Now Reading
[Video] Niat Asal Nak Tegur Rider Naikkan Tongkat, Penunggang Pula Terbabas Seberang Jalan

[Video] Niat Asal Nak Tegur Rider Naikkan Tongkat, Penunggang Pula Terbabas Seberang Jalan

Jelas lelaki dikenali sebagai Pijoi, insiden motosikalnya terbabas ke seberang jalan juga adalah silapnya kerana menegur rider penghantar makanan ketika berada di selekoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi kewajipan semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan membantu antara satu sama lain sekiranya ada yang dalam kesusahan.

Meskipun adakalanya bantuan tersebut hanyalah perkara kecil namun ia boleh menyelamatkan seseorang daripada terbabit kemalangan dan sebagainya.

Lelaki awalnya niat nak tegur rider untuk naikkan tongkat motor

Perkara sama turut cuba dilakukan oleh seorang penunggang motosikal yang prihatin ini namun lain pula yang berlaku apabila dia yang terbabas ke seberang jalan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Pijoi di TikTok, awalnya dia sudah melepasi satu lampu isyarat di sebatang jalan.

Dalam masa sama kelihatan seorang rider penghantar makanan berjalan di hadapannya. Menyedari tongkat pada motosikal rider berkenaan tidak diangkat dan bimbang ia akan mendatangkan bahaya seperti kemalangan dan sebagainya Pijoi cuba untuk menegurnya.

Kelihatan Pijoi cuba untuk jalan seiring dengan rider berkenaan, sebaik sahaja berada di sebelah lelaki tersebut dia membunyikan hon dan memaklumkan mengenai tongkat yang tidak diangkat.

Tiba-tiba terbabas sehingga motosikal masuk ke seberang jalan

Namun apa yang menjadi perhatian, sebaik sahaja dia mengalihkan pandangan ke hadapan motosikal Pijoi telah naik ke atas pembahagi jalan dan terus memasuki seberang jalan.

Nasibnya baik kerana sewaktu insiden itu berlaku tiada sebarang kenderaan yang menghampirinya.

Malah kelihatan motosikal Pijoi nyaris termasuk ke longkang besar namun kawalan yang baik membuatkan dia tidak terjatuh.

Turut kelihatan rider penghantar makanan tersebut, berpusing semula ke laluan seberang untuk melihat keadaan Pijoi.

“Niat nak tegur tingkat rider Foodpanda tu, salah saya juga tegur masa selekoh memang sekali pandang depan zass terbang,” katanya.

Ramai terhibur dan bersyukur penunggang motosikal dalam keadaan baik

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut kerana tidak menyangka ia akan ada ‘plot twist’ mengenai penunggang itu.

Tidak kurang juga ada yang bertanya mengenai keadaan lelaki tersebut serta bimbang jika Pijoi termasuk ke dalam longkang sewaktu menonton video itu.

Ramai juga yang mengucapkan kata syukur kerana Pijoi tidak tercedera disebabkan insiden itu.

“Ni jenis tak boleh toleh ni. Toleh kiri, tengok depan dah dalam laut. Kena lurus je mata ke depan”
This image has an empty alt attribute; its file name is terbabas-ke-seberang-jalan-4.jpg
“Dia tegur tongkat orang yang dia pergi laluan sebelah”
This image has an empty alt attribute; its file name is terbabas-ke-seberang-jalan-3.jpg
“Nak gelak rasa berdosa tapi ampun ya Allah, alhamdulillah tak ada apa. Tapi bang malu tak? HAHAHA”
This image has an empty alt attribute; its file name is terbabas-ke-seberang-jalan-2.jpg

“Terkeluar abangnya, nasib baik pandai handle”

This image has an empty alt attribute; its file name is terbabas-ke-seberang-jalan-1.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd