Now Reading
[Video] Rumah Sewa Terlalu Kotor, Wanita Persoal Tuan Rumah Ambil Deposit Tapi Suruh Cuci Sendiri

[Video] Rumah Sewa Terlalu Kotor, Wanita Persoal Tuan Rumah Ambil Deposit Tapi Suruh Cuci Sendiri

Dakwa wanita itu, adiknya yang baru menduduki rumah tersebut tidak mengetahui yang rumah tersebut sebenarya adalah rumah PPR.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memilih tempat tinggal yang sesuai semasa berpindah ke lokasi baharu sememangnya menjadi keutamaan. Rumah atau bilik sewa sering kali menjadi pilihan utama kerana lebih mudah diakses dan fleksibel dari segi bajet.

Kebiasaannya, urusan penyewaan ini melibatkan persetujuan kedua-dua belah pihak serta terikat dengan syarat yang dipersetujui bersama. Ia termasuk tanggungjawab penyewa menjaga kebersihan serta kewajipan tuan rumah menyediakan rumah dalam keadaan terbaik sebelum serahan kunci.

Namun baru-baru ini, tular satu video seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila rumah sewa yang baru diduduki adiknya berada dalam keadaan terlalu kotor dan tidak sesuai untuk didiami, walaupun bayaran deposit penuh telah dibuat.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kondo!” – Renovasi & Deko Rumah PPR Ini Bikin Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: “Berapa Tahun Hidup Free?” – Sewa PPR Tertunggak Hingga RM34,000 Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Perbandaran Seremban Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR [Video]

Rumah Kotor & Tidak Lengkap, Tapi Deposit RM1200 Sudah Diambil

Menerusi video di TikTok (@yourpassion00), wanita berkenaan berkongsi keadaan sebenar rumah yang disewa bagi pihak adiknya yang menyambung pengajian di kawasan berdekatan.

Menurutnya, rumah tersebut terlalu kotor, berhabuk, bersawang dan perlu dibersihkan sendiri oleh penyewa.

Dia mendakwa pemilik rumah memaklumkan bahawa unit itu sudah lama tidak diduduki, dan kunci telah diberi awal kepada pelajar untuk dicuci sendiri.

Sedangkan, tanggungjawab menyediakan rumah dalam keadaan bersih dan lengkap sepatutnya dilakukan oleh tuan rumah, bukan diserahkan kepada penyewa.

Antara masalah lain yang turut disebut termasuklah tombol tandas rosak, hanya satu bilik mempunyai kipas siling, tiada mesin basuh dan langsir disediakan.

Apa yang lebih mengejutkan, semua ini berlaku walaupun tuan rumah telah mengambil bayaran berjumlah RM1200 untuk rumah tersebut.

https://www.tiktok.com/@yourpassion00/video/7497580558097141010
Tonton video penuh [DI SINI].

Rupanya Rumah PPR, Tapi Disewakan Dengan Harga Tinggi

Dalam satu kemas kini lain, wanita itu dimaklumkan bahawa rumah berkenaan sebenarnya merupakan unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Lebih merumitkan keadaan, wanita berkenaan menjelaskan bahawa penyewa iaitu adik dan rakan pelajarnya yang lain, belum lagi menandatangani kontrak walhal sudah membayar wang lebih awal sebanyak RM1200 dari jumlah penuh RM2500.

Dia kemudian menasihati agar pelajar-pelajar terbabit mencari rumah sewa baharu memandangkan keadaan unit tidak sesuai untuk didiami dan tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Situasi ini turut menimbulkan persoalan kerana unit PPR tidak sepatutnya disewakan kepada pihak ketiga.

Ramai menyuarakan rasa marah di ruangan komen, terutama apabila mengetahui pemilik didakwa menyewakan rumah PPR kepada pelajar dengan caj mencecah RM1200 sebulan, sedangkan kadar asal PPR hanya sekitar RM200 sahaja.

Sumber: TikTok @yourpassion00
Sumber: TikTok @yourpassion00
Sumber: TikTok @yourpassion00

Tindakan Keras Perlu Diambil Berkaitan Penyewaan Rumah PPR Kepada Pihak Ketiga

Memetik laporan Harian Metro, Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan pada 2024 mencadangkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggubal undang-undang khusus bagi menangani isu penyewaan haram rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada pihak ketiga.

Menurut Pengerusinya, Prakash P Kalivanan, rumah PPR diwujudkan khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukan tempat tinggal.

Namun, realitinya kini didapati banyak unit PPR disewakan semula dengan harga tinggi, termasuk kepada pelajar dan warga asing.

Beliau menegaskan bahawa tindakan ini menjejaskan hak mereka yang layak dan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan unit PPR.

Malah, ia juga membuka ruang kepada penyalahgunaan dasar perumahan rakyat, yang sepatutnya bersifat sosial dan bukan komersial.

Katanya, tindakan tegas terhadap pemilik yang menyewakan unit PPR wajar dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Sebagai info, KPKT dibawah pentadbiran Zuraida Kamaruddin sebelum ini pernah memberi amaran kepada penyewa dan pemilik PPR yang memberi sewa kepada orang lain.

Ini kerana di dalam Perjanjian Jual Beli dan Surat Akuan Bersumpah, terdapat syarat di mana setiap unit PPR yang dibeli adalah untuk diduduki sendiri dan tidak boleh disewakan kepada orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Cantik Persis Hotel, Ramai Kagum Lihat Dekorasi Rumah PPR Ini

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penduduk PPR Perlu Guna Kad Akses Tahun Depan, Tidak Boleh Elak Bayar ‘Maintenance Fee’ Lagi

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Tinggal Di PPR Tapi Hiasan Dalaman ‘Aesthetic’, Ramai Netizen Pertikai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd