“Susah Parking Terhad” – Lelaki Beri Amaran Kes Curi Bateri Di LRT Glenmarie Raih Perhatian
Menurut lelaki itu, pelaku selalu menyasarkan bateri kereta yang diletakkan di luar kawasan LRT Glenmarie.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes kecurian yang semakin berleluasa pada ketika ini bukan sahaja berlaku di taman perumahan. Namun ramai juga golongan penyangak ini yang menyasarkan kenderaan yang diparkir tanpa pengawasan sesiapa.
Seperti pada tahun lalu, tular satu di media sosial menyaksikan seorang lelaki membuka bonet kereta di sebuah pasar raya sekitar Batu Caves, Gombak.
Menerusi rakaman dashcam, kelihatan si pelaku sedang berusaha membuka bonet kereta dipercayai bagi mencuri bateri di dalam bahagian enjin kenderaan itu. Bagaimanapun, aksi mencuri itu terbantut selepas penggera berbunyi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Rakaman Lelaki Didakwa Cuba Curi Bateri Kereta Di Tempat Parkir
Baca Artikel Berkaitan: Cubaan Lelaki Curi Bateri Terbantut Selepas Ditegur Jiran Pemilik Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Langsung Tak Takut” – Tular Perompak Selamba Larikan Toyota Vellfire Dalam Rumah & Depan Pemilik [Video]
Lelaki Dedah Kes Curi Bateri Kereta Kerap Berlaku Di LRT Glenmarie
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@bateriku.com_ttdi) apabila seorang individu memberi peringatan kepada para pengguna LRT Glenmarie baik golongan lelaki mahupun wanita.
Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak kereta diparkir di luar kawasan LRT tersebut akibat tempat meletakkan kenderaan yang begitu terhad.
Oleh disebabkan itu, pemandu tidak mempunyai pilihan lain daripada meletakkan kereta mereka di kawasan luar tanpa pengawasan sesiapa.
Namun tindakan tersebut mempunyai risikonya tersendiri. Menurut lelaki itu, terdapat banyak kes kecurian bateri kereta dilaporkan berlaku di sana.
Harap PBT Ambil Langkah Untuk Tangani Masalah Kecurian Di Kawasan LRT Glenmarie
Sambil menunjukkan kereta di depannya, lelaki itu memaklumkan bahawa bateri kereta berkenaan sudah dicuri kali kedua oleh pelaku tidak bertanggungjawab selepas ditelakkan di situ.
Untuk info, sebiji bateri kereta boleh dijual semula dengan harga RM20 ke RM30 bagi setiap satu.
“Kalau boleh janganlah parkir dekat atas-atas ni (kawasan bukit). Memang parking tak banyak tapi itulah kalau boleh carilah parkir tempat lain. Sebab banyak kes bateri hilang,” katanya.
Dia dalam masa sama berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak LRT dapat memikirkan cara dan langkah penyelesaian kepada masalah terbabit.
@bateriku.com_ttdi Banyak kami dapat kes bateri kereta kena curi dekat kawasan LRT GLENMARIE ni. Mohon Pihak pengurusan, PBT, badan penguasa berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini. Kepada pengguna yg parking di sini, mohon berhati-hati baik lelaki atau perempuan. #baterikudotcom #baterikerete #tukarbaterikerete #baterikuttdijaya #baterikushahalam #lrtglenmarie ♬ original sound – baterikuttdishahalam
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Terpaksa Parkir Di Sana Kerana Tempat Letak Kenderaan Yang Terhad
Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu yang sering meletakkan kenderaan di sana sudah mula berasa risau sekiranya perkara sama terjadi kepada mereka.
Malah ada juga yang menepis dakwaan pengguna LRT sengaja mengelak bayar servis parkir di sana.
“Sini lepas 8AM memang penuh gila parking atas dan bawah. Dalam parkir berbayar pun sampai orang double park (parkir berganda). Yang kata orang saja tak nak bayar tu, jangan pandai-pandai. Kitorang nak pergi kerja, tak ada pilihan,” tegas seorang wanita.
Sementara itu, ada juga pengguna LRT Glenmarie yang berkongsi pengalaman buruk selepas meletakkan kenderaan di luar kawasan parkir tren.
“Saya pernah parking dekat tepi tu. Tingkap sebelah kiri kena pecah dua-dua. Habis semua dia selongkar tapi itulah tak apa la dia (pelaku) ambil sebab tak ada barang berharga. Tapi trauma la parking sebelah situ dah,” kata seorang pengguna LRT.
Bagi mengelakkan kes kecurian bateri berlaku, seorang lelaki memberi solusi lain yang boleh digunakan orang ramai.
“Alternatif jauh sikit la korang pergi Ara Damansara atau letak kenderaan dekat SS15, bayar di (aplikasi) Flexi Parking, sehari lebih kurang RM5 macam tu,” kongsi lelaki terbabit.









Parkir Di Kawasan Gelap, Dua Tayar Kereta Hilang
Selain bateri, golongan pencuri ini juga berminat dengan tayar kereta. Seperti terdahulu, seorang gadis meluahkan rasa stres apabila dua tayar kereta Perodua Myvi miliknya dicuri.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok (@mspetite_), kelihatan kereta gadis itu diparkir di kawasan yang gelap. Apa yang lebih mengejutkannya adalah bukan sahaja satu, tetapi dua tayar telah hilang.
“Kau tengok, aku seorang dekat sini. Kau tengok, dia curi tayar wei. Ya Allah stressnya, macam mana aku nak balik ni?” katanya di video berkenaan.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur apabila dua lagi tayar masih ada pada kereta tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Parkir Tempat Gelap, Wanita Terkejut Tayar Kereta Kena Curi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kereta Hampir Kena Curi, Pasangan Kongsi Kisah Didatangi Lelaki Mengaku Penarik Kereta
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.