Now Reading
[Video] Lelaki Sebak Lihat Pakcik Sorong Motosikal, Bantu Hantar Ke Stesen Minyak

[Video] Lelaki Sebak Lihat Pakcik Sorong Motosikal, Bantu Hantar Ke Stesen Minyak

Menerusi video tular, kelihatan pakcik tersebut sedang menyorong motosikalnya yang kehabisan minyak di tepi jalan sekitar Miri, Sarawak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum memulakan perjalan ke sesuatu destinasi, adalah penting bagi setiap individu memeriksa keadaan kenderaan terlebih dahulu sama ada ia selamat dibawa atau pun sebaliknya.

Pun begitu, kadangkala segelintir daripada kita terlepas pandang perkara tersebut. Ia sekaligus menyebabkan kenderaan boleh terhenti secara tiba-tiba di tengah jalan raya.

Sebelum ini, seorang wanita berdepan detik cemas apabila rantai motosikal miliknya terjatuh di atas jalan dan menyebabkannya sukar bergerak. Mujur seorang lelaki dikenali sebagai Cik Am bantu menunda motor wanita itu sehingga tiba ke tempat dituju.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Bantu Tunda Motosikal Orang Lain Walau Sudah Lambat Masuk Kerja Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Penunggang Motosikal Bantu Tunda Motor Kehabisan Minyak Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Geng Superbike Tunda Motosikal Hingga Makan Jalan Undang Kecaman

Pakcik Sorong Motosikal Semasa Panas Terik Akibat Kehabisan Minyak

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@bro.salah2) apabila seorang lelaki berkongsi situasi yang berlaku di atas jalan raya semasa dirinya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut pemandu trak pikap itu, dia telah terserempak dengan seorang pakcik yang sedang menolak motosikalnya di tepi jalan akibat kehabiskan minyak.

Menerusi rakaman dashcam berkenaan, kelihatan pakcik itu sedang gigih menyorong kenderaan tiga rodanya dalam keadaan panas terik dipercayai sekitar Miri, Sarawak.

“Entah berapa kilometer dia sorong pun tak tahu dan tak pasti. Bila saya berhenti ingin menghulurkan bantuan, dia cakap, ‘Tidak perlu dan tak apa, stesen minyak di depan tu tak jauh dan saya masih boleh tolak’.

“Korang tengok la dengan usia sebegitu dia masih kuat dan tidak ingin menyusahkan sesiapa,” kata lelaki itu di ruangan kapsyen.

Lelaki Bantu Bawa Motosikal Pakcik Ke Stesen Minyak

Oleh disebabkan tidak sampai hati melihat nasib menimpa si pakcik, lelaki itu telah berhenti dan menawarkan bantuan untuk membawa motosikal itu ke stesen minyak berhampiran.

Dalam klip tersebut, si pakcik dan seorang lagi individu lain dilihat sedang menyorong motosikal berkenaan ke atas trak pikap.

“Disebabkan kita sesama manusia, saya berhenti juga tepi jalan and bagi (nyalakan) lampu kecemasan. Terus set up dan tolong naikkan terus motosikal pakcik tu pergi ke stesen minyak yang terdekat,” ujar lelaki itu lagi.

Lelaki terbabit dalam masa sama berharap agar segala urusan pakcik itu dipermudahkan.

@bro.salah2 Di dalam reseki kita, pasti ada rezeki orang lain 😇 Baru nak masuk office semula, ternampak ada satu orang tua dari jauh sudah menyorong motosikalnya. Ntah berapa kilometer dia sorong pun tak tahu dan tak pasti. Bila saya berhenti ingin menghulurkan bantuan, dia bilang "tidak perlu dan tak apa, stesen minyak di depan tu tak jauh dan saya masih boleh tolak" 😌 Korang tengok la dengan usianya yang begitu dia masih kuat dan tidak ingin menyusahkan sesiapa. Disebabkan kita sesama manusia, saya berhenti juga tepi jalan and bagi emergency light, terus setup and tolong kasi naikkan terus motosikal uncle tu pergi ke stesen minyak yang terdekat 🫡 Rupanya moto uncle ni habis minyak saja dan semoga urusan uncle ini dipermudahkan 😇🙏🏼 #fyp #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #fypp #fyyyyyyyyyyyyyyyy #foryourpage #miri #bintulu #sibu #kuching #limbang #lawas #brunei #sarawak #sabah #kotakinabalu #kundasang #ranau #malaysia #indonesia #hilux #toyotahilux #toyotahilux_4x4 #vigo #rogue #triton #triton4x4club #isuzudmax #dmaxเก่าthailand #mitsubishitriton #triton #triton4x4club #nissan #nissannavara #towing #CapCut #borneotransport #transport #offroad #offroad4x4 #borneotransport #borneotransportbiketowing ♬ original sound – AJ Productions.kk

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Sikap Pemilik Trak Pikap Yang Menghulurkan Bantuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan lelaki itu kerana pantas membantu pakcik yang berada dalam kesusahan.

“Terbaik bro. Buat baik akan sentiasa dibalas dengan kebaikan,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah warganet juga tidak terlepas mengirimkan doa yang baik-baik buat pemilik trak pikap itu.

“Bang terima kasih tau. Semoga bahagia, sihat dan mewah rezeki selalu. Sekali lagi terima kasih, terus jadi (buat) baik ya,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu berharap agar tindakan terpuji ini boleh dijadikan teladan buat golongan masyarakat.

“Ya begini baru betul. Selalu nampak orang dekat Semenanjung Malaysia je buat macam ni. Baru nampak konten dari orang Miri pula. Terbaik, harap jadi ikutan juga untuk yang lain,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@bro.salah2)

Polis Trafik Bantu Pakcik Hidupkan Motosikal Ketika Sedang Bertugas

Rakyat Malaysia sangat sinonim dengan sikap mereka yang bertimbang rasa dan prihatin tentang orang sekitar. Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan sifat budi pekerti seorang anggota polis trafik yang membantu orang awam di lalu lintas.

Dalam hantaran itu, polis trafik tersebut dilihat sedang menghulurkan bantuan kepada seorang pakcik untuk menghidupkan motosikalnya yang mati di tengah jalan raya.

Sumber: TikTok (@ezzaiskandar0)

Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat sekitar Hospital Lama Kota Setar, Kedah.

Individu yang merakam momen menyentuh hati ini berkata walaupun dalam keadaan sibuk bekerja, anggota polis tersebut langsung tidak berkira untuk memberikan pertolongan.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd