“Projek Hampir Siap” – Jurutera Teruja Kongsi Suasana Di LRT 3 Stadium Shah Alam
Menerusi video tular, kelihatan jurutera dikenali sebagai Afaf sedang cuba menggunakan mesin tiket jualan di LRT3 Stadium Shah Alam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berpindah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan. Namun terdapat kebaikan dan keburukannya tersendiri. Sebagai contoh, gaji yang ditawarkan mengikut pasaran kerja di ibu kota mungkin jauh lebih tinggi berbanding di kawasan pedalaman.
Bagaimanapun ‘cons’ yang perlu ditempuhi adalah kesesakan trafik yang tidak berkesudahan. Sebelum ini, orang ramai menerusi platform media sosial meluahkan rasa penat apabila terpaksa menghadap kesesakan jalan raya hampir setiap hari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah tampil dengan insiatif projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Dakwaan ‘Traffic Jam’ Di KL Disebabkan Oleh Rumah Warga Asing?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!
Jurutera Kongsi Situasi Semasa Di LRT3 Stesen Stadium Shah Alam
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang jurutera dikenali sebagai Afaf (@aaafaffff) berkongsi suasana di LRT3 stesen Stadium Shah Alam.
Menurutnya, projek LRT3 di stesen tersebut sudah hampir selesai dan boleh digunakan orang awam tidak lama lagi.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Afaf bersama rakan sekerja yang lain sedang mencuba setiap fasiliti yang sedang dibangunkan di sana termasuklah lif dan Mesin Tiket Jualan (TVM).
Dalam masa sama, Afaf juga dilihat teruja menggunakan mesin pengimbas tiket. Alhamdulillah mesin TVM dan pengimbas itu dilihat berfungsi dengan baik.

Jurutera Bangga Lihat Projek LRT3 Stadium Shah Alam Hampir Selesai
Afaf dalam masa sama meluahkan rasa syukur kerana projek itu semakin menghampiri penamat dan setiap kemudahan tidak mempunyai masalah teknikal.
“Simpan sebagai kenangan. Macam ni la terujanya melihat projek hampir siap. Kalau tanya best tak jadi jurutera, saya boleh cakap saya bangga.
“Yang mana pernah jadi sebahagian daripada (pasukan) Gabungan AQRS Berhad’s (GBG) bersama-sama untuk naikkan LRT Stadium Shah Alam, ni hasil untuk korang lihat,” ujar Afaf di ruangan kapsyen.
@aaafaffff Simpan sebagai kenangan. Macam ni lah excited nya tengok project almost completed. If tanya best tak jadi engineer, i boleh cakap i rasa proud. Boss cakap kita kerja macam orang gila sudah 🥲 Itu pasal la i macam orang gila juga. Yang pernah jadi part of GBG bersama naikkan Station Stadium Shah Alam, for you guys to see, we made it 🤲🏻 to the management, bonus jangan lupa 🤣 hahaha Thank you. For the people 🩷 #lrt3 #lrt #engineer #construction #shahalam ♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Teruja Tunggu LRT3 Mula Operasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga tidak sabar bagi menggunakan LRT baharu ini.
“Akhirnya lepas ni boleh pergi bazar Ramadan Stadium Shah Alam tanpa perlu memandu ke sana,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, segelintir individu berpendapat bahawa pengangkutan awam ini mampu mengurangkan kesesakan trafik di bandar tersebut selain menjimatkan wang.
“Ya Allah cepatlah buka (mula operasi). Tak tahan dah habis duit banyak dekat e-hailing semata-mata nak pergi LRT Subang Jaya dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam,” luah seorang gadis.
Sementara itu, seorang individu turut kagum dengan Afaf yang bersemangat menyiapkan projek LRT3 ini.
“Wow akak berjaya ubah saya punya persepsi. Bila kerja pembinaan saya selalu rasa sedih bila (ada) banyak sangat isu. Tapi bila tengok projek siap rasa puas hati lain macam,” kata warganet itu.









Fakta Tentang LRT3 Yang Anda Perlu Tahu
Selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, projek LRT3 ini juga berperanan untuk meningkatkan mobiliti penduduk sekitar Lembah Klang.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 26 Februari 2025, LRT3 ini dijadualkan beroperasi pada 30 September 2025.
Sebelum pembukaan rasmi nanti, ujian percubaan tanpa penumpang akan dilakukan menerusi dua fasa bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan sistem.

LRT3 tersebut terdiri dengan laluan sepanjang 37.8 km dengan 20 stesen yang dirancang beroperasi. Berikut kami senaraikan setiap stesen itu:
- Bandar Utama
- Kayu Ara
- Tropicana
- Lembah Subang
- Kelana Indah
- Temasya
- Glenmarie
- Stadium Shah Alam
- Persiaran Hishamuddin
- UiTM (Shah Alam)
- I-City
- Bukit Raja
- Bandar Baru Klang
- Klang
- Taman Selatan
- Teluk Gadong
- Taman Melawis
- Sungai Jati
- Bandar Botanik
- Johan Setia

Kalau anda nak tahu, setiap tren juga terdiri daripada tiga gerabak dengan kapasiti menampung sehingga 18,630 penumpang setiap jam untuk setiap arah.
Malah lebih 2,000 tempat letak kereta turut disediakan di enam stesen terpilih bagi memudahkan urusan penumpang meletak dan meninggal kenderaan di sana.
Baca Artikel Berkaitan: Batu Simen LRT3 Terjatuh Atas Khemah Pasar Di Klang, Peniaga Diarah Pindah Lokasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.