Caj Burger Ayam Crispy RM3.90, Lelaki Dikritik Peniaga Lain Dakwa Sengaja Ganggu Periuk Nasi Orang
Lelaki dikenali sebagai Zack itu telah ditegur oleh peniaga lain yang berkata harga pasaran bagi menu burger adalah RM5 dan bukannya RM3.90.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang menjalankan sesuatu bisnes, sudah tentu anda menitikberatkan keuntungan dalam jualan. Yang penting kena pastikan ia balik modal.
Bukan itu sahaja, harus diingatkan bahawa pesaing akan selalu ada di sekeliling kita. Apa yang yang anda perlu lakukan adalah menetapkan strategi pemasaran yang efektif bagi memastikan produk atau servis sentiasa relevan.
Lumrah sebagai seorang pembeli, sudah tentu kita akan lebih tertarik kepada barangan yang lebih murah. Namun isu penetapan harga ini sebenarnya boleh mengundang perbahalan di kalangan peniaga di luar sana.
Peniaga Di Kulai Tak Puas Hati Lelaki Jual Burger Harga Kurang Dari RM5
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (@zackxgaming99) apabila seorang peniaga dikenali sebagai Zack memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan peniaga lain menegurnya tentang harga jualan burger.
Menurut Zack, dia meletakkan harga yang berpatutan untuk menu burger crispynya iaitu RM3.90 sahaja bagi setiap satu. Namun harga tersebut tidak dipersetujui oleh peniaga lain yang turut menjual di kawasan sekitar Kulai, Johor.
“Woi mat niaga jangan pecah-pecah harga pasaran. Kau ingat kau sorang je ke berniaga. Buang harga macam ni. Market burger ni RM5. Apa kau buat ni? Agak-agak la nak masuk (jual dekat) Kulai buat kepala kau,” kata peniaga tersebut kepada Zack.

Peniaga Dakwa Lelaki Tutup Periuk Nasi Orang Lain
Menurut Zack, harga sebegitu ditetapkan kerana dia mendapat harga barangan mentah yang murah daripada pembekal. Dia juga menafikan tuduhan peniaga itu yang menganggap dirinya sengaja mengganggu harga pasaran bagi menu burger.
“Kelakarlah cara kau berniaga. Kau tak fikir ke orang lain dekat Kulai jual harga RM5? Datang kau ngarut RM3.90. 100 orang kecam kau, makbul doa. Terimalah nanti.
“Jagalah periuk nasi orang lain. Jangan sampai jual RM3.90. Agak-agak la mat. Aku memang orang berniaga, cara kau tak cantik macam ni,” ujar peniaga yang tidak berpuas hati itu.
Mendengar pandangan peniaga ini, Zack tertanya sama ada harga yang ditetapkan olehnya memudaratkan bisnes orang lain.
“Betul ke saya jual burger ayam cripsy RM3.90 ‘membunuh’ semua peniaga di Kulai? Kalau macam tu boleh ke kalau saya nak naikkan jualan ke RM4.90 untuk burger akhir zaman ni?” tanya Zack.
View on Threads
Harga Burger RM3.90 Undang Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran tersebut. Ramai yang berkata persaingan harga tidak menjadi satu perdebatan jika syarikat lain melakukannya.
“Mixue tak ada pula nak serang Tealive. Kalau dapat pembekal murah, harga turun rendah dan ada margin okay la. Sama macam dekat Eco Shop RM2.60 tapi barang yang sama boleh dapat di DIY. Harga mungkin ada perbezaan. Adat berniaga la,” kata seorang lelaki.
Segelintir individu pula berpandangan bahawa harga ini tidak sepatutnya menjadi isu.
“Bisnes ni tak ada siapa kawal bang. Terpulanglah nak letak harga mahal atau murah. Percaya rezeki Allah. Kalau letak harga murah g*la tapi tak sedap. Orang tetap akan beli yang mahal dan sedap,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga mengkritik sikap peniaga yang tidak beradab semasa menegur Zack tentang harga burger itu.
“‘Cara kau tak cantik macam ni.’ Padahal dia serang orang lain tak ada adab. Tak boleh cakap elok-elok ke? Tak faham la orang kurang ajar ni. Makbul doa apa benda cakap pun kurang berbahasa,” kata seorang pengguna Threads.






Individu Tak Puas Hati Nasi Bajet Dijual Dengan Harga Murah
Kes sama juga pernah berlaku sebelum ini. Peniaga gerai Nasi Bajet Shima berkata seorang individu telah singgah ke gerai dan bertanyakan tentang harga makanan yang dijual olehnya.
Kak Shima kemudian menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan satu bungkusan nasi bajet dijual dengan harga RM3.50.

Wanita itu kemudian berkata harga makanan murah dijual oleh Kak Shima akan memudaratkan peniaga lain yang menjual makanan dan produk yang sama.
“Awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke? Kalau awak jual harga gini, macam mana peniaga lain nak hidup? Mesti orang beli kat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi 4.50, kena selarikan nasi rahmah,” kata individu itu.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Buka Kedai Nasi Kandar Di Indonesia, Tapi Ada Yang Kata Rasa Tak Sama & Harga Mahal?
Baca Artikel Berkaitan: Terkilan Harga Menu Dituduh Mahal Setanding ‘Tel Aviv’, Chef Ammar Jelas Hal Sebenar
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Tutup Periuk Rezeki Orang Ke?” – Peniaga Luah Ada Individu Tak Puas Hati Kerana Jual Nasi Bajet Harga Murah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.