“Ulat Olimpik” – Aksi Ulat Melompat Dari Buah Nangka Bikin Ramai Geli-Geleman!
Difahamkan buah itu telah terlebih masak sehingga menyebabkan ulat hinggap padanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika membeli buah-buahan, orang ramai akan memilih dengan betul agar tidak mendapat buah lama atau yang telah busuk.
Lebih menyedihkan lagi apabila buah yang dibeli atau didapatkan mempunyai ulat saat ia dibelah.
Namun sayang pula jika dibuang begitu sahaja, jadi pasti ramai yang akan memotong dan membersihkan buah daripada ulat untuk dimakan.
Baca Artikel Berkaitan: “Patutlah Lembut & Manis” – Lelaki Ini ‘Kembang Tekak’ Jumpa Ulat Dalam Kurma Premium
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan
Ulat Pada Buah Nangka Boleh Lompat Tinggi
Siapa sangka, jenis ulat yang berada di sesetengah buah sebenarnya boleh melompat dengan agak jauh!
Itulah yang dapat disaksikan menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh Dee (@rissarariz90) apabila ulat buah pada sebiji nangka dilihat melakukan sedemikian.
Menurut Dee, dia menerima buah itu dari ibu mertuanya dalam keadaan yang mungkin sudah terlebih masak sehingga menyebabkan ulat hinggap padanya.
Nangka terbabit juga kelihatan sudah agak hitam dengan terdapat bahagian yang telah berlubang.
Kelihatan beberapa ekor ulat melompat dari atas buah sehingga jatuh ke lantai dan masih terus melakukan aksi itu seolah-olah sedang ‘shuffle’.
“Baru aku tahu ulat ni boleh bertukar jadi pocong. Melompat-lompat pula dia,” tulisnya pada video.
@rissarariz90 bila terlebih gula..hyper siot natang ni
♬ original sound – Antonio Altiparmak
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Geli Lihat Ulat Melompat Dari Buah
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai sememangnya geli-geleman melihat aksi ‘hiphop’ yang dilakukan oleh ulat-ulat di buah nangka itu.
Mereka turut kagum dengan tindakan wanita itu merakam keadaan tersebut kerana mereka pasti akan melarikan diri terlebih dahulu!
Dee berkata dia pada mulanya telah melarikan diri, tetapi kembali kerana risau ulat-ulat pada buah itu merayau ke seluruh pelusuk rumahnya.
Beberapa individu berkata ulat yang suka melompat itu memang sering ditemui pada buah nangka mahupun cempedak.
Ada juga yang berjenaka serangga itu pasti ‘hyper’ kerana telah makan gula pada buah.















Tak Haram Makan Ulat Buah Jika Sukar Diasingkan
Ulat buah semestinya kelihatan menggelikan buat orang ramai, tetapi ia sebenarnya disifatkan sebagai serangga yang tidak kotor.
Walaupun hukum memakan ulat pada asalnya adalah haram, namun tidaklah bagi ulat yang terdapat di dalam makanan tertentu termasuk keju, cuka, kacang hijau, dan buah-buahan.
Menurut Imam al-Nawawi, terdapat tiga pendapat ulama mazhab Syafie berkenaan kehalalan ulat tersebut iaitu:
- Halal dimakan.
- Haram dimakan.
- Halal dimakan bersama makanan yang ia lahir daripadanya, bukan secara terasing kerana haram memakannya secara terasing.
Oleh itu, dalam keadaan ulat sama ada masih hidup mahupun telah mati yang sukar diasingkan daripada buah-buahan, tidaklah menjadi kesalahan jika dimakan.
Pun begitu, orang ramai diingatkan agar memeriksa buah terlebih dahulu untuk memastikan ia bebas daripada ulat sebelum dimakan.
Rasulullah SAW juga mempraktikkan perkara ini, seperti dalam riwayat daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata:
أُتِىَ النَّبِىُّ ﷺ بِتَمْرٍ عَتِيقٍ فَجَعَلَ يُفَتِّشُهُ يُخْرِجُ السُّوسَ مِنْهُ
Maksudnya: “Nabi SAW diberi kurma yang sudah lama, lalu Baginda mengorek-ngorek kurma tersebut bagi mengeluarkan kutu atau ulat dari kurma itu.”
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Kebaikan Ambil Buah-Buahan Sebelum Makan Hidangan Lain
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemilik Pokok Rambutan Raih Pujian, Tinggal Nota Benarkan Orang Ramai Petik Buah
Baca Artikel Berkaitan: Nak Tahu Kenapa Harga Buah Harumanis Selalu Mahal? Ini Sebabnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.