Now Reading
[Video] Tindakan Beberapa Individu Buang Bangkai Lembu Dalam Sungai Undang Pelbagai Reaksi

[Video] Tindakan Beberapa Individu Buang Bangkai Lembu Dalam Sungai Undang Pelbagai Reaksi

Menerusi video berkenaan, individu-individu berkenaan turut menghalang lalu-lintas sebelum bertindak membuang bangkai seekor lembu ke dalam sungai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, haiwan yang mati perlu diuruskan dengan sempurna seperti ditanam bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan awam. Prosedur ini penting untuk mengelakkan bau busuk, serangan serangga serta pencemaran alam sekitar.

Namun begitu, tidak semua pihak mematuhi kaedah yang sepatutnya dalam menguruskan bangkai haiwan. Terdapat segelintir individu yang mengambil jalan mudah dengan membuang bangkai ke tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan berair.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan tindakan beberapa individu membuang seekor bangkai lembu ke dalam sungai dari atas lori. Kejadian itu telah menimbulkan persoalan moral terhadap pengurusan bangkai haiwan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pusat Servis Kereta Terpaksa ‘Bedah’ Kereta Untuk Cari Punca Bau Busuk

Baca Artikel Berkaitan: “Patut Jadi Contoh!” – Aksi Rider Foodpanda Tanam Kucing Dilanggar Kereta Raih Pujian

Bangkai Dilempar Terus Ke Sungai Dari Atas Lori

Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna (@nrfztl_), kejadian itu dirakam dari bahagian dalam sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Ketika itu, jalan di atas jambatan kelihatan sedikit terhalang oleh sebuah lori yang melintang.

Beberapa individu keluar dari bahagian hadapan lori dan menuju ke belakang, dipercayai untuk menguruskan sesuatu.

Seorang lelaki yang memakai but kuning dilihat memanjat ke atas bahagian belakang lori, sebelum menarik keluar bangkai seekor haiwan yang hanya kelihatan kaki-kakinya sahaja.

Dua lagi individu menunggu di bawah lori untuk membantu. Ketika perakam beredar dari lokasi, kelihatan lembu tersebut menggelongsor turun dari atas lori dipercayai ditolak oleh lelaki-lelaki berkenaan terus ke dalam sungai.

https://www.tiktok.com/@nrfztl___/video/7497650739804720391?_r=1&_t=ZS-8vuxNLRt6ck
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Berang Dengan Tindakan Individu Buang Bangkai Lembu Dalam Sungai

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana boleh menyebabkan pencemaran air dan bau.

Ada yang menegaskan perbuatan itu perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana bukti rakaman sudah ada.

Sumber: TikTok @nrfztl_

Segelintir netizen turut menyifatkan tindakan itu sebagai mencemarkan alam sekitar, selain berpotensi menjejaskan kesihatan penduduk sekitar yang mungkin menggunakan sumber air berkenaan.

Sumber: TikTok @nrfztl_
Sumber: TikTok @nrfztl_

Pengurusan Bangkai Haiwan Perlu Ikut Garis Panduan Demi Jaga Alam Sekitar

Memetik laman Pustaka Media, bangkai binatang bukanlah seperti mayat manusia yang perlu dihormati dan wajib dikebumikan.

Namun, bangkai yang busuk, kotor dan boleh mengakibatkan penyakit tetap perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya demi menjaga kebersihan alam sekitar.

Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Surah at-Taghabun, ayat 11

Dalam hal ini, semua jenis haiwan yang telah mati sepatutnya ditanam di lokasi yang sesuai, dengan kedalaman lubang bergantung kepada saiz haiwan tersebut.

Ia bertujuan mengelakkan pencemaran bau, menghindarkan serangan haiwan pemangsa, serta memastikan kebersihan dan kesihatan awam terus terpelihara.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Lelaki Kebumi Bangkai Kucing Golden BSH Terbiar Di Tengah Jalan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Terlanggar Kucing Hingga Mati & Tidak Tanam Bangkai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd