[Video] Siap Pimpin Tangan, Ramai Puji Pemuda Prihatin Tolong Aunty Lintas Jalan
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki yang memakai helmet berkenaan dilihat membantu seorang aunty melintas jalan dengan penuh berhati-hati sambil memimpin tangan warga emas itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, rakyat Malaysia dan sikap prihatin memang tidak dapat dipisahkan. Tidak kira dalam apa jua situasi, semangat saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain tetap menjadi budaya yang membanggakan.
Dalam pelbagai keadaan, terutama saat genting atau di tengah kesibukan harian, pasti akan ada tangan yang dihulurkan tanpa mengira latar belakang. Sikap ini menjadi cerminan kepada nilai kasih sayang dan rasa hormat dalam masyarakat kita.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang lelaki dilihat membantu seorang warga emas melintas ke seberang jalan sambil membawa bersama barangannya.
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Pemuda Dipuji Bantu Warga Emas Terjatuh Di Eskalator MRT
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan
Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]
Pemuda Bantu Aunty Lintas Jalan Dengan Penuh Berhemah
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@lxdxbxss), rakaman berkenaan diambil dari dalam kereta sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Kelihatan seorang lelaki yang masih bertopi keledar, memimpin tangan seorang warga emas untuk melintas jalan dengan penuh cermat. Dia turut berjalan perlahan supaya aunty tidak perlu tergesa-gesa dan dapat melintas dengan selamat.
Pemuda itu juga dilihat turut membawa troli milik aunty berkenaan yang berupa sebuah raga kecil beroda di tangan sebelahnya.
Dalam video tersebut, mereka kelihatan berbual-bual kecil seiring langkah, mungkin bertanya arah atau sekadar berbasa-basi.
Netizen Terharu Lihat Sikap Prihatin Pemuda Berkenaan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat tindakan penuh hormat yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan tanpa mengira bangsa dan agama.
Ramai yang memuji keikhlasan lelaki itu dan menjadikan kisah ini sebagai contoh nilai kemanusiaan yang perlu terus dipupuk dalam masyarakat.


Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menerima pertolongan kecil yang memberi makna besar dalam hidup mereka.


Kebaikan kecil seperti ini membuktikan bahawa kebaikan masih wujud dalam masyarakat kita dan menjadi inspirasi untuk terus menyebarkan nilai murni kepada semua.
Bantuan Sentiasa Dibalas Dengan Kebaikan
Tindakan lelaki ini sejajar dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan membantu sesama manusia. Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.
Riwayat Muslim, No. 2699
Hadis ini mengingatkan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas, menjadikan sikap prihatin sebagai satu amalan yang penuh keberkatan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tunggu Bas Lebih 2 Jam, Pemuda Tumpangkan Pasangan Warga Emas Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



