Now Reading
[Video] CCTV & Lampu Automatik Gagalkan Cubaan Lelaki Ceroboh Kawasan Rumah

[Video] CCTV & Lampu Automatik Gagalkan Cubaan Lelaki Ceroboh Kawasan Rumah

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat beredar pantas selepas lampu pengesan pergerakan menyala secara automatik di kawasan rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia yang serba moden ini, isu keselamatan kediaman menjadi antara perkara utama yang sering dibimbangkan ramai. Dengan kes jenayah seperti kecurian dan pecah rumah yang kerap berlaku, pelbagai langkah telah diambil untuk mencegah perkara tersebut daripada berlaku.

Antara langkah yang semakin menjadi pilihan orang ramai ialah pemasangan alat keselamatan seperti CCTV dan lampu sensor automatik. Alatan ini bukan sahaja membantu memantau kawasan rumah, malah mampu mencegah cubaan jenayah sejak awal.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, satu kejadian berjaya dirakam dan dikongsi oleh seorang pemilik rumah di TikTok yang memperlihatkan bagaimana teknologi ringkas mampu menghalang kejadian yang tidak diingini.

Baca Artikel Berkaitan: Perak Wajibkan Taska Untuk Pasang Kamera CCTV, Elak Kes Tidak Diingini Berlaku

Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Melatah!” – Gelagat Abang J&T Menari Lepas Dengar Alarm CCTV Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Sivik” – PBT Di Machang Kongsi Video Penduduk Selamba Buang Sampah Luar Tong Hingga Undang Kecaman

Lampu Menyala Gagalkan Percubaan Pecah Masuk

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@ruma.langitt), pemilik rumah berkongsi rakaman CCTV yang menunjukkan detik-detik cemas cubaan pencerobohan berlaku.

Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam, dengan suasana sekitar yang gelap dan sunyi.

Dalam video tersebut, lampu rumah jiran kelihatan menyala, manakala bahagian rumah pemilik berada dalam keadaan gelap. Seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan bergerak perlahan-lahan ke arah pagar kecil rumah tersebut.

Namun sejurus sampai di kawasan itu, lampu automatik yang menggunakan sensor pergerakan tiba-tiba menyala. Terkejut dengan keadaan itu, lelaki tersebut segera beredar dari situ.

Pemilik rumah menyatakan rasa syukurnya kerana sistem keselamatan berkenaan bukan sahaja menggagalkan cubaan pencerobohan, malah memudahkannya mengenalpasti suspek untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Fungsi Lampu Sensor, Sedar Kepentingannya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan bijak pemilik rumah yang memasang sistem keselamatan seperti itu.

Ramai menyuarakan rasa kagum dan berkongsi pengalaman mereka sendiri tentang bagaimana alat seperti ini berjaya menghalang kejadian jenayah.

Sumber : TikTok @ruma.langitt
Sumber : TikTok @ruma.langitt
Sumber : TikTok @ruma.langitt

Penggunaan alat seperti lampu sensor dan CCTV dianggap pelaburan bijak demi melindungi harta benda serta keselamatan keluarga.

Kepentingan CCTV & Lampu Sensor Di Rumah

Gajet dan peranti keselamatan ini bukanlah lagi satu kehendak. Ia sudah menjadi keperluan dalam keadaan yang mendesak ini.

Buat anda yang masih berbelah-bahagi untuk menggunakan peranti canggih seperti ini yang bertujuan keselamatan, kami senaraikan beberapa kepentingannya. Antaranya:

  • Elak kejadian pecah masuk dan kecurian
  • Pantau pergerakan mencurigakan di sekitar rumah
  • Beri bukti kukuh untuk laporan polis
  • Buat penjenayah rasa takut dan berfikir dua kali
  • Mudah dikendalikan walaupun dari jauh melalui telefon pintar
  • Memberi ketenangan fikiran kepada pemilik rumah

Baca Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim: Polis Minta Berhenti Sebar Rakaman CCTV

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Polis Buru 2 Lelaki, Pecah Masuk Rumah Waktu Ada Penghuni

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Hilang 2 Hari, Rakaman CCTV Tunjuk ‘Diculik’ Harimau Akar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd