[Video] Wanita Dedah Ada Karpet Kereta Dalam Dryer, Ramai Kongsi Benda ‘Jijik’ Dibasuh Di Dobi
Jelas terpampang pada pintu mesin bahawa pelapik lantai, sepert karpet, tidak patut dikeringkan menggunakan mesin itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terdapat individu yang memilih untuk mencuci dan mengeringkan baju di dobi layan diri, apatah lagi jika tidak mempunyai mesin basuh di rumah.
Malah orang ramai boleh memilih mesin basuh yang besar di dobi untuk mencuci pakaian atau kain yang lebih berat seperti jaket musim sejuk, toto dan comforter.
Pun begitu, ada pula segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan mesin basuh dan mesin pengering di dobi untuk barang yang tidak bersesuaian.
Keadaan ini akan menyebabkan mesin terbabit tercemar dan boleh mendatangkan ketidakselesaan, malah masalah kesihatan pada orang lain yang menggunakannya kemudian.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Common Sense Ke?” – Aksi Wanita Selamba Lipat Baju Depan Mesin Dryer Dobi Buat Ramai Geram
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Cuci ‘Playpen’ Bayi Di Dobi Hingga Jadi Punca Pintu Kaca Mesin Basuh Pecah
Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Breaking News! Mattress And Dryer Are A Big No No!
Wanita Tunjuk Karpet Lapik Kereta Dikeringkan Dalam Dryer
Seperti yang tular baru-baru ini, video dimuat naik oleh seorang wanita ke TikTok (@azirashafinah) menunjukkan barang yang tidak sepatutnya berada di dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.
Dapat dilihat satu karpet dipercayai karpet lapik kereta berwarna merah sedang dikeringkan di dalam mesin pengering bersaiz 15 kilogram.
Walhal jelas terpampang pada pintu mesin bahawa pelapik lantai, seperti karpet, tidak patut dikeringkan menggunakan mesin itu.
Di ruangan komen dia berkata telah memaklumkan perkara itu kepada pemilik dobi. Namun tidak mendapat sebarang respon yang membuatkan dia berasa pemilik dobi tidak kisah dengan situasi tersebut.

@azirashafinah karpet kereta guys ,JENG JENG JENG..
♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon
Tonton video penuh [DI SINI].
Wanita Dakwa Badan Naik Gatal-Gatal Lepas Guna Mesin Di Dobi
Video tersebut telah mendapat lebih 537 ribu tontonan dengan ruangan komen dibanjiri oleh orang ramai.
Beberapa individu berkata mereka tidak akan menggunakan mesin basuh dan pengering di dobi layan diri melainkan jika terdesak kerana berasa was-was dengan penggunaannya.
Ada juga yang mempersoalkan mengapa karpet lapik kaki itu tidak boleh dikeringkan di dalam mesin memandangkan ia sudah tentu telah dicuci terlebih dahulu.
Pun begitu, habuk pada karpet mungkin masih melekat dan akan mencemarkan mesin pengering, seterusnya boleh menyebabkan masalah kesihatan pada pelanggan lain.
Menurut seorang wanita, dia mendakwa badannya telah mengalami kegatalan dan sehingga berkudis setelah menggunakan mesin di dobi.





Banyak Barang Kotor Yang Dibasuh Guna Mesin Di Dobi Layan Diri
Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka melihat atau mengesyaki mesin basuh di dobi digunakan bagi barangan yang amat kotor.
Ini termasuklah kain lap kaki, kain bekas muntah kanak-kanak, kain lap dari kedai cuci kereta, toto bekas kencing budak dan kasut sukan.
“Pernah dry baju lepas tu bau kain buruk. I syak car wash sebelah dobi tu keringkan kain-kain lap dia,” kata seorang individu.
Malah segelintir individu juga berkata kain dan lapik yang digunakan bagi haiwan peliharaan dengan najis terlekat turut dibasuh di dobi layan diri sehingga meninggalkan bau pada mesin.











Pastikan Dryer Diselenggara Demi Elak Berlakunya Kebakaran
Insiden di atas menyebabkan orang ramai mula merancang untuk membeli mesin basuh dan pengering sendiri.
Akan tetapi, diingatkan bahawa mesin pengering yang tidak diselenggara dengan betul boleh menjadi ‘overheat’ sehingga terbakar.
Antara tips yang boleh dipraktikkan bagi mengelakkan kebakaran membabitkan mesin pengering adalah seperti berikut:
- Pastikan dryer yang digunakan mempunyai penapis serat kain (lint).
- Bersihkan penapis lint setiap kali dryer digunakan. Pastikan lint yang terkumpul di sekeliling mesin juga dibuang.
- Bersihkan lint daripada paip atau gunakan servis penyingkiran lint sekali setahun, atau lebih kerap jika pakaian mengambil masa lebih lama untuk dikeringkan.
- Pastikan paip pengeluaran udara tidak terhalang.
- Jangan gunakan mesin dryer apabila tidak berada di rumah atau sewaktu tidur.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Insiden Kebakaran Di Rumah Disebabkan Mesin Dryer ‘Overheat’
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Bersihkan Mesin Basuh, Terutama Jenis ‘Front Load’
Baca Artikel Berkaitan: “You Tahu Ini Tempat Umum, Kenapa Bawa Anjing?” – Lelaki Ini Herdik Orang Awam Gara-gara Bawa Anjing Ke Dobi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.