Now Reading
Gelagat Wanita ‘Sarung’ Baldi Pada Badan Sewaktu Bonceng Motosikal Buat Ramai Terhibur

Gelagat Wanita ‘Sarung’ Baldi Pada Badan Sewaktu Bonceng Motosikal Buat Ramai Terhibur

Menerusi video tersebut, pembonceng itu dilihat “memakaikan” sebuah baldi besar yang menutupi separuh badannya di atas motosikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, kebanyakan orang cenderung memilih motosikal sebagai kenderaan utama biarpun sudah memiliki kereta. Lebih-lebih lagi ketika keluar menikmati angin petang berdekatan rumah.

Namun apabila sudah berada di luar, terkadang timbul rasa ingin membeli-belah beberapa barangan. Atas dasar “alang-alang”, terjadilah situasi di mana seseorang perlu membawa barangan tersebut dengan cara “kreatif” kerana ketiadaan tempat untuk dimuatkan.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila dua individu yang manaiki motosikal dilihat bertindak “telangkupkan” baldi besar semasa menunggang.

Baca Artikel Berkaitan: “Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Berdekah Dengar Suami Pasrah Layan Kerenah Anak Minta Keropok

Bawa Baldi Besar Naik Motosikal

Menerusi satu video di laman TikTok (@farhatunfattah), wanita itu berkongsi rakaman dua individu yang dipercayai baru pulang membeli barang menaiki motosikal.

Apa yang menarik perhatian adalah pembonceng di belakang yang dilihat menutup separuh badannya menggunakan baldi besar berkenaan.

Penunggang di hadapan juga dilihat memeluk penutup baldi tersebut dan menongkat sebahagian sebelah penutup itu pada raga motosikal.

Gelagat kedua-dua mereka yang seakan-akan tidak menghiraukan orang lain mencuit hati ramai.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian ini sudah meraih sebanyak 800,000 jumlah tontonan.

https://www.tiktok.com/@farhatunfattah/video/7498368453150002439?_r=1&_t=ZS-8vxgKciQFAl
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Dua Individu Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan kedua-dua individu itu.

Ramai turut berkongsi pengalaman sama membawa barangan yang tidak “sengaja” dibeli semasa keluar bersiar-siar.

Sumber: TikTok @farhatunfattah

Tidak kurang juga yang kreatif mengarang dialog spontan membayangkan apa yang dibualkan oleh individu-individu tersebut.

Sumber: TikTok @farhatunfattah
Sumber: TikTok @farhatunfattah
Sumber: TikTok @farhatunfattah

Biarpun perkongsian ini menghiburkan, harus diingati agar semua mematuhi undang-undang di jalan raya, dan terus mengutamakan keselamatan diri, terutamanya ketika menunggang motosikal.

Topi keledar biasa ataupun muka penuh (full face) sudah memadai, tetapi topi keledar “full baldi”, mungkin bonus.

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd