bantu Simpan Parcel Ketika Tuan Rumah Tiada

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@aleesa_n_mmy), wanita ini berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan rumahnya.

Kelihatan beberapa parcel berada di dalam bakul yang sudah disediakan dan tergantung di pagar rumah, namun ia dibiarkan begitu sahaja tanpa disimpan ke dalam rumah.

Risau akan keselamatan barang tersebut, seorang lelaki yang dipercayai jiran pemilik video dilihat mengambil parcel-parcel berkenaan lalu membawanya masuk ke bahagian yang lebih selamat di dalam rumah.

Wanita itu turut menjelaskan di ruangan kapsyen bahawa dia agak terkejut apabila pulang dan mendapati barangannya tiada di tempat asal.

Namun setelah memeriksa rakaman CCTV, dia berasa amat lega dan bersyukur dengan tindakan jirannya yang prihatin itu.

Difahamkan, pemilik video ketika itu berada di kampung dan tidak menyangka semua bungkusan akan sampai lebih awal daripada jangkaan.

@aleesa_n_mmy

°❀⋆Almost kena serangan jantung brg2 online hilang kat bakul..cek cctv rupa2nyaa….. Allahu sebak sgt🥹 jiran baik adalah 1 rezeki..sejak pindah kat sini jiran2 semua baik..syukur sgt rezeki..bukan senang dpt jiran yg baik dan satu hati ni..sis terharu betul..terima kasih jiran yg ku kasihi..haziq dan nurul..🤍 #foryoupage #jiransebelah #lamansendayan #alhamdulillah #syukurselalu #nikmatmuygterindah #tqjiranku #fyp

♬ suara asli – zona_musik42 – zona_musik42
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Tersentuh Lihat Nilai Kejiranan Yang Masih Wujud

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat interaksi hidup berjiran yang begitu harmoni dan penuh rasa tanggungjawab.

Ramai memuji tindakan lelaki berkenaan yang tanpa disuruh sanggup membantu memastikan barang jirannya tidak hilang atau dicuri.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman serupa hidup berjiran dengan individu yang baik hati.

Sumber: TikTok @aleesa_n_mmy
Sumber: TikTok @aleesa_n_mmy
Sumber: TikTok @aleesa_n_mmy

Cara Berbuat Baik Pada Jiran

Memuliakan jiran bukan hanya terbatas kepada melayannya sebagai tetamu apabila dia berkunjung ke rumah dan juga bersedekah kepadanya jika dia fakir, tetapi ia lebih umum daripada itu.

Memetik laman Maktabah Al-Bakri, antara cara memuliakan jiran adalah:

  • Mengiringi jenazahnya apabila meninggal dunia.
  • Berihsan kepadanya tanpa menyakitinya.
  • Bertanya khabar tentang keadaannya dan menziarahinya apa
    bila sakit.
  • Memberi salam kepadanya.
  • Memberi hadiah kepadanya sekalipun dia tidak berhajat dan
    memberi pinjam kepadanya jika berhajat
  • Memperelokkan layanan jika dia datang mengunjungi.
  • Menahan daripada menyakitinya dan sabar atas kejahatannya.
  • Mengucapkan tahniah kepadanya jika dia mendapat kebaikan dan mengucapkan takziah jika dilanda musibah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Lelaki Jujur Tinggal Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Viral Kerana Penuh Hiasan Lampu Krismas, Ramai Jiran Datang Singgah Untuk Bergambar

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd