“Brand Apa Ni?” – Ramai Teruja Lihat Stroller Bayi Kukuh Diduduki Pengantin
Menurut adik kepada pengantin perempuan tersebut, kakaknya disuruh menaiki stroller bayi itu kerana telah pitam dan muntah sewaktu sesi outdoor photoshoot.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perkahwinan merupakan hari yang gembira buat pasangan mempelai kerana akhirnya dapat mewujudkan ikatan yang halal.
Kebiasaannya setelah selesai majlis, pasangan pengantin akan mengadakan ‘outdoor photoshoot’ demi merakam memori indah bersama.
Bagi anda yang pernah melalui pengalaman itu, mesti tidak boleh lupakan betapa penatnya hari perkahwinan kan?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Boleh Bawa Kucing Ke Majlis Kahwin, Keluarga Cetak Potret Si Bulus Bersaiz Besar Untuk Sesi Photoshoot
Baca Artikel Berkaitan: “Kena Hormat Majlis” – Jurugambar Tegur Tetamu Pakai Selipar Ketika Hadir Kenduri Kahwin
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengantin Hampir Dilanggar Tren Di Jambatan Guillemard Gara-gara ‘Photoshoot’ Kahwin
Pengantin Perempuan Naik Stroller Bayi Ditolak Suaminya
Itulah yang dilalui oleh seorang wanita pada hari perkahwinannya sehingga dia tidak larat lagi untuk berjalan.
Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok oleh adik kepada pengantin itu, Syafiqah (@_nrlsyfiqa), dapat dilihat kakaknya sedang disorong menaiki stroller bayi.
Dengan lengkap berpakaian pengantin dan pelindung matahari menutupi mukanya, kereta sorong bayi itu ditolak oleh suaminya menuruni jalan yang landai.
Sekali pandang, memang nampak penat betul wanita itu terduduk di stroller tersebut.
Melihat pada video tersebut, Syafiqah turut membandingkan kakaknya dengan bayi lain yang turut berada di sana.
@_nrlsyfiqa maleh aku nak cakap apa apa
♬ bunyi asal – Safra〽️ – safra〽️❔
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Tanya Jenama Stroller, Nak Beli Juga Sebab Nampak Kukuh
Melihat situasi itu pasti mencuit hati orang ramai. Manakan tidak, seorang dewasa dalam pakaian pengantin pula sedang duduk di dalam stroller bayi.
Ramai juga yang bertanyakan jenama kereta sorong bayi tersebut kerana ia kelihatan kukuh sehingga boleh menampung berat seorang dewasa.
Di samping itu, ada pula yang berseloroh meminta supaya stroller ‘plus-size’ dihasilkan.
“Ada plus size, nama dia kerusi roda,” balas pengguna media sosial lain.
Namun ulasan yang ditinggalkan oleh seorang wanita menarik perhatian apabila dia memuji pengantin lelaki yang melayani kepenatan isterinya.
Pengantin perempuan sendiri juga sempat meninggalkan komen meminta maaf atas tindakannya itu dan memaklumkan bahawa dia ‘terlalu lemah’.










Pengantin Naik Stroller Kerana Pitam Waktu Sesi Outdoor Photoshoot
Walapun perkara tersebut menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan orang ramai, namun kisah di sebalik itu sebenarnya agak merisaukan.
Bercakap kepada TRP, Syafiqah berkata kakaknya ketika itu sedang menjalani sesi outdoor photoshoot di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.
Namun apabila tiba di penghujung sesi photoshoot tersebut, kakaknya mula pitam dan muntah-muntah mungkin akibat terlalu penat.
Pengantin tersebut pada mulanya telah didukung oleh suaminya ketika mahu turun daripada kawasan berbukit itu.
Tetapi melihat keadaan itu, salah seorang rakan baik pengantin perempuan yang terus menawarkan agar dia duduk pada stroller terbabit.
“Dia kesian tengok si suami dukung. Jalan nak turun pun agak menjunam. Risau pula apa-apa terjadi nanti,” kata Syafiqah.
Tambahnya lagi, kakaknya juga mempunyai berat di bawah 40kg dan masih boleh duduk di atas stroller berkenaan.
@_nrlsyfiqa Replying to @soWhat ♬ original sound – syafiqah
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di ASEAN, Ada Yang Sampai Berhutang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tuan Rumah Hidang Ayam Gepuk Untuk Jemputan Kenduri Kahwin Buat Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rata-rata Anak Muda Anggar RM20,000 Wajar Sebagai Wang Hantaran Kahwin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.