Now Reading
Konsert Solo Amy Search & Perlawanan Akhir Piala FA, Bukit Jalil Bakal Dibanjiri Lebih 100,000 Peminat

Konsert Solo Amy Search & Perlawanan Akhir Piala FA, Bukit Jalil Bakal Dibanjiri Lebih 100,000 Peminat

Difahamkan lebih 60 peratus tiket bola sepak sudah terjual, manakala permintaan tinggi untuk konsert Amy Search turut dijangka menarik puluhan ribu peminat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Minat rakyat Malaysia terhadap bola sepak sememangnya luar biasa. Setiap kali berlangsungnya perlawanan akhir, ribuan penyokong akan hadir demi memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan pilihan masing-masing.

Sementara itu, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search juga bukan calang-calang. Namanya masih gah dan mempunyai kelompok peminat tersendiri sejak era 80-an hingga kini. Apabila beliau mengadakan konsert solo, lebih-lebih lagi di lokasi sebesar Axiata Arena, sambutannya pasti luar biasa.

Gabungan kedua-dua acara besar ini dijangka mencetuskan banjiran pengunjung di sekitar Bukit Jalil. Sama ada di stadium atau di arena, peminat akan berpusu-pusu membanjiri lokasi seawal petang.

Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Rap Snoop Dogg & Joe Flizzow Berganding Dalam Lagu Tema Pasukan Bola JDT

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Orang Islam Pakai Jersi Bola Sepak Ada Logo Syarikat Judi & Arak? Ini Penjelasannya 

Peminat Fanatik Bakal Banjiri Bukit Jalil

Sumber: MalayMail

Sabtu ini dijangka menjadi malam paling sibuk di Bukit Jalil apabila dua acara besar berlangsung serentak, iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia dan konsert legenda rock Datuk Amy Search.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi tumpuan peminat bola sepak menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada jam 9 malam, manakala Axiata Arena yang terletak berdekatan pula bakal bergema dengan konsert rock bermula 8.30 malam.

Difahamkan lebih 60 peratus tiket bola sepak sudah terjual, manakala permintaan tinggi untuk konsert Amy Search turut dijangka menarik puluhan ribu peminat. Kesesakan lalu lintas diramal bermula seawal jam 5 petang dan berterusan hingga lewat malam.

Orang Ramai Disaran Guna Pengangkutan Awam

Memetik laporan MalayMail, pihak berkuasa menasihatkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan.

Laluan LRT Sri Petaling yang berhenti di Stesen Bukit Jalil adalah pilihan paling dekat dengan kedua-dua lokasi acara.

Rapid KL turut mengumumkan lanjutan waktu operasi LRT khas untuk menyokong aliran pengunjung malam tersebut.

Elak Jem, Ini Laluan Alternatif Yang Dicadangkan

Bagi mereka yang tetap ingin memandu, beberapa laluan alternatif boleh digunakan untuk mengelakkan kesesakan teruk:

  • Dari Klang/Subang – Gunakan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) ke arah Sri Petaling
  • Dari Cheras/Ampang – Gunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Klang (SUKE)
  • Dari pusat bandar – Ambil Terowong SMART dari Jalan Tun Razak ke Jalan Sungai Besi

85 Bas Bawa Penyokong JDT Ke Bukit Jalil

Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak 85 buah bas akan membawa penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Bukit Jalil bagi menyokong pasukan kesayangan mereka di pentas akhir.

Menurut Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak JDT (KPBJDT), Mohd Fadzli Sapie, sebahagian bas ini disediakan untuk penyokong dari Segamat, Pontian dan Kulai, manakala selebihnya adalah hasil kerjasama dengan kelab lain termasuk Boys Of Straits (BOS).

Penyokong akan berkumpul di Stadium Larkin seawal jam 7 pagi untuk sesi taklimat dan pengesahan peserta. Setiap bas turut dilengkapi kru khas bagi memastikan perjalanan, jadual singgah serta kawalan di stadium berjalan lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Berusia 17 Tahun, Gadis Jadi ‘Drummer’ Kumpulan Rock Search Di Konsert Nusafest 2023

Baca Artikel Berkaitan: Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi ‘Lautan Hijau’ Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd