Now Reading
[Video] Promosi Luar Biasa, Mixue Ajak Pelanggan Nyanyi Lagu Kedai Untuk Aiskrim Free!

[Video] Promosi Luar Biasa, Mixue Ajak Pelanggan Nyanyi Lagu Kedai Untuk Aiskrim Free!

Menerusi video tersebut, individu-individu itu semangat bernyanyi bagi melengkapkan promosi terbaharu daripada Mixue untuk ‘claim’ aiskrim percuma.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, pelbagai strategi promosi luar kotak diguna pakai oleh jenama terkenal untuk menarik perhatian pelanggan. Bukan sekadar diskaun atau baucar, sesetengah premis menawarkan ganjaran dengan syarat yang unik dan mencuit hati.

Baru-baru ini, sebuah cawangan kedai aiskrim terkenal Mixue dilihat melancarkan satu promosi yang cukup menarik iaitu pelanggan yang menyanyikan lagu tema jenama tersebut akan diberikan aiskrim secara percuma.

Sambutan terhadap promosi ini ternyata luar biasa apatah lagi apabila sekumpulan lelaki ini tampil menyahut cabaran dengan cara yang cukup menghiburkan.

Baca Artikel Berkaitan: Gula Creamery Perkenal 7 Perisa Kek Aiskrim Baru. Kami Dapat Cuba Biscoff Cheesecake! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Farm Fresh Beli Saham Aiskrim Inside Scoop Bernilai RM84 Juta, Rakyat Malaysia Luah Rasa Bangga!

Baca Artikel Berkaitan: “Zayn Malik Suka La Ni” – Inside Scoop Tampil Dengan Aiskrim Perisa Ubat Batuk. Pelik Tapi Benar

Sekumpulan Lelaki Nyanyi Lagu Sepenuh Hati Demi Aiskrim

Menerusi satu video yang dikongsi di TikTok (@casa.markaz), seorang lelaki bersama empat rakannya dilihat berada di sebuah cawangan Mixue.

Sebelum mula menyanyi, dia terlebih dahulu bertanya kepada staf di kaunter, “Kak, kalau nyanyi kita dapat percuma kan? Okey tunggu kejap.”

Tanpa menunggu lama, dia terus memusingkan kamera ke arah kumpulannya dan memberi isyarat kiraan “1..2..3…” sebelum mereka berlima mula menyanyikan lagu tema Mixue dengan penuh semangat.

Apa yang lebih mencuit hati, salah seorang daripada mereka kelihatan tertunduk malu separuh persembahan kerana dipercayai satu-satunya ‘introvert’ dalam kalangan kumpulan itu.

Bagaimanapun, mereka yang lain berjaya menghabiskan lagu kedai itu dengan penuh bangga dan gembira.

Di akhir video, mereka menunjukkan wajah puas hati sambil menikmati aiskrim yang diperoleh hasil ‘persembahan’ tersebut.

Perkongsian ini nyata menarik perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan dan terus menjadi tular di media sosial.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Puji Strategi Promosi Mixue Yang Kreatif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengaku terhibur melihat gelagat bersahaja kumpulan lelaki itu yang tanpa segan silu menyanyi demi aiskrim percuma.

Ramai yang memuji keberanian mereka lebih-lebih lagi dalam suasana awam yang dipenuhi pelanggan lain.

Tidak kurang juga yang bergurau tentang nasib staf di kaunter yang ‘terpaksa’ mendengar pelbagai versi nyanyian sepanjang hari.

Sumber: TikTok @casa.markaz
Sumber: TikTok @casa.markaz

Ada juga yang menyifatkan promosi tersebut sebagai strategi pemasaran yang bijak daripada pihak Mixue untuk menarik perhatian dan mencipta pengalaman interaktif dengan pelanggan.

Sumber: TikTok @casa.markaz

Promosi yang interaktif sebegini bukan sahaja menjadikan kunjungan ke kedai lebih menarik, malah meningkatkan pendedahan jenama secara organik melalui media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Respon Mixue Malaysia Selepas Tular Kontroversi Iklan Jawatan Kosong Berbaur Rasis

Baca Artikel Berkaitan: Nak Makan-makan Sekitar LRT SS15? Ini 7 Kedai Viral Yang Anda Perlu Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Häagen-Dazs Beri ‘Buah Tangan’ Buat Rakyat Malaysia, Perkenal Koleksi Aiskrim Emily In Paris!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd