[Video] Kecewa Dengan Cara Hantar Mesej, Guru Harap Ibu Bapa Lebih Jaga Adab
Cikgu dikenali sebagai Syamir itu berkata seorang penjaga telah mengarah dirinya untuk mencari buku dalam beg sekolah anak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dengan pengedaran zaman sekarang, para pelajar kini lebih terdedah dengan penggunaan teknologi canggih untuk urusan persekolahan.
Misalnya dulu, setiap pengumuman daripada pihak sekolah dan guru kelas akan dimaklumkan kepada ibu bapa melalui surat atau dari murid itu sendiri. Namun sekarang, penyampaian mesej adalah lebih mudah apabila rata-rata cikgu menubuhkan group WhatsApp bersama penjaga.
Pun begitu, masih ramai di kalangan ibu bapa yang menyalahgunakan group berkenaan.
Cikgu Kesal Ibu Bapa Kurang Beradab Mengarah Para Guru
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang guru sekolah dikenali sebagai Cikgu Syamir (@syamirsyazani) meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir ibu bapa yang dikatakan kurang adab.
Menerusi video perkongsian, cikgu itu telah memaparkan tangkap layar mesej WhatsApp dari salah seorang penjaga kepada anak muridnya.
“Assalamualaikum. Nanti cikgu ambil buku yang cikgu nak tanda tu. Dekat dalam beg. Dia tak tahu buku mana, takut kena marah pula sebab tak hantar,” ujar penjaga tersebut.
Mesej itu membuatkan Cikgu Syamir terasa hati dan beranggapan ibu bapa murid tidak menghormatinya dengan menyuruh dirinya melakukan perkara itu. Jelasnya, dia tidak mempunyai masalah jika penjaga meminta tolong dengan baik dan beradab.

Sumber: Malay Mail
Ibu Bapa Mesej Guru Tengah Malam
Guru itu dalam masa sama tertanya-tanya sama ada mengarah para pendidik untuk mencari buku murid adalah satu norma pada masa ini atau sebaliknya. Lebih membuatkan cikgu itu kesal adalah penjaga berkenaan telah mengirim mesej pada waktu malam.
“Entahlah, sama ada saya hati tisu, cepat koyak atau biasa je ayat puan tu. Tapi itulah, saya merasakan macam tak ada adab di situ. Tambahan pula, dah tengah malam mesejnya pun. Harap teguran ni dijadikan pedoman buat ibu bapa,” kata cikgu itu.
Ibu Bapa Hantar Mesej Dengan Kurang Adab Ganggu Emosi Guru
Tambah Cikgu Syamir, sesetengah ibu bapa juga berkomunikasi dengan para guru dengan nada seolah-olah mahu ajak bergaduh. Perkara tersebut sekaligus menyebabkan emosinya terganggu.
“Saya boleh je nak tolong dan tak berkira malah berbesar hati cuma ayat tu macam tak kena. Mungkin boleh taip, ‘Salam cikgu maaf mengganggu, boleh ke nak minta tolong cikgu…’
“Ramai je ibu bapa yang minta tolong dengan ayat yang lebih molek dan sopan, kan cantik macam tu. Sejuk sikit hati bila baca. Ni tak, macam nak ajak gocoh (gaduh). Cikgu pun manusia biasa, boleh penat dan boleh terasa,” ujar Cikgu Syamir lagi di ruangan kapsyen.
@syamirsyazani Entahlah, sama ada saya hati tisu, cepat koyak atau biasa ja ayat puan tu. Tapi tulah, saya merasakan macam takda adab di situ. Plus, dah tengah malam mesejnya pun😅 Harap teguran ni dijadikan pedoman buat ibu bapa. Saya boleh ja nak tolong dan tak berkira malah berbesar hati cuma ayat tu macam tak kena. Mungkin boleh taip, “salam cikgu, maaf mengganggu, boleh ka nak minta tolong cikgu……” Ramai ja ibu bapa yang minta tolong dengan ayat yang lebih molek dan sopan, kan cantik macamtu, sejuk sikit hati bila baca. Ni tak, macam nak ajak gocoh. Cikgu pun manusia biasa, boleh penat, boleh terasa. #fypシ #tiktokguru #teachersoftiktok #teacherlife #relatable #pov ♬ Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Minta Ibu Bapa Jangan Terlalu Manjakan Anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.
“Ni contoh keburukan wujudnya group WhatsApp atau ada nombor telefon cikgu. Kita dulu semua buat sendiri. Hal-hal kerja rumah ni tak ada melibatkan ibu bapa pun,” kata seorang lelaki.
Segelintir individu pula berkata penjaga tidak sepatutnya gentar jika guru menegur anak kerana ia mampu membuatkan murid itu lebih berdikari pada masa akan datang.
“Kenapa ya mak-mak sekarang takut sangat anak kena tegur atau marah? Padahal zaman dulu okay je. Akhirnya, itu la yang membentuk kita jadi berdikari dan bertanggungjawab,” ujar seorang wanita.






Ibu Bapa Guna Group WhatsApp Untuk Maklumkan Kerja Sekolah Anak Belum Siap
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zul yang juga merupakan seorang bapa berkongsi mengenai perihal anak-anak di sekolah.
Menurut lelaki tersebut, dia merupakan seorang bapa yang tegas atas faktor didikan cemerlang oleh bekas guru-gurunya terdahulu. Bagaimanapun, dia bersetuju bahawa bukan semua golongan ibu bapa bersikap sedemikian.
“Itu masalah yang saya nampak sekarang. Kadangkala dalam WhatsApp group sekolah anak-anak, saya nampak ibu bapa yang melebih-lebih (over). ‘Kerja sekolah anak saya ni tak siap lagi cikgu, macam mana?’” luah Zul.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Group WhatsApp Kelas Anak Disalah Guna, Bapa Sifatkan Ia Hanya Bebanan Kepada Penjaga
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.