“Hormati Zebra Crossing” – Rider Ingatkan Orang Ramai Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki
Menurut penunggang motosikal tersebut, pejalan kaki mempunyai hak untuk melintasi lintasan belang meskipun ada kenderaan lain pada ketika itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, kawasan jalan raya bukan sahaja digunakan oleh individu yang membawa kenderaan tetapi juga pejalan kaki. Namun masih ramai pejalan kaki terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian diri sendiri atau pengguna jalan raya lain.
Pada Februari lalu, seorang lelaki warga emas maut akibat dilanggar kereta semasa melintas jalan raya di Kilometer 17.1 Jalan Klang-Banting-Port Dickson.
Oleh disebabkan insiden sebegini, orang ramai dinasihatkan untuk melintas di laluan yang sudah disediakan sebagai contoh lintasan zebra (zebra crossing).
Pun begitu, masih ramai yang berdegil untuk dan enggan memberi laluan kepada pejalan kaki. Malah segelintir individu bertindak menekan minyak kerana tidak membenarkan golongan ini melintasi garisan zebra terlebih dahulu.
Rider Ingatkan Orang Ramai Tentang Panduan Lintasan Zebra
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@driving4dummies) apabila seorang penunggang motosikal berkongsi suasana semasa berada di atas jalan raya.
Menurut lelaki tersebut, sekiranya anda melihat nyalaan berkelip (flashing amber light) pada lampu isyarat, itu bermaksud keutamaan menggunakan jalan diberikan kepada pejalan kaki.
Oleh itu, anda harus memperlahankan kenderaan dan memberi mereka laluan untuk melintas.
“Dengarlah betapa sopannya mereka berterima kasih walaupun mereka memang ada hak untuk melintas jalan. Ya kadang-kadang yang diperlukan hanyalah seorang untuk melakukan perkara yang betul dan kamu boleh jadi orang tu bermula sekarang,” nasihat lelaki itu.
Lelaki Minta Orang Ramai Timbang Rasa & Jangan Berdegil Untuk Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki
Dia juga dalam masa menegur pemandu kenderaan untuk memberi keutamaan kepada mereka yang menggunakan zebra crossing tidak kira yang berwarna putih atau pun kuning.
“Melainkan ada lampu isyarat khas untuk pejalan kaki. Selepas semua orang sudah melintas dengan selamat, kita boleh acknowledge kereta di belakang sebagai tanda terima kasih sebab beri kerjasama. Jom sama-sama pastikan jalan raya kita selamat untuk semua,” kata rider itu lagi.
Jelasnya, setiap keselamatan pejalan kaki juga adalah sama pentingnya dengan pengguna kenderaan lain yang berada di atas jalan raya.
“Di sebalik setiap terima kasih, ada peringatan bahawa orang yang melintas jalan adalah manusia sama macam kita. Berada di sebalik roda tidak menjadikan kita kurang bertanggungjawab, tetapi lebih daripada itu.
“Mari kita bawa sifat kemanusiaan kembali ke jalan raya. Hormati lintasan zebra,” tegas lelaki berkenaan.
@driving4dummies Behind every “terima kasih bang” is a reminder that the people crossing the road are human beings, just like us. Being behind the wheel doesn’t make us less responsible, it makes us more. Let’s bring humanity back to the road. Respect the zebra crossings.
♬ original sound – 🍀
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Harap Pengguna Jalan Raya Take Note Tentang Panduan Zebra Crossing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan berterima kasih kepada rider itu kerana menyebarkan kesedaran tentang keutamaan penggunaan lintasan zebra.
“Benda ni patut dinormalisasikan di semua jalan raya,” kata seorang pengguna TikTok.
Ramai juga berharap agar pengguna jalan raya lain lebih empati dan menitikberatkan keselamatan orang awam.
“Pejalan kaki tak sepatutnya angkat tangan pun. Memang hak diorang guna lintasan zebra tu. Kereta yang sepatutnya berhenti bagi laluan. Bukan pecut bila nampak orang lintas,” ujar seorang netizen.






Ada Beza Ke Lintasan Zebra Warna Putih & Kuning?
Kita sering kali mendengar bahawa dua warna lintasan belang iaitu kuning dan putih ada perbezaannya.
Ramai mendakwa lintasan pejalan kaki berwarna putih bermaksud pemandu atau penunggang kenderaan wajib berhenti sekiranya melihat ada pengguna yang ingin melintas dan keutamaan perlu diberikan kepada pejalan kaki.
Untuk info, lintasan warna putih ini kebiasaannya berada berhampiran kawasan persekolahan.
Manakala apabila melihat lintasan belang berwarna kuning pula, anda perlu melihat siapa yang tiba dahulu di garisan tersebut. Jika pejalan kaki, pemandu wajib berhenti dan berikan laluan. Sekiranya pemandu sampai dulu, pejalan kaki pula perlu berhenti dan berikan laluan.

Putih Atau Kuning Tetap Perlu Berhenti
Bagaimanapun, Bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Shahrin Tamrin sebelum ini berkata fakta tersebut adalah tidak benar.
“Adalah tidak benar bahawa warna ‘zebra crossing’ menentukan siapa berhenti dulu atau siapa boleh gerak dahulu. Ini adalah tanggapan salah yang telah lama berlaku di media sosial.
“Yang sebenarnya, pemandu dan penunggang kenderaan wajib berhenti dan beri keutamaan kepada pejalan kaki tidak mengira warna,” jelas Shahrin.
Baca Artikel Berkaitan: Suka Berjalan Kaki? Ini 5 Bandar Mesra Pejalan Kaki & 3 Lokasi Sebaliknya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenari Selamba Ambil Shortcut Di Laluan Pejalan Kaki Untuk Elak Trafik Sesak
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.