[Video] Lelaki Persoal Tindakan Geng Pancing Suka Hati Bina Rod Holder Di Kaki Jambatan Pulau Pinang
Difahamkan, plat besi yang diubah suai menjadi pemegang rod telah ditebuk pada kaki jambatan menggunakan skru oleh segelintir kaki pancing yang tidak bertanggunjawab.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, aktiviti memancing merupakan hobi yang digemari ramai dan boleh dilakukan di mana-mana kawasan berair seperti laut, sungai, tasik, malah di parit dan longkang.
Namun, apa yang kurang menyenangkan adalah apabila sesetengah individu tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan awam sebagai “harta” peribadi dengan membina struktur kekal seperti kerusi, pondok, atau rod holder tanpa kebenaran.
Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan malah boleh mendatangkan risiko keselamatan terutama jika melibatkan struktur binaan awam yang penting seperti kaki jambatan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penunggang Motosikal Maut, Nyaris Jatuh Jambatan Pulau Pinang Selepas Terlanggar Kereta Tukar Lorong Mengejut
Baca Artikel Berkaitan: “Berapi Rim Dia”- Axia Kemik & Tayar Belakang Pecah Redah Jambatan Pulau Pinang Curi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: “Buli-Buli Pun Sayang Kan?” – Sering Sindir Menyindir, Ramai Puji Lelaki Hadiahkan Joran Pada Geng Pancing
Bina Rod Holder ‘Custom’, Tebuk Kaki Jambatan
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@carazonaquino), perakam menunjukkan keadaan di bawah Jambatan Pulau Pinang, tempat yang sering menjadi spot memancing popular di kalangan kaki pancing.
Ruang yang luas di kaki jambatan menjadikannya “port” terbaik sementara menunggu umpan dimakan ikan. Prosesnya yang agak lama menyebabkan mereka memerlukan tempat meletakkan rod buat sementara waktu.
Namun begitu, segelintir pemancing bertindak melampau apabila membina “rod holder” kekal dengan cara menebuk struktur konkrit kaki jambatan untuk memasukkan skru serta menempatkan plat besi khas yang dibuat sendiri bagi memegang joran.
Pihak berkuasa dilihat telah hadir ke lokasi berkenaan bagi mengambil keterangan dan mengumpul bukti pembinaan struktur tanpa kebenaran itu untuk membuka kertas siasatan.
Perakam video meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pemancing yang sewenang-wenangnya menebuk binaan penting negara demi keselesaan sendiri, tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap struktur jambatan.
Netizen Beri Pelbagai Pendapat Tentang Pembinaan “Haram” Di Kaki Jambatan
Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai pandangan daripada netizen. Ada yang bersetuju tindakan menebuk struktur konkrit kaki jambatan adalah salah dan boleh melemahkan binaan itu dari semasa ke semasa.


Namun, ada juga pengguna yang keliru mengapa ia dianggap serius dan salah.
Seperti biasa, rakyat Malaysia yang prihatin tampil memberikan penerangan bahawa tindakan tersebut boleh menyebabkan kerosakan mikro yang sukar dikesan tetapi memberi kesan besar pada kekuatan struktur apabila dilakukan secara berulang.



Aktiviti Pancing Di Kaki Jambatan Jadi Budaya
Kebiasaannya, setiap kaki jambatan akan dinomborkan, contohnya Tiang 8 dan Tiang 12. Ramai kaki pancing yang sudah mengenal pasti tiang tertentu sebagai spot kegemaran mereka.
Ada yang sanggup menghabiskan seharian di spot masing-masing, malah tidak kurang juga yang bermalam demi menunggu hasil tangkapan terbaik.
Selain faktor keselesaan dan lokasi yang strategik, kawasan kaki jambatan itu juga dikatakan sebagai habitat kepada pelbagai hidupan laut bernilai tinggi, menjadikannya antara lokasi paling lumayan untuk aktiviti memancing.
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Pantas Anggota TDM Selamatkan Mangsa Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki 28 Tahun Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tinggal Kereta & Barangan Peribadi
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Tendang & Baling Pasir” – Pasangan Didakwa Aniaya Penunggang Motosikal Di Jambatan Pulau Pinang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.