“Lama Tak Tahu Berapa Jam” – Lelaki Bengang Ramai Biarkan Pakaian Dah Kering Dalam Dryer Di Dobi
Menurut lelaki itu, kebanyakan pelanggan di dobi tidak memantau masa kain selesai dicuci dan membiarkannya di dalam mesin dalam tempoh yang lama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, setiap kedai yang menawarkan servis sudah tentu mempunyai etika penggunaan fasiliti dan peraturannya tersendiri.
Namun masih ramai yang bertindak mengabaikan perkara tersebut dan membuat onar tanpa mempedulikan orang sekeliling. Sebagai contoh, perkara sebegitu dilihat selalu berlaku di kedai dobi yang mana pelanggan tidak menggunakan kemudahan dengan baik.
Antara norma yang tidak patut dijadikan kebiasaan adalah tidak menetapkan penggera mesin basuh selesai mencuci sehingga menyebabkan pengguna terleka dan membiarkan pakaian mereka.
Lelaki Berang Pengguna Dobi Tinggalkan Baju Dalam Mesin
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@gemagnito) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Magnito meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang menyusahkan orang lain.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Magnito yang berada di sebuah kedai dobi layan diri sedang menunjukkan sikap pelanggan lain yang bertindak meninggalkan pakaian mereka.
Difahamkan, kesemua pengguna di dobi telah pergi dari situ tanpa menunggu mesin pengering tersebut selesai berjalan. Perkara itu membuatkan individu lain tidak dapat menggunakan mesin dan menunggu lama sehinggalah pemilik baju datang ‘claim’ pakaian mereka.
“Tengok ni perangai orang Malaysia. Dah lama dia tinggalkan tak tahu berapa jam. Diorang tinggalkan kain dekat sini macam dobi ni bapak diorang punya, orang lain tak payah pakai.
“Guna la kepala otak tu sikit. Aku ambil kain tu baling dekat bawah nanti,” kata Magnito dengan nada berang.
Lelaki Gertak Mahu Campak Pakaian Jika Perkara Sama Berlaku Lagi Lepas Ni
Menurut Magnito, pengguna-pengguna dobi itu bersikap pentingkan diri sendiri selepas mendakwa pakaian berkenaan ditinggalkan berjam-jam lamanya.
“10-15 minit tak apalah tapi sampai benda ni dah sejuk. Macam mana pula korang pakai. Tak kan korang beli dobi ni. Bengong la. Hari ni aku bagi muka.
“Kalau sekali lagi masa aku datang kain korang masih ada dekat sini, aku ambil dan terus campak ke luar. Siapa yang suka tinggal-tinggal kain dekat dobi ni, jangan menyesal la nanti,” tambah lelaki itu lagi.
@gemagnito Deii KEPALAOTHACK … kau dah beli ke DOBI TU ?? Next kalau saya jumpa kain kat dalam TERUS CAMPAK KAT LUAR JER !! Depa ingat dobiBAPAK kau ke main tinggal dalam tu !! #magnito#fyp#video#viral#malaysia ♬ original sound – ⚡️M.A.G.N.I.T.O⚡️
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pengguna Dobi Selamba Tinggalkan Kain
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa berang dengan sikap pelanggan yang membuat onar sebegitu.
“Memang ramai perangai macam ni. Kalau ada beg kita pula kena tolong keluarkan,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga menyarankan pemilik dobi untuk menetapkan peraturan yang lebih ketat kepada pelanggan.
“Harap pihak kedai dobi ambil tindakan untuk hal macam ni. Itu namanya pentingkan diri sendiri,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, pengguna dobi lain turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan mesin basuh di sana sebelum ini.
“Belum lagi dia masuk (dobi) ambil satu-satu lipat dekat depan mesin pengering,” kata seorang netizen.






Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Dedah Ada Karpet Kereta Dalam Dryer, Ramai Kongsi Benda ‘Jijik’ Dibasuh Di Dobi
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Tercapai Dek Akal” – 2 Individu Selamba Masukkan Tilam Dalam Mesin ‘Dryer’ Dobi Layan Diri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Suspek Bunuh Kucing Dobi Akhirnya Diberkas, Rupanya Kurang Siuman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.