“Tampar & Tarik Tudung” – 2 Pelanggan Serang Cashier & Curi Cable Telefon Undang Perhatian
Kejadian tersebut berlaku sekitar kedai serbaneka 7-Eleven di Sitiawan, Manjung, Perak pada Ahad, 27 April 2025.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila membeli sesuatu produk, sudah tentu ada terma dan syarat yang ditetapkan oleh kedai dan perlu dipatuhi oleh pelanggan.
Ramai di kalangan masyarakat patuh dan menunjukkan etika yang baik sebagai seorang pembeli. Namun ada juga yang bertindak sebaliknya.
Lebih parah lagi apabila pelanggan bersikap baran dan menggunakan kekerasan terhadap pekerja kedai apabila kemahuannya yang tidak masuk akal tidak dapat dituruti. Kebanyakan daripada pelanggan sebegini selalunya mengamalkan konsep ‘customer is always right’.
Baca Artikel Berkaitan: OTW Hantar 30 Biji Burger Belum Dibayar, Pelanggan Cancel Order
Pelanggan Tampar & Tarik Tudung Staf Kerana Tak Puas Hati
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila seorang ibu dikenali sebagai Saazlina Azizyusuf berkongsi perkara tragis yang berlaku kepada anak perempuannya dikenali sebagai Atira semasa bekerja secara syif sekitar di kedai serbaneka 7-Eleven di Sitiawan, Manjung, Perak.
Menurut Saazlina, seorang pelanggan berkeras untuk mencuba kabel telefon sebelum bertindak membayarnya. Namun disebabkan polisi yang mana pembeli harus membayar dulu, Atira tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada semalam (27 April) itu sekaligus membuatkan pelanggan itu tidak berpuas hati sehingga mengamuk dan bertindak menggunakan kekerasan terhadap staf terbabit.
Menerusi video rakaman CCTV, kelihatan pelanggan wanita menuding jari sebelum menampar dan menarik tudung Atira hingga tercabut. Dakwa Saazlina, anaknya itu mengalami kecederaan di bahagian badan akibat serangan itu.
Dalam masa sama, ibu kepada pelanggan yang turut berada di situ juga dilihat sedang memarahi Atira.
Ibu Pelanggan Masuk Ke Kedai & Curi Kabel Telefon
Tidak terhenti di situ, satu lagi rakaman CCTV mendedahkan ibu pelanggan itu masuk semula ke dalam kedai dan didakwa secara senyap mencuri kabel dan juga pengecas telefon yang berada di atas kaunter.
“Laporan polis telah dibuat namun kami usaha untuk cari dua beranak dari neraka ni agar kes selesai secepat mungkin. Mereka bukan hanya mencederakan anak saya bahkan mereka telah mencuri kabel dan charger telefon di kaunter.
“Video kedua jelas menunjukkan si ibu pelaku masuk semula ke kedai dan mengambil pengecas telefon di kaunter berkenaan. Mohon bantuan semua sesiapa yang mengenali mereka tolong mesej saya atau hubungi terus nombor ni 0176838176,” ujar Saazlina di ruangan kapsyen.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai apabila ia dimuat naik semula di laman X (Twitter).
— MALAYSIA PROBLEM (@Malaysia_Problm) April 27, 2025
Ramai Tak Puas Hati Lihat Aksi 2 Pelanggan Buat Kecoh Di Kedai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam anak beranak yang membuat onar itu.
“Amboi biadabnya. Laju betul tangan dia ya. Tolong kutip cepat dua makcik ni,” kata seorang wanita.
Malah, ada juga yang sempat menyindir pelanggan terbabit.
“Mungkin terpengaruh konsep buy now pay later,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut berpandangan dua pelanggan tersebut bersikap kolot kerana tidak dapat menerima perkara yang diperkata oleh staf kedai itu.





Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Mengamuk, Dakwa Pekerja Warga Asing Di Pasar Raya Sorok Minyak Masak Paket Untuk Kegunaan Rakan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Ada Akal” – Cubaan Rompak Tak Jadi, Ramai Puas Hati Tengok Perompak Kena ‘Tibai’ Dengan Staf Kedai Makan
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bungkus Bawa Balik” – Peniaga Dedah Ada Pelanggan Tak Bayar Makanan Tiap Kali Jamu Selera Di Kedai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.