“Oyen Tak Ada Akidah” – Kucing Lepas Hajat Atas Honda HR-V Bikin Ramai Garu Kepala
Si bulus itu dengan selamba membuang pada bahagian wiper HR-V tersebut sambil memerhati kawasan parkir berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Membela haiwan peliharaaan sebagai contoh kucing sememangnya boleh membuatkan seseorang itu lebih bahagia dengan kecomelan mereka. Namun tidak dapat dinafikan ragam sesetengah anak bulus ini boleh membuat pemiliknya naik angin dan tidak mampu berkata-kata.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seekor kucing dikenali sebagai Boktam sedang bermain dengan serbuk kunyit di ‘countertop’ dapur tuannya.
Tidak sangka kucing yang pada asalnya berwarna hitam dan putih bertukar menjadi Pikachu dalam sekelip mata. Ada-ada sahaja halnya apabila ditinggalkan sebentar seekor.
Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Courier Terpaksa Hantar Oyen Balik Selepas Curi-Curi Naik Kereta Masa Drop Parcel Di Rumah Pelanggan
Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur
Oyen Selamba Membuang Atas Wiper HR-V Di Parkir
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@arffazhan) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Azhan berkongsi situasi tidak terduga yang berlaku di kawasan parkir bawah tanah di Pulau Pinang.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seekor kucing berwarna oren membuang atas sebuah kereta Honda HR-V berwarna merah yang turut diletakkan di parkir itu.
Kebiasaannya, haiwan berbulu ini akan mencari kawasan yang rata dan berpasir untuk membuang hajat. Namun lain pula kali ini.
Selepas seketika mengawasi tempat itu untuk memastikan ‘line clear’ sambil membuang di atas wiper, si oyen dengan selambanya pergi dari situ.
Lelaki Hantar Video Bukti Kepada Pihak Pengurusan
Tidak sempat berbuat apa, Azhan hanya mampu merakam momen tersebut.
“Kenapa kalau oyen je problem? Problem je oyen,” kata Azhan di ruangan kapsyen.
Jenaka Azhan, pemilik kereta seolah-olah pernah melakukan dosa dengan oyen itu sehingga si bulus berkenaan mahu membalas dendam.
Bagi mengelakkan sebarang isu, lelaki itu juga telah memberi klip video itu kepada pihak pengurusan agar pemilik kereta tahu tentang perkara sebenar yang terjadi.
@arffazhan Kenapa oyen ja problem, problem ja oyen? #oyen #oyenbarbar #oyennakal #oyenbuathallagi #oyenrosak ♬ QKThr – Aphex Twin
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Cuit Hati Lihat Gelagat Oyen Yang Memilih Untuk Membuang Atas HR-V
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berjenaka dengan berkata pemilik kereta pernah melakukan sesuatu kepada si oyen hingga ia mahu mendapatkan ‘keadilan’.
“Apakah amalan si pemilik kereta tu hingga oyen begitu membencinya,” seloroh seorang netizen.
“Kucing pun lembu jugak ke tak suka warna merah,” tanya seorang lagi individu.
Malah ada yang risau sekiranya pemilik HR-V tidak perasan dengan perkara tersebut.
“Jangan dia tak perasan pergi pakai wiper je sudah la,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga bersimpati dengan nasib pemilik kereta yang akan bersusah payah menghilangkan tahi dan bau selepas ini.
“Masuk air ventilation depan pula, lepastu aircond (penghawa dingin), melekat bau dekat evaporator pula. Jenuh cuci. Hari-hari bau hancing,” kata seorang lelaki.








Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu
Baca Artikel Berkaitan: “Malam Tadi Dia OT” – Gelagat Kucing Tidur Tergantung Di Kaunter Pam Minyak Bikin Dekah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



