Now Reading
[Video] Lelaki Kutip Botol Arak Berkelempang, Kesal Tindakan Tak Semenggah Di Tempat Awam

[Video] Lelaki Kutip Botol Arak Berkelempang, Kesal Tindakan Tak Semenggah Di Tempat Awam

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan terpaksa mengutip beberapa buah botol arak yang berkelempang di kawasan taman itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Biarpun sudah diajar sejak kecil tentang pentingnya menjaga kebersihan, masih ramai yang mengambil mudah dan membuang sampah di merata-rata tempat.

Lebih membimbangkan, sesetengah individu pula menjadikan kawasan awam seperti taman rekreasi sebagai ‘port lepak’ untuk minum arak. Selain mencemarkan suasana, tindakan seperti itu turut memberi imej buruk kepada masyarakat.

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki terpaksa mengutip sisa minuman keras yang dibuang secara berleluasa di sebuah taman awam. Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini nyata mengguris hati banyak pihak.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Halalkan Yang Haram” – Netizen Kecam Influencer Promote ‘Soju Halal’ Di Bangi

Baca Artikel Berkaitan: Produk ‘Cleansing Oil’ Jenama Korea Didakwa Mengandungi Sake, Ini Penjelasan Mufti

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Persoal Perbezaan Hotel Hidang Arak & Pub, Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Lelaki Kutip Botol Arak Berkelempang

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@dewaharendran), lelaki berbangsa India itu dilihat berada di Taman Tasik Taiping, sebuah lokasi awam yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

Dalam video berkenaan, dia dilihat mengutip beberapa botol minuman keras yang bertaburan di bawah kawasan teduh di taman tersebut.

Tidak hanya itu, dia juga turut mengutip sampah-sarap lain yang ada di sekeliling dan mengumpulkannya ke dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Dalam kapsyen, dia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. “Saya tak boleh kata orang kita yang buat, tapi besar kemungkinan ya.”

“Dan kalau betul, kita sendiri yang bagi peluang orang pandang rendah pada kita, dan terus hidupkan stereotaip terhadap komuniti India di Malaysia. Nak lepak ramai-ramai memang susah, tapi nak jadi bertanggungjawab dan matang lagi susah.

“Tolonglah, fikir dan hormat. Lepas lepak, bersihkan balik. Banyak lagi tempat sesuai nak minum dengan kawan. Taman awam bukan tempatnya.”

Tindakannya ini meraih perhatian ramai yang kagum dengan keprihatinannya terhadap kebersihan kawasan awam.

@dewaharendran

I can’t say our people did it but there’s a high chance it was. And if it’s true , I’ll say we are the ones giving chance for others to talk down on us, fueling never ending stereotrypes on the Malaysian Indian community . While sitting in a big geng having fun is tough, being responsible and mature is tougher . Be mindful , respectful, and clean up after . There are better ports to chill and drink with your buddies , public parks just ain’t one of them. #thanni #carlsberg #hidup

♬ original sound – DEWA – DEWA
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Bangga & Setuju Sikap Bertanggungjawab Harus Datang Dari Diri Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang bukan sahaja prihatin terhadap kebersihan, malah berani bersuara demi membetulkan persepsi terhadap masyarakatnya sendiri.

Ramai pengguna TikTok yang juga berbangsa India turut menyatakan sokongan dan bersetuju bahawa perubahan harus bermula dari dalam komuniti itu sendiri.

Sumber: TikTok @dewaharendran
Sumber: TikTok @dewaharendran

Menurut mereka, jika mahu masyarakat lain berhenti melempar stereotaip, setiap individu harus lebih bertanggungjawab dan menjaga imej bersama.

Sumber: TikTok @dewaharendran

Langkah kecil seperti membuang sampah di tempat sepatutnya mampu memberi impak besar kepada pandangan masyarakat secara keseluruhan.

Garis Panduan Minuman Keras Di Tempat Awam

Pada masa ini, tiada peraturan khusus yang secara langsung melarang orang awam daripada minum arak di tempat terbuka seperti taman atau padang awam.

Namun begitu, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor misalnya telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh peniaga minuman keras dalam usaha mengawal aktiviti ini.

Antara garis panduan tersebut termasuklah:

  • Mewajibkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual arak kepada individu bawah umur (18 tahun ke bawah)
  • Memastikan premis jualan berada jauh daripada kawasan sensitif seperti rumah ibadat, pejabat kerajaan, sekolah, hospital dan kawasan perumahan.
  • Waktu operasi penjualan juga dihadkan, contohnya hanya dibenarkan sehingga jam 12.00 malam.
  • Peniaga turut bertanggungjawab untuk memastikan pelanggan mereka tidak minum di hadapan premis atau di kawasan awam berdekatan.
  • Sekiranya berlaku aduan daripada orang awam, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 82(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) atas kesalahan menyebabkan kacauganggu awam.
  • Pihak polis juga boleh campur tangan jika terdapat elemen kekacauan yang mengganggu ketenteraman.
  • Bagi orang Islam, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 melalui Seksyen 18(1) dan (2) berkaitan penglibatan dengan arak.

Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Haram Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak & Judi

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Islam Yang Tidak ‘Minum’ Dilema Berdepan Isu Jual Arak Kepada Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: “Pemandu E-Hailing Beragama Islam Tak Boleh Hantar Penumpang Ke Tempat Maksiat” – Dr Zulkifli Al Bakri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd