Now Reading
Lelaki Dikecam Persoal Isteri Kerana Tak Masak Penat Jaga Bayi Meragam

Lelaki Dikecam Persoal Isteri Kerana Tak Masak Penat Jaga Bayi Meragam

Dalam tangkap layar perbualan tersebut, si isteri turut memaklumkan dia hanya sempat memasak telur gorengkerana anak asyik menangis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap ibu yang mempunyai anak kecil pasti tahu menjaganya bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Ini kerana, bayi yang sedang membesar mempunyai ragam tertentu seperti menangis secara tiba-tiba dan ibu perlu menjaga serta menenangkan si manja.

Pada saat ini, apa yang diperlukan oleh seorang ibu pastinya sokongan daripada seorang suami.

Lelaki persoal isteri tak sempat masak kerana jaga bayi

Namun baru-baru ini, seorang suami menjadi perhatian ramai apabila mempersoalkan isterinya yang tidak sempat memasak kerana menjaga bayi.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh @zulazri03, pengguna itu meluahkan rasa amarahnya terhadap suami wanita berkenaan.

“Ni namanya suami bebal. Kau ingat bini kau menyusukan anak guna susu badan tu dia tak penat ke? Penat la ce**ka.

“Mentally exhausted tau. Kau tahu bercucuk tanam je. Tapi isteri yang lebih menjaga anak. Kalau tak ada ilmu pasal benda ni pergi timba (ilmu). Bukan tahu, salahkan bini kau je,” kata pengguna di ruang kapsyen.

Dalam satu tangkap layar perbualan pasangan tersebut, kelihatan sang suami seperti menyindir isterinya dengan memaklumkan dia sudah biasa makan di luar.

Membaca balasan sang suami, wanita itu memberitahu bagaimana keadaannya di rumah sambil melayan anak.

Tak sempat masak nasi, hanya sempat goreng telur kerana anak menangis

Katanya, dia hanya sempat memasak telur goreng dan tak sempat mentanak nasi.

“Semalam berapa kali cuba dan usaha bagi dia (bayi) tidur buai. Menangis, melalak je. Hari ni baru dia nak tidur.

“Sempatlah goreng telur, nasi belum sempat masak,” katanya.

Suami kepada wanita berkenaan kemudian mengatakan adakah semua ibu yang mempunyai bayi berusia 3 bulan juga melalui perkara sama dengan isterinya.

Isteri pertahankan ramai para ibu lalui perkara sama dengan bayi yang masih kecil

Si isteri bagaimanapun masih cuba untuk menjelaskan kepada suaminya bahawa ramai para ibu yang melalui fasa sama sepertinya tidak sempat untuk makan.

“Kebanyakan memang mak-mak tak sempat makan awak, awak tengoklah sendiri. Saya nak sikat rambut lepas mandi pun tak sempat. Awak bukan tak nampak,” ujarnya.

Tidak habis dengan itu suami kepada wanita berkenaan turut menyindir isterinya tidak sempat untuk memasak kerana turut tidur apabila bayi mereka tidur.

Si ibu lalu mengatakan dia juga tidak dapat berehat kerana anak hanya ingin menyusu badan sahaja.

Ramai sokong isteri dan faham perasaan dialami

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyokong isteri kepada lelaki berkenaan dan menyifatkan ramai para ibu yang tertekan dalam fasa tersebut.

Ada juga menyifatkan ibu yang menyusukan anak sememangnya berasa penat, dan menggunakan waktu seperti anak tidur untuk berehat kerana hanya itu peluang ada untuk beristirehat.

Tidak kurang juga ada yang menyuruh si suami untuk menjaga bayi mereka agar dapat mengetahui bagaimana rasanya.

“Dia tahu tak kes-kes ibu yang bunuh anak kecil sebab tak dapat kawal emosi dan kepenatan dalam setahun pertama. Lagi-lagi dua ke tiga bulan pertama tu.”
“Menyusukan anak memang penat betul. Masa anak tidur tulah ibu nak tidur. Itulah peluang, bila anak dah jaga, ibu pun jaga. Pagi-pagi buta pun berjaga..”
“Allahu jahilnya suami akak tu. Tak ada simpati langsung, mengandung 9 bulan dah beranak tu sakit pula. Kena jaga diri sendiri dan anak tu. Suami dia pula macam patah kaki…”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd