[Video] Pemandu Kereta Terpaksa Berhenti Tepi, Treler Potong ‘Double Line’ Raih Kecaman Ramai
Menerusi perkongsian tersebut, pemandu berkenaan terpaksa berhenti di bahu jalan selepas melihat sebuah treler memotong kenderaan lain di garisan berkembar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memandu di jalan raya yang kian dibanjiri dengan pelbagai jenis kenderaan kini ibarat meletakkan nyawa di hujung tanduk. Apatah lagi apabila berdepan dengan pemandu yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Segelintir pemandu ini seakan-akan mengetepikan undang-undang lalu lintas dan terus melakukan kesalahan jalan raya dengan sengaja tanpa memikirkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan pengguna lain.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila sebuah lori treler dari arah bertentangan dilihat memotong sebuah lagi lori di jalan “double line” dalam satu kejadian yang nyaris membawa padah.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Berang Pemandu Lori Buat Pusingan U Haram, Hampir Sebabkan Rider Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lori Treler ‘Sapu’ Hilux Depan Kedai, Hampir Langgar Ibu & Anak Dalam Myvi
Pemandu Terpaksa Berhenti Elak Treler Memotong
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@telefunken43000), seorang pemandu berkongsi sebuah rakaman sewaktu melalui jalan berdekatan Pelabuhan Klang.
Menurutnya, rakaman itu asalnya dibuat untuk merekodkan pemandangan kawasan sekitar yang kelihatan cerah dan tenang pada waktu itu.
Namun tidak disangka-sangka, sebuah treler dari arah bertentangan dilihat sedang memotong sebuah lagi treler lain di lorong dua hala garisan berkembar dalam kelajuan tinggi.
Treler tersebut yang sedang memotong dlihat terus meluru ke arah kenderaan perakam tanpa sebarang usaha untuk kembali ke lorong asalnya.
Bertindak pantas, pemandu kereta terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan bagi memberi laluan kepada kedua-dua treler tersebut, sekali gus mengelakkan sebarang tragedi buruk berlaku.
Pemandu dan penumpang kereta kedengaran kesal dengan tindakan pemandu treler yang kelihatan “beremba-remba” dari jauh biarpun sudah melihat ada kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.
“Yang ni memotong, yang sebelah sana tu taknak perlahan langsung. Macam mana lah..” keluh salah seorang penumpang.
Netizen Geram, Kecam Tindakan Pemandu Treler
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan berbahaya pemandu treler berkenaan.
Ramai memberi kecaman hebat terhadap sikap tidak bertanggungjawab itu yang seakan-akan mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya lain.


Ada juga pengguna lain yang berkongsi pengalaman hampir sama di kawasan sekitar Pelabuhan Klang, memperlihatkan betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada ketika memandu.


Potong Garisan Berkembar Boleh Dikompaun RM300
Untuk info, memotong garisan berkembar merupakan antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemandu semasa berada di jalan raya. Kebiasaannya, garisan berkembar ini selalu dilihat di kawasan bukit curam, selekoh serta jalan raya sempit.
Kesalahan tersebut sering berlaku apabila seseorang itu mahu mengelak jalan yang sesak atau sedang bergegas menuju ke satu destinasi.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa anda boleh dikompaun sebanyak RM300 sekiranya didapati melakukan kesalahan memotong ‘double line’ di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Selain itu, empat mata demerit juga akan ditolak buat pemandu motosikal. Manakala sebanyak enam mata demerit untuk pemandu kenderaan barangan dan bas.
Oh ya, terdapat 9 kesalahan utama yang boleh diadukan secara dalam talian seperti:
- Gagal Mematuhi Lampu Isyarat Merah
- Memotong Garisan Berkembar
- Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu
- Memandu Di Lorong Kecemasan
- Tidak Memakai Talipinggang Keledar / Topi Keledar
- Memotong Sebelah Kiri
- Memotong Barisan
- Cermin Gelap
- Nombor Plat Fancy
Sekiranya terlihat kesalahan utama yang dilakukan, bolehlah membuat aduan menerusi aplikasi E-Aduan JPJ seperti tatacara di bawah:
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Daftar ID Awam diplatform atau di JPJ Portal (www.jpj.gov.my)
- Log Masuk
- Pastikan Data GPS diatifkan
- Pilih kesalahan yang bersesuaian
- Muat naik gambar / video /pautan berkaitan kesalahan
- Lengkapkan maklumat yang disediakan
- Hantar
- Perakuan sebagai saksi JPJ
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Trak Flatbed ‘Angkut’ Lori Senget Di Highway Buat Ramai Seram
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Tanker Didakwa Bawa Nitrogen Bocor, Jalan Tak Nampak Apa Bikin Debar
Baca Artikel Berkaitan: “Makin Banyak Kes” – Tayar Lori Tercabut Di Lebuh Raya Buat Ramai Bimbang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



