Tular Isu Siti Nurhaliza Buat Persembahan Di Majlis Hari Raya KKM, Tuan Empunya Badan Beri Penjelasan
Sebelum ini, orang ramai telah mengkritik majlis jamuan hari raya Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikatakan menampilkan beberapa artis terkemuka tanah air.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Di musim perayaan ini, orang ramai termasuk para artis tanah air pasti sibuk memenuhi jemputan ke rumah terbuka dan majlis jamuan hari raya.
Seperti pada Selasa lalu (22 April), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan perayaan Hari Raya secara besar-besaran.
Difahamkan bahawa Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza juga telah hadir dan mempersembahkan nyanyiannya.
Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dianugerahkan Gelaran Biduanita Negara
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lagu ‘Raya Nak Ke Mana’ Siti Nurhaliza Bergema Di Itali, Siap Promosi Tarian Zapin!
Baca Artikel Berkaitan: Anta Permana Oleh Siti Nurhaliza Antara Lagu Pilihan Raja Charles Dalam Playlist Peribadinya
Siti Nurhaliza Hadir Ke Majlis Raya KKM Sebagai Tetamu
Terbaharu, Siti Nurhaliza menegaskan kehadirannya ke majlis jamuan Hari Raya KKM adalah sebagai tetamu bagi menyantuni jemputan
Menerusi hantaran di akaun Instagram, beliau menjelaskan hadir ke majlis tersebut bukan sebagai artis untuk membuat persembahan.
Sebaliknya beliau telah tampil menyanyi atas rela hati serta tanpa sebarang bayaran demi menghiburkan dan menghargai warga KKM yang hadir.
Penyanyi tersohor negara yang mesra digelar sebagai Tok Ti itu juga berkata beliau akan menyanyi di majlis-majlis yang dihadirinya jika keadaan mengizinkan.
“Anda nak menuding jari atau menzahirkan rasa, pandangan atau sesuatu berkaitan mana-mana badan, jabatan dan sebagainya, jangan kaitkan dan bangkitkan sesuatu yang akhirnya jadi fitnah dan saya pula antara yang diperkatakan dan jadi mangsa tohmahan secara tak langsung,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan tentang implikasi fitnah yang dilakukan oleh orang ramai kepada seseorang.
Hantaran Jamuan Hari Raya KKM Terima Kecaman Ramai
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah berkongsikan gambar di sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 KKM yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dapat dilihat Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah telah mempersembahkan nyanyian masing-masing di majlis itu.
Orang ramai bagaimanapun telah mengkritik tindakan KKM mengadakan majlis raya yang begitu gah di saat kementerian itu dikatakan mengalami masalah kekurangan wang.
Seorang pengguna media sosial dipercayai kakitangan KKM turut berkongsi keadaan di Klinik Kesihatan yang perlu mengutip wang sendiri demi mengadakan jamuan raya kecil-kecilan.
Malah ada juga yang mendakwa kakitangan di sebuah Klinik Kesihatan di Sabah terpaksa saling berkongsi duit demi membayar tukang cuci.
Menurut dakwaan beberapa individu pula, tuntutan bayaran kerja lebih masa (OT) juga masih belum diterima dan terdapat penangguhan pada kenaikan gaji tahunan.



Di samping itu, terdapat juga pengguna media sosial yang membandingkan KKM dengan organisasi lain yang telah membatalkan majlis jamuan hari raya baru-baru ini.
Antaranya adalah PETRONAS yang membatalkan majlisnya kerana insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights dan Khazanah Nasional demi menghormati pemergian bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Baca Artikel Berkaitan: Khazanah Nasional Batal Open House Raya Demi Hormati Pemergian Pak Lah, Sumbang Makanan Buat Komuniti
Baca Artikel Berkaitan: Kebakaran Putra Heights: Sumbangan Solidariti Penjawat Awam Selangor Menerusi Potongan Gaji Bulanan
Hartal Doktor Kontrak Kritik Majlis Hari Raya KKM Secara Sinis
Isu itu juga telah mendapat perhatian kumpulan aktivis sosial bagi doktor kontrak, Hartal Doktor Kontrak.
Dalam nada yang sarkastik, kumpulan itu turut mengkritik tindakan KKM mengadakan jamuan raya secara besar-besaran.
Hantarannya di Facebook turut berkongsi dakwaan mengenai potongan elaun oncall dan OT, tuntutan bayaran ditolak serta ketiadaan peruntukan bagi pembelian bekalan.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Food Festival!” – Jamuan Raya Sekolah Berkonsep Bufet Curi Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



